Bab 25 - Gosip

88.7K 1.4K 22
                                    

Sampai sahaja di rumah hadiah sempena perkahwinan kami, aku terus keluar dari kereta. Tak keruan hati aku duduk lama-lama dengan Haris.

Selepas kejadian sarapan pagi hari tu, Haris terus dingin dengan aku kecuali depan ibu. Dia pun mungkin malas nak kena bebel dengan ibu jadi dia pun terus berlakon macam aku dan dia seperti tiada apa-apa masalah. Aku tak tahu sebernanya apa salah aku sampai di dinggin dengan aku.

Dengan hati yang berat aku terus menuju ke dapur. Ibu dah pesan kena jadi isteri yang baik. Jadi nak kena jadi isteri yang baik makan minum suami paling penting. Jadi kena fikir dari sekarang nak masak apa untuk Haris malam ni. Baik kan aku ?

"Eh bie macam mana saya nak pergi kolej esok?" Tanyaku apabila teringat yang moto aku masih di rumah ibu.

Aduh asal aku tak terfikir masa balik petang tadi ? Banyak kerja pula aku nak fikir sekarang.

"Ni rumah kita. Mana ada ibu pun kalau nak berlakon" balas Haris sambil duduk di sofa yang tersedia di ruang tamu.

Aduh Haris tak okey okey lagi ke ni ?

"Biasa kita macam ni kan?" Tanyaku lalu duduk di sisi Haris sambil memandang tepat ke arahnya. Aku dah penat main tarik tali dengan Haris ni.

"Asal rumah ibu kena depan ibu je macam ni ? Asal belakang ibu tak pula?" Tanya Haris lagi.

"Alaaa tu pun jadi isu.." kata-kataku terus dipotong Haris.

"Simple gila awak pandang benda ni kan Saffiya ? Saya tak fahamlah dengan awak ni Saffiya. Kejap lain lepastu lain"

"Fine saya mintak maaf" sabar Saffiya. Nak jadi isteri taat kan.

Haris terus menghadap aku dan menarik aku dekat dengannya. Kenapa pula ni.

"Asal nak peluk bagai. Kita tengah bincangkan?"

"Bukan kita selalu bincang selalu dalam keadaan macam ni ke ?" Kata Haris lagi.

"Suka hatilah. Penatlah saya gaduh dengan awak"

"Bie. Panggil saya bie. Faham tak?"

"Yeee bie yeee saya panggil awak bie. Puas hati?" Tanyaku geram. Saja tekankan panggilan Bie tu.

"Puas" katanya dan terus melepaskan pelukan kami dan menghadap ke depan kembali.

Okey kes ni dianggap selesai jela. Sekarang ni moto aku gimana ya?

"Biee moto saya macam mana ? Saya nak pergi kolej esok" kataku sambil menarik tangannya menghadap kearahku balik.

"Simple. Naik dengan bie esok" balas Haris tanpa memandang aku pun

"Simple bie tu boleh pergi simpan dulu okey. Eeee bie tahu kan satu kolej kenal kereta bie. Agak-agaklah simple pun" kataku sambil memegang kedua belah pipi Haris. Paksa wajahnya memandangku. Apa cantik sangat ke tv tu ?

"Lepas tu ?" Tanyanya dan mengalah memandangku. Tangan kirinya dilingkari ke pinggangku. Tangan sebelah lagi mengelus lembut pipiku.

"Tak tau" okey tu aku boleh balas. Aku pun tak tahu. Memang tak lah weh nak naik kereta dengan dia. Timbul gosip entah apa-apa nanti.

"Naik dengan bie jela okey" katanya sambil membelai rambutku.

Aish tangan Haris ni memang nak kena kerat dengan aku tau. Ada je nak mainnya.

"Tak nak! Okey kalau macam tu kita keluar awal esok. Bie hantar saya rumah ibu ambil moto. Boleh?" akhirnya cadangan yang terakhir dikeluarkan.

"Laa baik tadi awak balik sini dengan moto. Apalah awak ni" katanya tapi tidak lepas bermain dengan rambutku.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now