Bab 18 - Tak Diundang

98K 1.4K 30
                                    

Keadaan di dalam kereta sekarang sangatlah menjengkelkan. Walaupun kereta Audi Haris ni sejuk tapi hati aku macam nak terbakar je tengok kegedikkan Miss Farah ni. Mengada-ngada nak mampus.

"Haris awak memang suka dengar lagu eh" Miss Farah bertanya dengan gaya saja saja digedikkan.

Oh meluatnya aku. Menyesal pula aku setuju nak balik tadi. Ni kalau tak sebab Mira paksa aku ikut Haris pergi klinik, tak adanya aku nak ikut Haris dengan Miss Farah ni. Aku tak heran dah dengan kaki aku ni.

"Tak adalah suka sangat. Tapi ada lah teman saya cakap dengar lagu boleh hilangkan tension. So saya dengar lagu masa drivelah. Bagi saya masa drivelah paling tension. Yela kena hadap jammed" terang Haris panjang lebar.

Tengok. Kalau haris tak melayan tak adanya Miss Farah tergedik gedik. Tapi siapa pula teman Haris ? Bukan Haris ni tak suka ke dengar lagu. Katanya dulu, lagu ni semua mengarut.

Lagu boleh hilangkan tension ? Macam pernah dengar ayat tu.

"Oh sweetnya teman awak tu" balas Miss Farah.

"Dia memang sweet pun" kata Haris sambil betulkan cermin pandang belakang. Aku tengok elok je cermin tu. Aku pun turut pandang cermin tu.

Mata aku dengan Haris terus bertentang. Haris kenyitkan mata.

Terkaku terus aku. Bukan tak biasa pandang mata Haris tapi aku memang jenis lemas sikit kalau pandang mata Haris lagi-lagi part dia kenyit mata. Oh comel gila.

"Teman awak yang tu mesti specialkan Haris" Miss Farah tidak berenti di situ sahaja untuk berbicara dengan Haris.

"Special sangat" balas Haris dan tidak lepas memandang cermin pandang belakang.

Ah kali ni aku takkan tergugat. Baik aku pejam mata. Tak nak dah lemas dari memandang mata Haris.

Lebih kurang satu jam perjalanan, Haris memberhentikan kenderaan dan singgah di kawasan Rehat Dan Rawat. Miss Farah perlu menggunakan tandas untuk seketika. Apabila Miss Farah keluar dari kereta Haris, Haris terus sahaja mengunci keretanya. Kali ini hanya tinggal aku dengan Haris sahaja dalam kereta.

"Sayang okey tak ni" Haris terus berpaling ke belakang dan memandang tepat ke arahku.

Aku terus buat-buat tidur. Malas nak layan Haris.

"Sayangggg..bie tahu sayang tak tidur. Cakaplah dengan bie sayang" Haris cuba memujuk.

Aku masih membatukan diri sendiri. Haa tengok sanggup tau jadi batu sekarang ni sebab tak nak bercakap dengan haris.

"Sayanggg jahatnya tak nak cakap dengan bie" pujuk Haris lagi. Kali ni suara dia makin lembut. Nyaman je aku dengar.

Ah jangan tergoda Saffiya. Kau kena tunjukkan ego kau tu juga.

"Sayang cakaplah" Haris sudah seperti hilang sabar pula. Aish cepat gila give up Haris ni pun.

"Saya nak tidurlah SIR" kataku. Saja tekankan panggilan Sir tu kepada Haris.

"Bukan ada siapa-siapa pun sayang" balas Haris lembut.

Sabarlah hati dengar suara Haris ni. Em kenapalah Haris perlu guna suara-suara gentle dia tu.

"Suka hati" kataku dan cuba membetulkan kedudukan aku di seat belakang kereta Haris tapi " auhhh" aku tak sengaja menggerakan kaki kiriku ini.

"Sayang, sayang okey tak ni? Sakit sangat ke?" Tanya Haris kelam kabut.

"Okey okey. Cuma tersalah gerakkan kaki tadi" balasku pula.

"Ish sayang jangan buat bie riasaulah..-"

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now