Bab 62 - Masih Cinta (Last)

148K 2.4K 295
                                    

"Hai Saffiya"

Saffiya yang bermain dengan phonenya terus di angkat wajahnya memandang gerangan yang memanggilanya itu. Sangkanya Angah Manissa yang datang ke biliknya tapi sangkaannya melesek.

"Melina" balas Saffiya gugup.

Kenapa perempuan ni datang bilik aku ? Jadi betul la dia memang datang rumah mama ni ? Buat apa ? Jumpa Haris, takkan lah. Ke betul nak mintak tuntut hak dia ? Desis hati saffiya.

"Tak pernah kita berbual kan ? Last kita jumpa pun 5 tahun lepas dekat mamak. Malam majlis hari tu Haris cakap awak rehat. Sayang betul dia dekat awak sampai masa rehat pun tak nak kacau" lembut Melina berkata sambil duduk di samping saffiya. "Hai baby. Muka dia sama macam Haris kan Fiya?" Sambung Melina lagi sambil bermain main dengan Haidar yang turut berada di katil saffiya juga.

Fiya ? Ee nak mesra mesra dengan aku ke apa ?! Bisik Saffiya menyampah.

"Mama cakap muka dia memang macam Haris kecil kecil dulu" balas Saffiya perlahan. Cuba beriaksi dengan Melina.

"Awak tak selesa dengan saya ke saffiya?" Soal Melina sambil kembali memandang Saffiya.

"Bukan. Cuma tak biasa lagi"

"Oh saya faham. Masa awak mengandung dulu kenapa tak join lepak dengan saya, haikal dan Haris. Boleh kita kenal rapat"

Haris pernah keluar dengan melina masa aku mengandung dulu ? Kenapa ? Kenapa kena jumpa ? Kira diorang ni selalu jumpalah ?

"Awak date dengan Haris ke ?" Saffiya terus menyoal.

"Hah date ? Lepak mamak jela. Teman tengok bola"

"Awak ada apa apa dengan Haris ke ?"

"Maksud Saffiya ?"

"Yela dulu kan kamu berdua couple. Sekarang kamu berdua sambung hubungan..-"

"Jap jap sambung hubungan ?" Pintas Melina. Saffiya hanya mengeluh dengan ketelanjurannya bertanya tapi itu apa yang di rasanya sekarang. Sebelah hatinya tidak mahu kehilangan Haris tapi kalau itu tertulis dia terima.

Tak salahkan usaha dulu.

"Yela hubungan. Awak dengan Haris" kata Saffiya. Buat buat tak faham ke apa ? Desis Saffiya.

Melina tersenyum. "Betul lah Haris cakap awak cemburu dengan saya" kata Melina.

Saffiya terkejut. Haris cakap dekat Melina aku cemburu dengan melina. Apa masalah Haris. Sibuk betul.

"Awak tak perlu cemburukan sayalah saffiya. Kalau fikirkan balik saya yang patut cemburukan awak" sambung Melina.

"Kenapa awak cemburukan saya pula?" Saffiya bertanya pula.

"Yela awak dah jadi kesayangan Haris. Jadi kesayangan dalam rumah ni juga. Yang paling saya jealous awak dah ada dua baby. Comel comel pula tu" jelas Melina.

"Maksud awak ?"

"Saya takde apa apalah dengan Haris. Ni mesti kes Hadiff panggil saya mama kan ?"

Sampai tu pun Haris cerita dekat melina ? Jadi diorang ada hubungan istimewa ke tak ni ? Bisik hati Saffiya.

"Jangan salah sangka. Ni Hadiff yang cakap awak tak suka orang lain biasakan mama dekat Hadiff. Saya pun pelik Haris paksa Hadiff panggil saya, mama. Tapi lepas tu baru Haris cerita yang awak cemburukan saya. Dia terangkan kenapa awak tak suka Hadiff panggil saya mama" terang Melina panjang lebar.

Saffiya tersenyum. "Saya bukan tak suka cuma..-" kata kata Saffiya terus di halang melina lagi.

"Cuma cemburu ? Lawaklah awak ni Saffiya. Saya dengan Haris dah takde apa apalah. Kami dah lama over. Belum dia kenal awak lagi kami dah putus tau"

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now