Bab 14 - Tak Tahu

107K 1.7K 30
                                    

"Sayang okey"

Glup.

Itu bukan suara Haris ke ? Tapi..

"Sayanggg" panggil Haris lagi.

Aish jangan buat suara menggoda sangat Haris. Aku dahlah sekarang makin lemah dengan kau. Apa-apa kau buat aku ikut je. Apa kau nak aku rela je buat.

"Buat apa dekat sini?" Ha kan aku dah tanya soalan bodoh dekat Haris. Sah-sah mamat ni pensyarah dekat kolej ni.

Alah biasalah soalan bodoh untuk keadaan yang bodoh ni.

"Intai awak" balas Haris sambil kenyitkan mata.

Ibuuuuu tolong Fiya, Fiya tak kuattt..

Ngek la Saffiya ni.

Terus aku pandang kiri kanan dan kiri balik. Ceh macam nak lintas jalan. Tapi situasi dia samalah. Nak berhati-hati. Mampus kalau ada budak-budak lain nampak aku dengan Haris ni.

"Sir sekarang kita dekat kolej. Profesional please.." ceh ayat aku takle bla.

"Eleh sayang yang tak profesional-" balas Haris dan cuba untuk meraih tanganku. Cepat-cepat aku membantah.

"Bieeee.."

"Ha ha tengok siapa tak profesional sekarang. Panggil bie bagai. Asal rindu eh ? Bie pun" sambil kenyitkan mata Haris membalas.

Ish susah ada laki mengada macam Haris ni. Dulu bukan main macam singa jantan monopos. Sekarang gedik takle bla betul.

"Weh Fiya lamanya kau pergi toilet. Lama aku tunggu dengan Fat tau" tiba-tiba suara Mira menyengah dari belakang.

Mampus kau Fiya. Cepat-cepat otok fikir alasan ni.

"Eh sir pun ada. Sir sembang dengan Fiya ke?" Tanya Mira bila dia tersedar di hadapannya juga terdapat pensyarahnya.

"Tadi Saffiya nak cakap pasal benda dia tak faham. Saya tolong bagi tahu jela" jelas Haris sambil tersenyum manis.

Ceh alasan Haris ni tak boleh bla langsung. Bagi la alasan gempak sikit nak menipu pun. Tapi ada alasan gempak lagi ke dari tu Saffiya Aliya oi.

"Aik bukan kau terro ke dalam subject ni Fiya" kata Mira ragu. Yela dalam class tu lepas Badrul, Fiya la asyik dapat result tingginya subject Sir Haris ni ajar.

"Eh kau tahukan aku paling lemah dalam subject ni tiap sem. Jadi adalah aku tanya sikit-sikit dekat Sir ni" cepat-cepat aku mencari alasan. Tapi memang aku paling lemah pun subject yang ni Haris ajar.

"Yeke? Pelik-" belum sempat Mira membalas aku cepat saja memotong.

"Eh tadi sir cakap sir nak cepatkan? So lain kali saya jumpa sir lagi eh" kataku cepat-cepat dan berharap Haris faham dengan situasi sekarang.

Haris seperti memahami terus mengangguk. Mereka sudah sepakat untuk merahsiakan perkahwinan mereka ini. Biarlah keluarga terdekat sahaja yang tahu. Perkahwinan ini pun untuk menyempurnakan wasiat arwah ayah.

"Yes. Betul tu. Okeylah Saffiya nanti kalau ada tak faham lagi jumpa saya. Saya pergi dulu. Jumpa nanti"

Jumpa nanti ? Haris ni saja tau. Tapi nasib tak cakap jumpa dekat rumah nanti. Kalau cakap macam tu memang aku cili-cili la mulut Haris. Aik yeke cili ? Nanti kalau mulut dia pedas tak best nak kiss. Oh Fiya sempat lagi kau fikir pasal nafsu kau tu. Hadap soalan Mira tu dulu.

"Weh Fiya kau tanya apa Sir hot tadi?" Haa kan dah bunyi Mira punya soalan.

"Boleh tak kau tak panyah panggil dia Hot ? Geli la aku" serius weh aku geli panggil Haris hot. Tapi lebih kepada sakit hatilah. Mana diorang tahu Haris aku tu hot ? Aku tiap hari hadap Haris macam mana. Diorang just tengok je. Ish geram.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now