"Apa dia ma?" Soalku sambil memandang tepat kearah mama.

"Pasal Syed Imran," tuturnya lembut. Aku terkesima. Syed Imran? Aku masih kenal ke siapa lelaki tu? Cukuplah pernah buat aku sakit hati sebelum aku kahwin dengan Azran.

"Syafra?" Umi menyentakkan lamunanku.

"Eh boleh pula mengelamun ya," usik umi lagi.

"Ke...naaa...paa de..ngannn.. dia mama?" Ujarku terketar ketar. Aku takut. Aku takut dia datang balik dan kucar kacirkan hidupku. Cukuplah! Cukup hati ni tersiksa dulu!

"Maaa....?" Tiba tiba satu suara garau menerpa gegendang telingaku. Eh macam kenal? Terus aku menoleh.

*Dup dap dup dap*

Dah kenapa jantung ni tiba tiba berdetak pula ni? Tapi eh kenapa dia pandang aku macam tak kenal je? Ni Syed Imran kan? Laju saja mukaku kalihkan ke arah mama.

Mama menarik nafasnya dalam dalam sebelum menyuruh Syed Imran duduk sisinya. Posisi sekarang mama duduk diantara aku dan Syed Imran.

Aku kerling Syed Imran disebelah dah kenapa dia diam je ni? Kenapa tak minta maaf pun dekat aku selama apa yang terjadi ni?

"Ma ni siapa?" Ujar Syed Imran sejurus menjuihkan bibirnya kearahku.

Aku terkejut. What dia tak kenal aku? Apa kes ni do 😑 buat aku keliru jelah. Aku tengok umi disebelah macam rileks je eh umi takkan tak terkejut kot?

"Ni Iliya Syafra. Anak kawan mama ni," jawab mama. Syed Imran aku lihat hanya mengangguk seraya itu dia terus bermain dengan gadjetnya. Aku makin jadi pelik. Syed Imran dah kenapa macam orang amnesia pun ada jugak. Ke dia buat buat lupa pasal aku?

"Ma what it is? Kenapa Am tak ingat Syaf?" Soalku sambil dahi kukerutkan.

Mama menggengam erat tangan kiriku seperti ada sesuatu perkara besar yang dia ingin sampaikan. Aku berlagak tenang.

"Sebenarnya Am kemalangan almost 2 month a go before korang akad nikah and kejadian tu terjadi on that day dia on the way kerumah ni sayang and Am amnesia Syaf," ujar mama lalu menundukkan mukanya. Aku lihat suaranya semakin kendur. Mungkin takdapat terima apa yang terjadi dekat satu satunya anak lelakinya itu.

Aku terkesima. Betul ke apa yang mama cakapkan ni? Tapi kenapa mama perlu rahsiakan dari aku selamani?

"Umi kenapa perlu sekarang bagitahu umi," soalku beralih kepada umi. Umi mendakapku erat. Mungkin umi takut aku akan mengamuk.

"Maafkan umi dik. Umi dah lama tahu pasal ni tapi mama kamu yang takbagi umi ceritakan dekat kamu sayang," pujuk umi sambil mengusap belakang badanku lembut.

"Ma what happend?" Soal Syed Imran apabila melihat keadaan kami seolah olah sedang bersedih.

"Woman talk Am," ujar mama. Syed Imran mengangguk lalu berlalu meninggalkan kami bertiga disitu untuk memberi ruang kepada kami.

Aku segara berdiri.

Mama dan umi memandangku lama.

"Tapi kenapa mama buat macam ni kenapa mama datang secara tiba tiba?" Sudah amarahku tiba tiba memuncak.

"Sayang please maafkan mama. Mama tahu mama salah," ujar mama lembut sambil menarik tanganku. Aku menepis kasar.

"Syafra! Umi takpernah ajar Syafra macam ni tau cakap baik baik dengan orang lebih tua," marah umi apbila aku tiba tiba bersikap demikian dekat mama. Sedih hati mama je nak jaga sedih aku?

"Ma kalau suami Syaf nampak bekas tunang Syaf dekat sini apa reaction dia? Tak ke haru benda ni?" Soalku kepada mama. Marahku sebentar tadi sudah kembali kendur selepas kena tegur dengan umi. Aku taknak jadi anak derhaka.

"By dah dengar semuanya sayang," ujar satu suara garau yang tidak asing ditelingaku.

Semua memandang tepat ke arah susuk tubuh yang amat aku sayangi itu. Habis!

"By?"

Azran melemparkan senyuman tipis kepadaku. Aku takut! Takut dia marah aku lepas apa yang dia dengar tadi.

Sejurus itu Azran datang ke arah kami dan duduk disebelah umi.

Aku memandangnya. Riak mukanya sama. Aku takpasti dia tengah marah atau sebaliknya.

"Azran aunty minta maaf,"

"No need lah aunty. Azran faham condition waktu tu macam mana. Lagipun sekarang Azran dah pun bernikah dengan Syafra jadi Azran rasa kalau Allah sembuhkan ingatan Syed Imran, Azran rasa aunty patut bagitahu perkara sebenar. Lagipun saya terkejut juga tadi waktu selisih dengan dia. Bila tanya kenal saya tak katanya sorry dia amnesia. Tu yang terus saya cari Syafra," ujar suamiku panjang lebar. Allahu leganya hati dengar. Ni yang lagi sayang ni!

"Baguslah macamtu. Adik, umi rasa cukuplah berdendam selamani. Siapalah kita nak menghukum hamba Allah kan," tutur umi lembut lalu mengusap kepalaku yang dibaluti tudung. Betul kata umi sampai bila aku nak berdendam kan? Lagipun bukan salah mama tapi ni salah Syed Imran tapi itu dulu sebelum dia lupa ingatan.

Aku menghampiri mama. Aku duduk bersimpuh dikakinya. Tangan kanannya aku capai. Terus aku cium tangan bersih mama itu.

"Ma, ampunkan Syaf kalau kurang ajar dengan mama tadi. Syaf harap apapun yang terjadi lepasni Syaf masih anak mama tau Syaf sayang mama," mama tersenyum manis mendengar barisan ayat yang keluar dari mulutku. Terus aku peluk mama seeratnya bagai kasih sayang aku dan mama sudah sebati dalam diri kami. Kalau dah sayang kenapa perlu bermusuh kan?

Aku berasa lega yang amat. Terima kasih ya Allah. 🌸

Vote vote vottttteeee!!!! Kalau tak best cakap eaaa author ni bukan penulis yang hebat 🙈😂

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now