Sakina penolong setiausahanya menghampiri Syed Imran yang sedang leka membelek sesuatu di atas mejanya. "Bos err sape pekerja baru yang akan masuk ni bos?" tanya Sakina teragak agak. Bukan nak busybody cuma dia ada juga hak nak tahu.

Syed Imran tersenyum. Masakan dia nak bagitahu perihal staff baru yang bakal masuk ni. Dah la Sakina suka sangat busybody. Baju tak cukup kain. Huh! Desis Syed Imran.

--------------

Syafra sampai ditingkat empat dimana terletaknya office Syed Imran. Dengan pantas dia melajukan langkah ke arah satu meja. Gayanya seperti secretary boss jer. Syafra menghampiri wanita tersebut. Alangkah terkejutnya bahawa wanita tersebut yang melanggar Syafra di lift tadi.

Syafra mula berdehem dan wanita itu berpaling.
"Hei takda adab ke apa? Main terjah bagilah salam sikit!" kata wanita separuh seksi tersebut dengan rambut karat.

Syafra malas hendak melayan segera bertanya " Ohh hai assalamualaikum? Boleh tak bantu saya untuk berjumpa En Syed Imran? Saya staff baru disini" kataku sambil menjeling ke arah wanita tersebut. Dengan muka nak kena pijak. Wanita tersebut terus berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan.

Tanpa berlengah aku terus mengejar wanita tersebut. Dan tiba tiba sampai ke destinasi.

"Ya Sakina staff baru kita dah sampai ke?" tanya lelaki itu. Aku memandang tepat ke arah lelaki tersebut.

"Encik Syed Imran?" tanyaku dengan terkejut.

Syed Imran hanya tersenyum nipis. "Assalamualaikum Cik Illya Syafra. Welcome to Deco's Holding. Ni saya kenalkan PA saya Sakina. Dan awak Illya Syafra kalau ada apa apa pertanyaan boleh tanya Sakina eh. Sakina tunjukkan meja Syafra ya? 10 minit lagi suruh staff yang lain berkumpul saya nak kenalkan staff baru kita," terang Syed Imran sambil berlalu  pergi.

Sakina menghantar pandangan gedik ke arah Syed Imran sampailah bayangan lelaki tersebut hilang.

Ohhh minah sengal ni PA dia. Ada ke patut cemni cara layan staff. Eii kau tunggu ye si sengal! Gedik! Menyampah! Ngomel hati Syafra.

"Dah kau takpayah nak tenung boss macamtu eh. Dia tu aku punya!" warning Sakina a.k.a minah gedik.

Aku hanya buat buat tak layan. Kalau layan kang aku pulak termasuk kategori macam dia ni. Huh! Tanpa berlengah aku terus mengekori langkah Sakina dan menuju ke arah meja khas yang disediakan untuk aku.

"Nah ni meja kau. Apa apa hal kau boleh call aku atau tanya aku dekat depan tu eh. And one more kau ingat ye even meja kau berhadapan dengan bilik boss kau jangan nak menggatal," dia warning aku sekali lagi dan Sakina terus meninggalkan aku keseorangan di meja tersebut.

Aku menjeling tajam. Heii la perempuan gila ni aku taknak pun lah boss kau tu. Haram jadah perempuan sengal ni. Tah tah syok sendiri. Dengus aku dengan geram.

Aku segera mengemas meja yang akan aku duduki selama beberapa bulan dini. Lagi 10 minit ada perjumpaan dengan staff. Tiba tiba handphone aku berbunyi.

"Hello Amni! Ha ada apa call aku pepagi ni?"

"Woiii Syaf! Aku dapat kerja part time dekat tutty fruity! Si Mai dengan Wawa dekat baskin robbin! Huhu kau cemana takkan taknak kerja kot!?" tanya Amni dengan ceria. Happynya dia dapat kerja. Aku pun happy jugak tapi taktahu la seronok ke tak hadap perempuan sewel tu.

"Uyyoo untunglah korang dapat kerja tahniah lah beb! Hahaha actually aku pun dah kerja ni. Kalau aku cakap mesti kau takcaya aku kerja dekat mana dan dengan siapa,"

"Ha like seriously kau dah kerja? Dengan sape citerlah citerlah!!!!!" tanya Amni penuh excited. kalaulah si Amni ni ada depan dia confirm aku tumbuk muka dia sebab aku kenal sangat perangai Amni ni kalau excited dengan sesuatu benda.

"Malam karang la aku cter dalam group. I got to go ni. Muah ciked! Keje elok elok Amni. Boii," dengan segera aku menekan punat end call di phone aku sebab aku tahu nanti Amni mesti desak aku untuk bercerita.

Aku termenung memikirkan apa yang ayah dan umi cakap tempoh hari mengenai Syed Imran ni. Macam takcaya pun ada jugak. Hm. Aku mengeluh.

Setelah beberapa minit aku duduk dimeja, aku dipanggil oleh Sakina. Maybe dah start kot perjumpaan staff.

Aku mengorak langkah menuju ke arah bilik Syed Imran a.k.a boss besar dekat sini. Aku menguntum senyuman yang agak manis kepada boss ku dan dia juga turut melakukan benda sama. Hmm bukan nak menggatal cuma itu sebagai tanda hormat ye.

Aku pandang Sakina disebelahku. Nampak dari ekoran mata dia macam menjeling tajam je dekat aku. Hekhek jeles ah tu. Padan muka kau!

-------------

Setelah beberapa minit sesi suai kenal antara staff, masing-masing melakukan tugas yang diberikan. Aku hanya terkulat kulat sendirian. Kata boss harini aku cuma perlu tengok dan rehat. Kalau ada apa apa pertanyaan aku boleh tanya.

Kalau nak tahu first day aku dah ada kawan! Nama dorang Murni dengan Aizad. Umur Murni 22 tahun dan Aizad pulak 23 tahun. Rest kejap lagi dorang ajak aku lunch sama. Auch seronoknya. Takdelah aku kena hadap minah sewel tu 12 hours opss!

-------------

"Ehh jap ni adik Illyas kan Illya Syafra?" kata seorang lelaki dihadapanku. Aku yang sedang fokus makan di cafe segera mengangkat mukaku.

"Erkkk ni abang Yan kan?" tanyaku.

"Iyelaa ni abang Yan. Lah Syafra buat apa kat sini kerja ke?" tanya Azran Damian dengan nada terkejut.

"Haah baru first day kerja. Eh abang jom la join kitorang makan sekali," ajakku. Kot kot dia nak join la.

"Eh takpa abang nak cepat ni. Korang makanlah. Hope jumpa lagi. Bye korang," kata Azran Damian dan berlalu pergi. Aku hanya menghantar pandangan dengan hati berbunga bunga sebab jumpa abang handsome tu lagiii.

Murni dan Azad kehairanan. Mesti dorang perlik macam mana aku boleh kenal Azran Damian kan.

"Syaf? Cemana boleh kenal Azran tu? Jarang tau orang dapat borak dengan CEO Designer yang kacak, hottest, cute dan memacamlah!" tanya Murni.

"Tahnya Syaf!" soal Azad pula dengan tanda tanya.

Aku hanya diam dan tersenyum. Terkejut jugak Murni cakap abang Yan kacak, hottest,cute and else ni. Takpa biar soalan dorang ni jadi tanda tanya. Malas nak cerita. Biarlah rahsia.



( Panjangnyaaa author type kalini T.T keep reading gais! Selamat Berpuasa :' )

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now