ONE

31.7K 532 4
                                    


"Assalamualaikum umi ayah!" laung aku dari arah tangga lalu mendapatkan kedua orang tuaku di ruang makan.

Umiku Puan Mastura sudah geleng kepala. Sungguh ceria keluargaku ini setiap pagi dengan sapaan anak kesayangannya ini iaitu aku Ilya Syafra bt Mohd Daud. Aku ni merupakan salah satunya anak umi dan ayah yang masih menetap bersama mereka sehinggalah umurku menginjak 18 tahun.

"Wasalam anak ayah. Aik awal betul anak awak ni bangun Mas! Biasanya lepas subuh terus terbabas." perli ayahku Encik Daud sambil menjeling kearah anak bongsunya ini yang ralit menyapu jem di roti.

Aku yang mahu menyuap roti di mulut segera berhenti menyuap "Alah ayah perli perli je tahu. Ishh harini Syaf nak pergi merayap dekat ofis abang hehehehe umi ayah jangan bagitahu dorang eh! Syaf taknak balik rumah nanti" manakala umi dan ayah sudah geleng kepala. Ada ada saja anak bongsunya ini nak menjawab.

"Hai berani nak merayap dekat ofis abang dengan angah eh? Tiba tiba dorang ada meeting macam mana? Adik tahu ke bilik dorang dekat mana? Jangan nanti call umi ayah suruh datang no way. Kami nak keluar kejap lagi" bebel Puan Mastura kepadaku . Yelah mana tak risaunya. Kalau dah dua tiga kali pergi tak apa. Atleast tak kekok. Hati ibu mana tak risau walaupun mulut membebel.

Aku yang berkira kira mahu menjawab percakapan uminya segera berfikir sejenak. Secara refeleksnya dia menjawab "Ha apa kata umi ayah hantarkan. Pleaseeeeee tapi balik dengan abang ke angah ke eh eh eh" Aku cuba mengambil perhatian umi dan ayah dengan cara memujuk. Mudah mudahan termakan. Fuh fuh!

"Ya Allah budak bertuah ni. Ishh yelah okay ayah hantarkan pastikan pukul 9 siap! Kalau tak tinggal" Encik Daud awal awal sudah warning. Sengaja mahu mendidik anak anaknya menepati masa. Bukan untuk orang lain tapi untuk sendiri juga. Aku yang sedang ralit makan itu hanya mengiyakan saja segala arahan ayahku.

Syafra mempunyai 4 beradik. Yang pertama abang sulungnya Muhammad Illiyas berumur 25 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahayamata dan kini menetap di area area Nilai 3. Wife abang pula Kak Maya yang berumur 24 tahun. Yang kedua pula abang juga iaitu Muhammad Izham berumur 23 tahun. Sudah berkahwin tetapi belum ada cahaya mata dan wife angah Kak Farah berumur 23 tahun juga. Sweet couple gittew sebab couple dari zaman sekolah kot. And yang ketiga pula kakak kesayangan Syafra iaitu Nurul Irdina Sofia berumur 22 tahun dan kini sedang menghabiskan sisa pelajarannya di Jordan.

Mesti terkejut en siblings Syafra kahwin muda. Dorang kahwin muda sebab apa eh? Sebabnya abang dan angah Syafra ni lulusan matriks gais. And lepas je habis matriks masing masing menghabiskan sisa pelajaran sehingga degree. Habis degree tu pun masatu Iliyas berumur 23 tahun so itu yang terus kahwin. Katanya taknak tunggu lama. So kiranya turn Izham kahwin pun masa dia umur 23 jugak. Cuma Irdina je belum dapat dikenalpasti lagi. Katanya dah ada calon 🤔 agaknya mesti Syaf pun kahwin muda juga tak eh? Kita wait and see jelaaaa..

-------------------

Kereta CRV merah milik Encik Daud berhenti betul betul dihadapan office milik kedua anaknya di Golden Villa. Sebelum Syafra turun dari kereta sempat lagi kedua orang tuanya memberi warning awal awal. Syaf yang dengar tak dengar hanya menggangguk sahaja. Nak geleng kang kena dush lagi dekat umi. Hmmm taknak jadi anak derhaka kita dengarkan aja. Buat tu in sha Allah.

"Jangan lupa pesan umi ayah. Hati hati makan jangan lupa. Kalau abang ke angah taknak belanja adik guna duit ayah bagi tu faham?"

"Iya umiii bilanya Syaf nak keluar kereta ni umi tak habis pesan pesan karang sambung dalam whatsapp eh" Aku segera membuka pintu kereta tunggu masa je nak pecut keluar. Hahahha jangan taktahu walaupun badan aku ni sedikit chubby tapi kudrat untuk berlari pantas tetap ada. Thats why dulu jadi atlet sekolah tau. Mula dah bangga diri tu. Cait!

"Ha lagi satu......" belum sempat umi berpesan sekali lagi, aku segera keluar dari kereta. Umi hanya mengeluh. "Bertuah punya anak haih anak awaklah tu bang" dushh tak pasal pasal ayah turut kena sama. Encik Daud hanya menggeleng melihat telatah dua beranak itu. Dah masak sangat dengan perangai anak bongsunya ini.

Sebelum kereta Encik Dauh meninggalkan office anaknya itu Syafra menghadiahkan flying kiss kepada orang tuanya sebagai tanda terima kasih sudi menghantarnya ke office abang abang kesayangannya.

Aku segera berjalan dengan harapan supriseku bakal menjadi. Dengan derapan tapak kasut flat vincci ni aku segera melajukan langkah ke lift untuk naik ke tingkat 12 office abang abang kesayanganku.

-------------------

*Ting*
Sesampainya di tingkat 12, tangan aku automatik menggaru kepalaku yang tidak gatal. Masakan lupa nak tanya ayah bilik abang yang mana satu. "Sebelum carik bilik abang baik pergi toilet dulu lah." segera aku melajukan kaki ke arah toilet. Perempuankan tudung penyek sikit dah mengeluh. Agak cerewet!

Syaf mengenakan seluar jeans berwarna biru gelap manakala memakai baju blouse bunga paras bawah lutut dikenakan pula dengan shawl berwarna coklat pekat menampakkan lagi seri awet muda muka Syafra. Beg dengan kasut usah tanya. Apa yg murah dia beli asalkan buat stock! Yang penting simple and nice. Itulah Illya Syafra. Selepas belek punya belek dirinya Syaf segera keluar dari toilet tersebut. Tiba tiba bahunya terlanggar seseorang.

"Weiii cik kak mata mana ish nasib air kosong je tau kalau kopi tadi aku dah luku kepala kau" kata lelaki tersebut lalu meninggalkan aku terkulat kulat dipantry tersebut.

"Hmmm saya taksempat mintak maaf cik abang. Tapi nasib baik cik abang tak marah sangat. Handsome" Aku mula menunjukkan aksi gedik dengan tiba tiba. Dengan wajah selamba aku mebalkan muka untuk lalu dihadapan staff yg berada dipantry tersebut. Mana tak malu weii kena marah tadi dorg ada kat situ. Huh. Aku mendengus geram.

Elok sahaja aku melangkah 8 ke 10 tapak anak mataku terus tertancap kepada satu nama dihadapanku kini. Nama tu jelas dan terang tertampal di pintu bilik seseorang yang dicari sejak tadi. "Muhammad Illiyas bin Mohd Daud as CEO DMC Holding's." Aku sudah tersenyum bangga. Cuma bilik angah sahaja belum dijumpai. Wait n see.

Kenapa DMC Holdings ya? Itu gabungan nama umi dan ayah tercintalah. Dulu ni company Encik Daud tapi ayah tak larat so bagi abang dan angah take over pulak katanya. Sejak abang dan angah take over makin meriah tengok office ni. Staff pun mesra alam. Eh jap mesra alam? Kat pantry tadi takk. Cuma setengah sahaja.

Aku perlahan lahan memulas tombol pintu bilik tersebut "Wahh gelappp ada chance nak buat kebabom punya suprise. Hehehehehe tunggulah abang." dalam beberapa minit aku terdengar tombol pintu bilik abang dipulas. Aku segera sembunyi disebalik sofa dibilik abang sulungku.

Dengan segera lampu bilik tersebut dinyalakan maka tersembullah 2 makhluk Allah itu. Aku pada mulanya menyangka 2 figura tersebut adalah 2 abang abangku dengan segera dia terus menyergah "Abang! Lipas bang lipassss!" Aku sudah bangun lalu ketawa mengekeh ngekeh manakala abang dan rakannya sudah gelabah.

Dalam sisa tawaku abangku dapat mengidu sesuatu. Ini sudah lebih ini prank ni. "Weh Yas ni sape? Mcm muka budak langgar aku kat pantry tadilah" soal kawan abang Yas dengan tanda tanya. Dari raut muka mcm terkejut. Tapi dia nampak cool. Handsome. Monolog hatiku.

"Ohhh ni adik aku kenalkan Illya Syafra. Dan ni partner abang Azran Damian. Panggil dia bang Az boleh bang Yan pun boleh. Okaylah Yan takda pape jakgi kita lunch discuss balik okay. Aku tgah dalam mood nak belasah adik aku" Azran Damian hanya tersenyum simpul lalu mengangguk dan beredar dari bilik tersebut.

Dalam diam Azran menguntum senyuman lebar. Tak sangka Yas ada adik lagi. Ingatkan Fea je. Hish perasaan perasaan.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now