Bab 3 - Call Me Bie

182K 2.9K 53
                                    

Selesai aku memakai pakaian tidurku terus aku keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Perut aku dah macam buat konset.

Ketika perjalanan ke dapur peristiwa tadi terus terbayang diingatan. Aduhh malunya rasa. Macam mana aku boleh melayan perasaan tadi dengan Haris tapi bukan salah pun. Dia laki aku dosa pun tak. Bisik hatiku.

"Cepat turun. Aku lapar ni" terdengar suara dari tempat makan di dapur.

Oh dia tunggu aku makan ke? Eh lupa dia mana suka makan sorang-sorang. Kata mama Haris ni macam manja sikit. Comelkan Haris. Oh god. Saffiya kau dah kenapa cakap Haris comel?

"Sorry lambat. Lama sangat tadi sembang" ni semua salah Mira. Sembang tak ingat dunia betul.

"Lain kali kalau nak sembang ingat juga dekat perut yang tak isi apa-apa tu. Sembang sembang juga kesihatan jaga" membebel panjang Haris kepadanya.

Ish kan aku dah cakap. Dia sesuai jadi cikgu. Penuh nasihat ni. Kami berdua terus makan dan menikmatiknya yela kedua-kedua lapar plus penat. Habis saja makan terus Haris masuk kebiliknya. Penat mungkin.

Pagi itu terus kami berdua menujuk ke shopping complex sesi bershopping barang.

Banyak barangan dapur yang kami beli untuk kehidupan baru mereka. Biasanya keluarga yang sediakan semua tapi sekarang mereka terpaksa membuat semuanya sendiri. Boleh tahan penat jugalah. Penat gaduh pun boleh tahan. Kedua-duanya tak mahu kalah pilih untuk barang harian di rumah. Last-last mereka tetapkan pilihan dengan osom. Ish macam budak-budak.

"Apa lagi kau nak beli ni saffiya" kata haris setelah membayar barangan dapur. Haris suka memanggil nama panjangnya tapi nasib baik tidak disambung dengan nama Aliya.

"Ermm keperluan badan saya pula. Like shampor, sabun dan losen" balasku. Niatku keluar pun sebernanya nak beli tu tapi dah alang-alang keluar beli terus jela barangan dapur.

"Oh okey. Ingat beli sabun yang sama wangian macam semalam" terus Haris mengingatkannya. Alaa wangian apa lagi dia nak beli. Wangian tu je dia suka.

Setelah selesai membayar barangan keperluanku Haris terus menarik tanganku keluar dari kedai itu. Sampai dihadapan pintu masuk tiba-tiba satu suara menerjah kami.

"Haris is you? Oh god lamanya kita tak jumpa darling? Asal lama tak contact i honey?" Sambil menarik lengan Haris tanpa segan silu perempuan yang hanya memakai dres yang terdedah di dada dan menampakan lurahnya itu. Tidak tengok lagi dres yang hanya singkat menampakkan paha putih gebunya itu. Ee perempuan ni tak geli ke tunjuk badan. Aku yang freehair ni pun tak la sampai hati nak tunjuk itu semua.

"Hai. Sorry busy" hanya itu balasan Haris kepada perempuan itu. Ah Haris kenal rupanya.

Gila tak kenal. Sampai perempuan itu panggil darling honey bagai. Ish geramnya, dia ingat dia seorang boleh panggil macam tu. Aku pun bolehlah. Lagipun aku yang memang patut panggil Haris macam tu.

"Bie... sayang penatlaa.. sayang lapar ni. Bie kata nak balik dah.." haa meleret leret aku buat. Yang pasti lagi manja dari kau perempuan.

Terus aku tarik lenggan Haris supaya mengikutku jauh dari perempuan yang tak cukup kasih sayang tuh.

Sampai dihadapan kereta kami parking. Terus aku membuka pintu dan memandang Haris seperti memberi isyarat supaya membuka lock kereta tetapi tak diendahkannya malah haris hanya membuka bonet dak memasukkan barang yang dibeli mereka.

"Awak..bukalah pintu ni. Saya penatlah" ish dia ni kenapa. Tak faham ke?

"Sebelum aku buka pintu. Aku nak kau panggil aku macam tadi kau panggil" balas Haris.

"Panggil macam tadi? Panggil macam mana?" Tanyaku blur.

"Panggil aku macam kau panggil aku depan perempuan tadi tu. Right now" sedikit tinggi ayat terakhir Haris.

Aku ingat balik apa yang aku panggil dia tadi. Tak silap aku lah aku panggil dia dengan... bie ? Aik biar betul. Dia suruh aku panggil dia bie ke ? Terus aku pandang mukanya seperti meminta kepastian dan Haris seperti mengerti dengan pandangan aku. Terus dia mengangguk dan tersenyum.

"Call me Bie or aku kiss kau dekat parking lot ni" what ?! Kiss ? Gila apa mamat ni nak cium aku dekat sini. Memanglah tak ramai orang tapi still ada orang kan?

"Awak gila ke apa? Takkan nak cium dekat sini kut?" Pujukku. Aish mintak-mintaklah dia terima pujukan aku.

"Call me Bie or kissing?" Haa kan dah Haris bagi dua je pilihan.

"Alaa dua-dua macam tak adil dan dua-dua juga macam menguntungkan awak je" tak adil betul.

"Like saffiya Aliya pilih yang kedua. Okey-"

"Eh eh bukan macam tu" aduh dia ni betul-betul ke apa. Tapi sampai muka dia dah nak hampir dengan muka aku ni macam nak cium.

"So pilihan pertama la ni?" Tanya haris kembali.

"Alaa taknaklah panggil macam tu. Geli lah" ish aku memang tak sukalah panggil macam tu. Dengar pun sebernanya aku geli. Aku selalu kutuk couple panggil macam tu. Diorang tak geli ke?

"Aish tadi kau panggil macam sweet je aku dengar. Takde geli-geli pun? Alaa panggil jela" aduh main paksa pula suami aku ni.

"Yela-yela saya panggil macam tu. Heh puas hati" dahlah malas aku nak gaduh. Kalau gaduh pun bukan aku menang.

"Tak puas hati selagi aku tak dengar kau panggil macam tu" kata Haris sambil memeluk tubuhnya. Akibatnya baju tshirt Haris membentuk tubuh badannya yang cukup sempurna. Dada bidangnya membuat Saffiya tertelan air liur. Perh smart gila badan Haris macam model. Ni tak tengok lagi perut dia. Erm mesti sixpack tengok gaya. Bapak tough doh badan Haris.

"Hello Saffiya Aliya" sambil melambai lambai tangan kanannya di depan muka Saffiya. Aduh fiya macam mana kau boleh khayal tubuh badan Haris ni. Buat malu jela.

"Takde apalah awak-"

"Haa panggil awak lagi. Panggil bie lah" haris memintas percakapan Saffiya.

"Takde apalah bie. Dahlah jom balik" Haris tersenyum bangga dengan panggilan Saffiya kepadanya.

"Cantik. So aku panggil kau sayang. Nice right?" Tanya haris

"Ish tak nice pun. Panggil fiya jela" macam melebih sangatlah panggil sayang. Kiteorang bukan pasangan bercinta pun sebelun ni.

"Okey pilihana-" pilihan lagi. Aduh Haris ni "pilihananya sayang or baby? Pilih" aduh lagi sekali tak aci. Memang taklah aku nak biasakan diri aku ni baby. Ingat aku budak kecil ke apa?

"Sayang. Saya pilih sayang" cepat-cepat aku buat pilihan.

"Good. So sayang boleh dah bie masuk pandu kereta" uish mengada-ngada betullah si Haris ni. Aku baru tahu peragai dia ni.

"suka hati awak"

"Apa awak-awak? Lagi sekali. Kalau tak kita akan still je dekat sini" haa kan Haris dah bagi arahan lagi. Memang elok kalau jadi cikgu ni. Dan aku ni asal dari tadi suruh Haris ni jadi cikgu?

"okey-okey. Jom bie kita balik. Sayang pun tak sabar nak balik" aku dah guna cantik punya panggilan baru kiteorang dua ni.

Haris hanya senyum dah membuka pintu untukku masuk. Ish apa-apalah Haris tapi.. comel juga panggil macam tu...

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now