Bab 29 - Duet

83.5K 1.5K 94
                                    

-Media-
Like im gonna lose you cover by Jasmine Thompson.
.
Suka sngt suara dia.

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××


"Pilihan Cik Saffiya kita adalah.... Sir Haris"

Hah Haris ?

Gila ke apa pilihan aku ni ? Saja cari maut ke aku hari ni.

"Macam jodoh pula kau ni Fiya weh dengan pensyarah hot tu. Kau saja eh pilih dia" bisik Ashraf pelahan di tepi telingaku.

Tak guna punya Ash datang dekat-dekat dengan aku sebab nak bisik tu je. Emm kalau dia guna microfone tadi lagi malu lah kau Saffiya.

"Kalau dia tak nak Ash. Macam mana?" Tanyaku kepada Ashraf. Berbisik jugalah. Gila nak tanya kuat-kuat atas pentas ni.

"Boleh je kalau dia tolak tapi dia nak ke tolak ? Nampak macam nak je tu" kata Ashraf sambil mulutnya di muncungkan ke depan.

Mataku terus ku hala mencari kelibat Haris. Dia tengah berdiri dan senyum ?!

Dia tak kisah ke nak nyanyi dengan aku atas pentas ni ? Wehh siapa yang pandai-pandai buat acara ni tiba-tiba.

Sumpah menyesal join acara pentas ni. Ni semua salah Ashraf!

"Ash kau memang saja eh plan semua ni?"bisikku lagi di telinga Ashraf.

"Takde kerja aku nak plan. Kau kan yang pilih bola nama Sir Haris. Salahkan orang pula" balas Ashraf sambil tersenyum- senyum cover atas pentas.

Tak pernah dibuat orang pengacara sembang dengan peserta atas pentas ni.

"Okey jemput naik Sir Haris. Sir terpilih untuk turun serta dalam acara ini" kata partner Ashraf kepada Haris. Haris baru sahaja sampai di tangan pentas dan sangatlah mendapat tepukan gemurun dari semua penonton.

Heh Haris bukan peserta pun. Haris ni aku tengok mengalahkan peserta pula. Agak-agaklah.

"Okey sir sudi ke tak menyanyi atas jemputan Cik Saffiya dari pelajar multimedia ni ?" Tanya Ashraf pula.

Em masa bila pula aku jemput menyanyi dengan aku ni ? Pandai-pandai Ash je.

"Saya boleh tolak ke jemputan dia?" Tanya Haris.

"Boleh je. Sebab ini bukan acara paksaan. Ini acara bonus sahaja kepada peserta kita hari ni" balas Ashraf.

Oh jadi ni bukan paksalah. Tolonglah Haris tolak. Aku taknak nyanyi dengan dia. Tengok peminat-peminat dia dah jeling-jeling aku.

Heh ingat aku nak sangat ke dekat Sir Hot korang ni ? Ceh yeke taknak Saffiya

"Saya terima" kata Haris sambil tersenyum.

Ish Haris ni kenapa ? Perlu ke terima ?

"Okey. Sporting betul Sir Hot kita ni. Okey pilihanan lagu Sir?" Tanya Ashraf.

Boleh tahan juga Ashraf jadi pengacara majlis kali ni.

"Like im gonna lose you"

Okey kali ni Haris dah melebih-lebih. Asal pilih lagu cinta tu ? Nanti budak-budak ni fikir apa pula. Aduhhh geramnyaa aku.

"Wahh pilihan yang tepatlah sir. Okey. Saffiya awak okey eh. Kita mulakan sekarang" partner Ashraf mula membalas.

Tak tanya pun aku okey ke tak dengan lagu tu ? Memandai je partner si Ash ni buat keputusan.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now