Bab 54 - Paksa.

94.1K 1.4K 171
                                    

Aku tak tahu aku kena gembira atau sedih sekarang ni.

"Awak mengandung Saffiya"

Kata kata Haris masih bermain main dalam otak fikiranku. Nak rasa gembira pun tak boleh. Nak rasa sedih ? Ini anak aku dengan Haris.

Betul, aku gembira. Yela tak lama lagi aku akan dapat anak lagi. Aku dapat bagi Hadiff adik kut. Perempuan mana tak gembira dapat anak kan lagi lagi anak dalam kandungan, anak lelaki dia sayang pula tu.

Tapi masalahnya aku dan Haris akan berpisah tak lama lagi. Nak gembira pun tak boleh sekarang ni bila fikir aku dan Haris akan berpisah. Takkan aku nak besarkan anak ni tanpa seorang ayah ? Cukuplah Hadiff kena anggap Syafik ayah dia.

Kenapa hidup aku ni rumit sangat ?

"Saffiya awak okey tak ? Saya dah agak awak tak rela kan ? Saffiya ?" Panggilan dari Syafik terus menyedarkan aku dari memikirkan masalah baru yang menimpa aku sekarang ni.

Aku pandang Haris. Aku tahu Haris marah dengan soalan Syafik. Dan syafik takde hak langsung nak cakap macam tu dekat aku.

"Syafik, Haris tu suami saya yang sah. Rela tak rela ini anak saya dengan Haris. Saya nak awak hormat Haris." Kataku perlahan. Tanganku terus menggosok perutku yang masih kempis.

Ah aku diberi peluang sekali lagi akan bawa nyawa. Yang lagi menggembirakan aku, ini adalah bukti cinta aku dan Haris. Dan aku suka gelaran bukti cinta Haris.

"Aku dah buat keputusan, aku akan still dengan saffiya." Akhirnya Haris mengeluaran suaranya selepas dia memberitahu aku yang aku lagi sekali berpeluang baginya zuriat.

Maknanya aku tak jadi pisah dengan Haris ? Jauh dalam lubuk hatiku, aku rasa bahagia. Rasa lega.

Syafik terus memandang Haris. "Apa ni Haris, hari tu kau janji lain sekarang lain" kata Syafik.

"Kau mengarut apa. Waktu sekarang aku mana boleh cerai saffiya. Dia mengandung. Saffiya mengandung anak aku!" Terus Haris menjawab sambil tepat matanya memandang Syafik.

Kira betul lah ni Haris tak jadi nak ceraikan aku ? Haris dapat terima anak ni juga ? Kiranya aku dan Haris tak jadi berpisah lah kan. Bisik hatiku dan terus bibirku terukir satu senyuman lega.

"Okey kiranya sebab dia mengandung jela ? Kau memang sengaja kan Haris" bidas Syafik lagi. Sengaja di tinggikan suara berkata pada Haris.

Haris memandang wajahku buat seketika dan terus memandang Syafik. "Dia isteri aku. Suka hati akulah nak buat dia mengandung ke apa. Apa hak kau nak mempertikaikan aku pula ni ?" Suara Haris semakin meninggi membalas.

"So sekarang macam mana ? Kau jangan lupa aku pernah jaga Saffiya masa mengandungkan Hadiff. So aku rasa aku lagi layak jaga dia masa mengandung ni." Syafik membalas.

"Betul aku mangaku kau jaga dia masa Hadiff dalam kandungan. Itu peluang kau. Tapi sekarang aku tahu dia mengandung dan ini peluang aku. Jadi aku harap kau terima takdir, ini peluang aku. Kali ni aku akan jaga Saffiya dan anak aku. Aku harap kau faham" Haris berkata dengan nada mendatar. Mungkin Haris sudah penat melayan kata kata Syafik tadi.

"Bila kau akan ceraikan Saffiya?" Soalan Syafik mengejutkan aku.

"Maybe lepas saffiya lahirkan anak aku" senyuman yang terukir di bibirku tadi terus lenyap.

Apa maksud Haris dia akan ceraikan aku juga ? Aku ni takde makna ke dalam hidup Haris. Kiranya dia tak nak ceraikan aku sebab anak dalam kandungan ni jela ? Sebab anak dalam kandungan ni je ke ?

Kenapa kejam sangat takdir hidup aku kali ni.

"Okey aku pegang janji kau kali ni"

Itu suara terakhir aku dengar dari syafik. Mataku terus kabur dengan air mata. Aku tak tahu berapa lama mereka berdua berbincang, yang aku tahu hati aku terluka. Hati aku terluka dengan ayat Haris. Dia hanya nak anak dalam kandungan ini sahaja. Dia cuma nak jaga anak dalam kandungan ni sahaja.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now