Bab 50 - Lelaki Simpanan

114K 1.6K 210
                                    

"Saffiya"

Terus Haris melingkarkan tangannya padaku semasa aku sibuk di dapur menyediakan sarapan untuknya dan Hadiff. Kepalanya di singgahkan di bahuku. Di cium pantas batang leherku yang terdedah.

"Haris dah siap mandi dah ?" Soalku sambil merelakan Haris memelukku dari belakang.

"Dah sayang. Buat apa tu?"

"Buat sarapan untuk awak dengan Hadiff la. Sorry saya sediakan roti bakar je. Bangun lambat pagi tadi"

"Hmm kenapa bangun lambat? Buat apa semalam?" Soal Haris sambil mengetatkan lagi pelukkannya.

Aku terus pusingkan badan dan menghadapnya. "Mengadakan awak tanya soalan. Pergi tengokkan Hadiff jap boleh?" Tanyaku sambil meletakan tanganku pada bahu Haris.

"Boleh sayang tapi bagi morning kiss dulu" sambil menunjukkan pipi kanannya padaku.

Aku dengan relanya terus mencium pipi Haris. "Ni" Haris menunjukkan pipi kirinya pula. Aku hanya relakan bibirku pula menyentuh pipi kiri Haris.

"Sini tak nak ?" Haris menjuihkan bibirnya ke depan pula. Amboi lebih lebih pula Haris pagi ni.

"Semalam tak cukup ke Haris Hakimi?" Soalku sambil berpeluk tubuh depan Haris.

Haris tersenyum nakal "Tak cukup lagi la baby" jawab Haris.

Aku terus membutangkan mata. Takkan tak cukup lagi kut ?

"Kuatnya nafsu awak Haris"

Haris terus melekatkan dahinya dengan dahiku. Hidungnya mengelus mesra hidungku. "Haris pun tak tahulah. Asyik nak je dengan awak Saffiya" bisik Haris betul betul di bibirku.

Aku hanya tersenyum. "Jangan gatal cari yang lain tau" balasku.

"Ish awak ni, saya selera dengan awak je" jawapan Haris terus membahang mukaku. Merah padam rasa muka aku sekarang ni. Tapi belum sempat Haris merapatkan bibirnya dengan bibirku, Hadiff memanggil.

"Mama..mama dekat dapur ke?" Jerit Hadiff.

Aku yang terkejut dengan jeritan Hadiff terus menolak dada Haris jauh dariku. Haris yang turut terkejut itu terus melangkah kebelakang.

"Anak awak pangggil. Ya sayang, mama dekat dapur" terus aku membalas.

"Papa, yeay papa hantar hari ni" apabila Hadiff melihat Haris terus dipeluk papanya. Mungkin masih rindu papanya.

"Kan papa dah janji semalam. Jom makan nanti papa hantar" selepas Haris membalas pelukan Hadiff, terus di tarik anak tunggalnya itu ke meja makan.

Selepas sarapan, kami bertiga keluar dari rumah tapi sebelum sempat sampai ke kereta Haris yang di parking kawasan rumah, ada kereta yang berhenti di luar kawasan rumah.

Syafik.

"Morning papa syafik" terus Hadiff menyapa Syafik sopan.

"Hadiff nak pergi sekolah dah?" Soal syafik.

"Yes. Papa Haris hari ni hantar Hadiff. Papa Syafik tak payah hantar hari ni."

"Oh kenapa susahkan papa Haris datang pagi pagi ni ? Kan papa Syafik selalu datang sini ambil kamu"

"Papa Haris tidur sinilah semalam. Kan mama kan ?" Hadiff membalas sambil memandangku.

Aku angguk.

"Kenapa dia nak tidur sini ? Dia dah takde rumah ke? Lepas ni nak bercerai dah kan ?" Syafik terus menerpa ke arahku dan bersoal.

Aku yang berdiri di antara syafik dan Haris hanya tundukkan wajah. Kenapa dengan dia pula ni ?

"Sorry eh. Saffiya still isteri aku. Tak salah kut nak tidur satu bumbung dengan dia" Haris menjawab sambil menolakku perlahan ke tepi.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now