"Mana tak happy umi. Bestfriend Yas kahwin dengan adik Yas kan,"

"Kamu ni Yas jangan cakap ni plan kamu eh? Dah lah buat keputusan terburu buru,"

Iliyas mancapai tangan uminya "Umi, kalau umi nak tahu Yan tu dah lama simpan perasaan dekat adik. So why not? Ini dinamakan jodoh umi,"

"Yelah Yas kita sama sama doakan kebahagiaan adik in sha Allah," ucap umi. Iliyas hanya mengangguk.

"Hah ni mana wife dengan anak anak kamu ni Yas takkan takbangun lagi?"

"Common la umi Maya tengah siapkan two little princess tu,"

"Amboiiii boleh dia lepas tangan eh bagi Maya tu siapkan budak budak tu. Kamu bangun pergi tolong sama," ujar umi lalu memulas telinga Iliyas.

Ha jangan taktahu yang dah besar pun kena piat lagi tau.

"Aduh aduh umiii! Ye ye Yas naik. Umi lepaskan,"

"Kamu ni Mas kan tak elok main telinga anak," ujar ayah yang entah bila muncul pun taktahu.

"Anak awak ni lah dah tua bangka pun tak reti uruskan anak harapkan bini je," tutur umi.

Iliyas hanya tersengeh. Sukalah tu ayah backup dia.

"Ha Yas tunggu apa lagi pergi naik,"

Tanpa berlengah Iliyas terus melangkah keluar dari situ dan meninggalkan orang tuanya di dapur.

"Hmm mana pengantin baru takkan tidur lagi kot?" ujar ayah sambil meletakkan jem di roti.

"Morning ayah umi!!!!" tiba tiba sahaja Syafra muncul. Tahu tahu je ayah dengan umi nak mengumpat pasal dia.

"Ingatkan tak reti turun," perli umi pula.

"Eii tak seronoklah pagi pagi nak main perli perli rezeki tak masuk tau," perli aku pula.

Ayah hanya tersenyum dan geleng kepala. Ada ada sahaja telatah dua beranak ni pagi pagi.

"Iyelah intan payung anak kesayangan umi," ujar umi sambil menjeling ke arah Syafra.

"Ha kamu pun sama mana Azran? Nak kena piat pulak ke dekat ayah? Tadi abang dah kena dah dengan umi," ujar ayah sambil menghirup teh panas.

"Oppsss lupa dah bersuami,"

"MashaAllah," ujar kedua dua orang tuaku.

Dengan langkah bismillah aku terus lari pecut dan menuju kebilikku. Sebelum dengar syarahan free baik aku naik ke atas dulu weiii.

"Hailah Mas macam macam perangai anak awak tu,"

---------

"Abang macam mana ni anak kita bang Nura taktahu macam mana perkara ni boleh terjadi," ucap Puan Nura dalam esak apabila mengetahui satu satu anak lelakinya telah terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan kerumah Syafra.

'Allah beratnya dugaan keluarga ini ya Allah'

"Dah lah Nura benda ni dah terjadi kita kena redha kena percaya Qada dan Qadar. Anak kita tengah berperang dengan sakit tu Nura," kata Encik Idrus lalu menenangkan isterinya.

"Bang, kalau kita bawak Am sekali semalam dengan kita mesti benda ni takjadi bang,"

"Sudahlah Nura,"

Tiba tiba doktor yang merawat Syed Imran keluar dari bilik operation itu. Dengan segera Puan Nura dan Encik Idrus menghampiri doktor perempuan yang bernama 'Suhaila' itu.

"Doc macam mana anak saya doc," ujar Puan Nura.

"Begini puan, anak puan mengalami hentakan di serebrum kepalanya dan menyebabkan gegaran berlaku. Kemungkinan apabila dia sedar dia akan ingat orang tertentu sahaja,"

' Ya Allah ujian lagi'

Puan Nura terjelopok di lantai. Masakan dia boleh terima segala percakapan doktor itu sebentar tadi.

"Puan bawak bersabar ya ada hikmah semua benda ni berlaku. Puan dan encik selaku keluarga terdekat harus memainkan peranan penting untuk dia mengingati semula memori lamanya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam,"

"Bang saya nak bagitahu Syafra," ujar Puan Nura lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

Dengan pantas Encik Idrus merampas handphone yang berada ditangan Puan Nura.

"Jangan Nura! Syafra tu baru je kahwin jangan rosakkan rumah tangga orang!" Marah Encik Idrus.

"Kenapa pulak bang? Syaf kan berhak tahu!"

"Abang kata jangan Nura ini untuk kebaikan anak kita dan juga Syafra,"

Ada betul juga apa yang dikatakan Encik Idrus itu. Syed Imran akan hilang ingatan dan kemungkinan besar dia akan lupa siapa Syafra. Untuk tidak merumitkan keadaan lebih baik merahsiakan perihal ini.

Puan Nura akur dengan suaminya. Tanpa berlengah dia terus masuk ke wad pemindahan Syed Imran untuk melawat anak terunanya itu.

Waittt! Siapa eh plan macamtu dekat Syed Imran? Author sendiri taktahu hehehe.

VOTE! VOTE! VOTE! :')

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now