Bab 2 - Baru

190K 3.1K 17
                                    

3 bulan lepas..

Cantik.

Itu ayat yang keluar dari mulut Saffiya bila melihat rumah barunya bersama Haris. Rumah dua tingkat ini dihadiahkan oleh papa Haris sempena perkahwinan mereka berdua.

"Aku ambil bilik utama dan kau ambil bilik sebelah aku je" kata Haris apabila mereka sampai ke tingkat atas bersama beg mereka berdua.

"Asal awak dapat bilik utama pulak?" Mana aci dia dapat bilik besar. Alaa nak juga

"Aku sampai dulu tingkat ataskan? So akulah dapat. Adil." Tengkorak dia adil? Menyesal pulak aku bawak barang banyak-banyak kan dah terlepas bilik utama.

"Tak aci langsung. Suka hatilah. Baik saya duduk bilik bawah" aku tengok tadi bilik bawah besar juga. Lagi senang kalau bilik kat bawahkan.

"Tak boleh. Kau kena duduk dekat dengan bilik aku" cepat-cepat Haris membalas.

"Alaa asal pulak? Biarlah saya duduk bawah" ish asal kena dekat dengan dia pula.

"Kau pilih nak bilik bawah atau sebilik dengan aku?" Haaa kan dah main ugut.

"Ish taknak lah. Yela saya ambil bilik sebelah awak ni" mengalah jela. Asal bilik kiteorang asing.

"Kalau awal-awal setujukan senang. Okey sekarang kemas barang-barang sendiri dulu. Nanti kita kemas pulak satu rumah"

Erm dah mula bagi arahan dah. Peragai dia memang macam ala ala pemimpin sikit tau. Sesuai jadi cikgu ni.

"Okey"

Setelah selesai mengemas barang aku dalam bilik baru aku tu Haris dah panggil sebab nak sama-sama kemas kawasan dalam rumah. Tak banyak yang nak ubah sebab deco dalam rumah barunya ini cantik dah. Aku dengan Haris hanya kemas apa yang patut je. Setelah selesai kami berdua rehat di ruang tamu.

"Awak.. nanti kita shopping eh. Banyak la barang saya dah habis" dengan lembut aku menyuarakan cadangan. Aku sebenarnya malas nak naik teksi beli barang. Nak naik motor aku tu masih dekat rumah ibu. Naik kereta? Memang taklah. Lesen pun tak ada. Sekarang ni kena mintak tolong Haris je. Syampu, losen dan sabun mandi semua dah nak habis.

"Banyak sangat ke barang tak ada tu" tanya haris malas. Penat kut kemas satu rumah ni.

"Haah banyak. Barang dapur pun tak ada jugakan?" Okey mungkin alasan ni makin kuat nak pujuk Haris teman aku beli barang.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now