Bab 61 - Haidar

98.8K 1.5K 44
                                    

Kandungan Saffiya sekarang sudah mencecah 9 bulan, Haris telah keputusan untuk menjaga Saffiya sepenuhnya sendiri. Hadiff pun sudah di hantar ke rumah mama dia dan di jaga sendiri mama dan Angah Manissa dekat sana. Kerja pun Haris dah mintak cuti dari papa dia. Alasannya takut Saffiya tak mampu nak hadapi sorang sorang nanti. Yela kandungannya hanya tunggu hari nak meletup sahaja.

"Bie tak bosan ke tak kerja ni ?"

Kebiasaan soalan yang keluar dari mulut Saffiya awal pagi begini. Haris pun dah jadi hobi gelengkan kepala bila dengar soalan Saffiya ni.

"Bie tak bosan sayang. Tak payah risaulah. Tolong bie ambil remote control jap. Malas ah nak bangung" kata Haris sambil menunjukkan remote control yang berada di sisi tv.

Saffiya yang baru saja ingin duduk setelah selesai kerjanya di dapur terus berjalan ke sisi tv dan mengambilnya.

"Sayang awak ni dah macam peguin berjalan tau." Kata Haris sambil tersenyum sinis.

"Dah perut ni besar sangat. Sekarang pun tunggu masa anak awak ni keluar tau"

Haris tersenyum mendengar alasan Saffiya. Takde lah teruk sangat isteri dia berjalan sebenarnya. Di usap perut isterinya itu lembut. Wajahnya di angkat memandang Saffiya yang baru sahaja duduk di sampingnya itu. "Ingat tak saya pernah cakap perempuan mengandung ni seksi?" Soal Haris.

"Ingat. Ingat sangat" balas Saffiya. "Awak nak cakap saya seksi ke sekarang ?" Sambung Saffiya lagi.

Haris angguk. "Seksi sangat. Comel." Kata Haris sambil melentokkan kepalanya pada bahu Saffiya. "Pipi pau pula tu. Geram bie tengok. Nak selalu gigit je rasa." tambah Haris.

"Saya masih tak faham  tang mana saya mengandung ni seksi" Haris hanya ketawa mendengar jawapan isterinya itu. Mungkin orang lelaki je boleh nampak tu. Hm lelaki tu mungkin Haris.

"Bie tak sabarlah nak tunggu baby ni keluar" ucap Haris sambil menggosok perut saffiya. "Mesti dia comel kan sayang" sambung Haris.

Saffiya tergamam. Terkejut dengan kata kata Haris. Ya, dia pun tak sabar ingin melihat anak dalam kandungannya ini. Tapi mengenai perjanjian perpisahan mereka masih berjalan di sebabkan Haris sekarang mempunyai Melina. Isu mengenai Syafik pula Haris masih tidak tahu dan Saffiya juga tidak membuka mulutnya lagi mengenai hal Syafik.

Haris dah ada melina ? Takkan aku nak rosakkan hubungan mereka yang dah terjalin tu. Melina perempuan yang baik. Jadi tak salah kalau dia nak bahagiakan Haris. Bisik hati Saffiya.

"Kalau dia keluar maknanya kita berpisah la kan bie ?" Soal saffiya ragu. Matanya mencari wajah Haris tapi wajah Haris bersahaja saja.

"Saya tak nak bincang hal tu. Hal tu lepas awak lahirkan baby kita so sekarang tak perlu nak bincang lagi" jawab Haris mendatar.

Sesudah itu Haris melentokkan kepalanya pada bahu Saffiya dan saffiya melentokkan kepalanya atas kepala Haris. Senang dengan keadaan begini. Betul kata Haris, benda tu fikir lepas dia lahirkan anak, sekarang tak lagi. Dia pun ingin melupakan dulu hal berkaitan perpisahan ini. Tapi baru sahaja kelopak matanya ingin tertutup, saffiya merasa ada cecair yang keluar celah kangkangnya. Dan terus di tarik tangan Haris.

"Bie, Saffiya rasa dah tiba ni." Bicara Saffiya dengan suara cuba di kuatkan

"Tiba apa ?" Soal Haris bersahaja. Matanya masih elok di hala ke tv.

"Bie cepatlah. Anak awak nak keluar ni" suara Saffiya terus meninggi dan terus menyedarkan Haris.

Kelam kabut dia buatnya Haris apabila memahami maksud yang di ucapkan isterinya itu. Cepat cepat di kendong isterinya dan di masukkan ke dalam kereta. Segala keperluan yang saffiya sediakan di bawanya bersama. Saffiya sudah sediakan semua awal awal. Biasalah orang dah berpengalaman.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now