Syed Imran mengamati suasana bilik hospital itu.

'Aku dekat mana ni?'

'Asal macam katil hospital?'

Segera Syed Imran mengalihkan bebola matanya ke kanan. Dia cuba mengamati muka wanita persis mamanya ini. Wanita itu tersenyum kearahnya.

Dengan tiba tiba airmatanya mengalir.

"Am kenapa ni Am sakit ke?" Ujar Encik Idrus risau.

"Ma.....m..aaa? Pa.....pa?" Ujar Syed Imran dalam sendu.

Terus sahaja tubuh anak terunanya itu didakat erat. Sungguh mereka rindukan. Satu satu anak lelakinya itu. Syed Imran turut membalas pelukan orang tuanya itu.

Tiada kata yang boleh diungkap selain perkataan yang keluar dari mulut Syed Imran membuatkan kedua orang tuanya mengalirkan airmara kesyukuran. Airmata seorang ibu dan ayah apabila anak yang disahkan hilang ingatan tetapi boleh mengingati orang tuanya sendiri.

Syed Imran memandang pelik orang tuanya. Kenapa menangis ni? Lama ke aku koma? Macam mana boleh koma eh? Bermacam macam yang berlegar dibenak fikiran Syed Imran. Sesekali apabila dia berfikir kepalanya akan berasa sakit dan berpinar.

"Am kenapa ni sakit ke?" Soal Puan Nura cemas apabila Syed Imran tiba tiba sahaja memegang kepalanya yang masih berbalut itu.

"No im okay. Maaa.. Irma mana?" Soalnya lagi.

"Irma dah smbung belajar Am, dekat MSU,"

Syed Imran mengangguk.

Sah Syed Imran masih ingat akan keluarganya. Tetapi memori apa yang Syed Imran hilang atau lupa? Entah entah dengan........

Puan Nura berlagak tenang. Tidak mahu menunjukkan riak risau dimata anak kesayangannya ini.

Air suam dituang kedalam cawan dan dihulur kearah Syed Imran.

Syed Imran menyambut huluran cawan mamanya itu dan meneguk rakus air suam tadi. Mungkin terlalu haus sebab 30 hari tidur tanpa minum dan makan kan?

Syed Imran memandang mamanya.

"Ma... Am nak tanya sekarang umur Am berapa tahun eh?"

Soalan Syed Imran membuatkan Puan Nura terkejut. Agak agak Syed Imran ingat umurnya sekarang berapa ya?

"Hm umur Am 25, sayang," tutur Puan Nura lembut.

"Ha 25? Habistu Am takda awek ke ma?" Ha sudah dia tanya pasal awek pulak.

"Tak sayang. Am kan ada syarikat sendiri yang Am handel. Tula before Am koma mama penat suruh Am bawak balik calon. Tapi Am tu workholic sangat," bohong Puan Nura.

Ya dengan cara berbohong mungkin dapat elakkan dari Syed Imran mengetahui perkara sebenar.

"Wow Am ada syarikat ma, pa? Taksabar Am nak masuk balik office," ujarnya girang.

Tapi lain pula dimata Puan Nura. Mana tidaknya dekat syarikat tulah banyak kenangan pahit dan manis antara Syed Imran dan Syafra. Tapi elok juga anaknya hilang ingatan. Sekurang kurangnya taklah patah hati apabila tahu buah hatinya sudah berkahwin dalam tempoh dia sedang koma.

"Iya Am. Nanti Am dah betul betul sembuh papa bagi green light suruh Am handel balik syarikat Am eh,"

"Seriously pa? Alhamdulillah. Thanks pa, thanks ma,"

-----------

(Azran pov)

Aku terjaga dari lena yang panjang. Aku mengerling tilam disebelahku. Kosong? Mana wife aku ni. Haih aku merajuk bukan reti nak pujuk. Dia merajuk sampai nangis nangis aku rela pujuk tau!

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Kde žijí příběhy. Začni objevovat