Bab 30 - Couple

89.9K 1.6K 48
                                    

"Nah nasi bungkus saya beli. Saya naik mandi dulu" sambil meletakkan bungkusan makanan di meja makan, Haris terus menujur ke bilik.

Hish terkejut aku. Nasib baik tak ada sakit jantung. Bagilah salam dulu ke. Kalau malas sangat bagi salam, bagilah hint dulu ke. Ni tak terus bagi ayat penyata dia tu.

"Em membebel dalam hati tak guna juga. Laparr ni beb" terus aku membuka bungkusan yang Haris tinggal tadi. Ada dua bungkusan.

Kira Haris tak makan lagilah ni. Kena tunggu dialah ni nak makan. Kalau tak tunggu merajuk cakap tak sudi makan dengan dia pula.

"Lagi sekali aku membebel dalam hati. Tengok tv dululah. Haris mandi mengalah perempuan lambat dia. Pembersih sangat" aku terus menuju ke ruang tamu. Niat nak tunggu makan malam dengan Haris.

Biasanya macam ni lah. Kalau aku ada kuliah Haris larang aku masak makan malam. Katanya kesian dekat aku. Nampak baik kan ?

Tapi hakikatnya kalau aku tak ada kuliah Haris akan dera aku dengan suruh masak pagi, tengahari dan malam. Bayangkan dia sanggup balik rumah tengahari sebab nak makan aku masak!

Tiba-tiba terasa sakit dengan telinganku apabila ditarik kasar. "Jom makan" suara Haris memecah suasana.

"Auch sakitlah" jeritku sambil mengosok telingaku yang di tarik Haris tadi. Mesti dah merah. Ish dia ni kan.

"Alah tarik sikit pun sakit ke ? Mengada" balas Haris sambil terus menarik tanganku mengikutnya ke dapur.

"Haris kejaplah. Sakitlah tarik-tarik" mengaduku lagi. Tapi semasa aku ditarik Haris tiba-tiba...

"Auch" aku pegang kepala aku pula. Sejak bila tengah-tengah jalan ada dinding pula ni.

Owh dada Haris ke aku langgar. Ceh suka berhenti tiba-tiba Haris ni.

"Yang berhenti tiba-tiba ni kenapa ? Sakitlah kepala saya. Tahulah dada dia bidang keras"

"Tadi kata sakit saya tarik tangan. Ni saya tak tarik pun dia sakitkan kepala dia pula langgar badan kita. Memang suka sakit eh?" Perli Haris sambil mengosok tanganku yang di tarik tadi. Telingaku yang ditarik tadi turut di gosoknya. Selepas di gosok dicium telingaku pula.

"Ish apa cium orang ni"

"Asal nak suruh cium bibir awak pula ke ? Boleh je kalau nak..-" terus bibirnya mendarat di bibirku.

Tidak tunggu lama aku terus menolak bahu Haris bagi menjauh dariku. Ish nanti aku yang tak tahan pula. Baik aku tolak dulu.

"Tak cakap pun nak kan. Saya laparlah" kataku dan terus melepaskan diri dari Haris untuk menuju ke dapur.

"Malu lah tu. Macam tak biasa pula"

Bukan tak biasa Haris tapi takut diri ni tak dapat nak kawal nafsu pula. Bisik hatiku.









SELESAI makan kami terus menonton tv bersama. Macam biasa tengok drama-drama melayu. Haris suka dengan drama melayu ni tapi malam ni beza sikit sebab dari tadi dia menghadap Iphonenya. Biasanya kalau dia duduk dengan aku Iphone dia terus di letak jauh-jauh darinya.

"Ada apa dalam Iphone tu sampai tersengih sorang-sorang? Tengok video kotor eh" tanyaku apabila Haris mula tersenyum sorang-sorang melihat Iphonenya.

"Ish otak awak kuning betul. Ingat semua lelaki macam tu ke?"

"Lelaki lain saya percaya tapi awak susah sikit. Otak awakkan selalu kuning" balasku selamber.

"Amboi sedap mengata saya. Kalau saya otak kuning, kuning dekat awak je. Awakkan suka buat saya horny"

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now