Bab 40 - Merayu

118K 1.6K 202
                                    

"Haris.. akhirnya jumpa juga kita ya. Apa yang hebat sangat dekat kau ni sampai susah aku nak jumpa ?"

Danial memulakan bicaranya apabila lelaki yang yang di tunggunya dari tadi akhirnya datang berjumpanya.

"Susahlah sebab aku ada Saffiya Aliya" dengan angkuh Haris membalas.

Dia tahu itu yang diingini Danial. Dan dia juga tahu perkara utama yang menyembabkan pertemuan ini di sebabkan Isterinya, Saffiya Aliya.

"Heh Saffiya tu milik aku. Aku nak kau ceraikan dia" balas Danial. Danial percaya jodohnya hanya Saffiya Aliya.

"Kau mengarut apa ni Danial. Sedar la diri tu sikit. Saffiya tu isteri aku. Isteri aku yang sah" balas Haris sambil mendekatkan dirinya dengan lelaki di hadapanya itu.

Hatinya terlampau sayangkan Saffiya. Walaupun dia ragu-ragu dengan Saffiya disebabkan cerita-cerita yang dibawa Danial sebelum ini. Hatinya tetap mengatakan Saffiya Aliya bukan begitu.

"Perkahwinan aturan keluarga sahaja Haris. Saffiya milik aku. Dari dulu sampai sekarang dia milik aku. Asal kau tak faham-faham?"

Sungguh Danial terlampau taksub dengan perempuan yang bergelar Saffiya Aliya. Dia fikirkan harta dan pangkat boleh membantunya melupakan perempuan yang selalu bersamanya dari sekolah itu. Tapi pencanturannya silap.

"Aku tetap pilihan arwah ayah Saffiya. Kau apa ? Cinta tak direstui ?" Sindir Haris saja menyakitkan hati Danial.

'Kiranya Haris tak tahu lagi kenapa arwah ayah Saffiya benci aku. Aku ingat Haris ni cerdik tapi bodoh!' Bisik hati kecil Danial. Dia tersenyum.

"Saffiya tu pandai simpan rahsia kan ? Hahaha aku ingatkan jenis mengadu. Oh lupa sebab peragai tak gedik dia tu aku jatuh cinta dengan dia. Ah buat aku makin rindu Saffiya aku" sambil tersenyum-senyum Danial melafaskan kata-katanya. Danial kenal sangat peragai Saffiya yang satu itu.

"Saffiya isteri aku. Kau tak layak nak rindu dia sial" Haris mula tidak tahan dengan gelombang amarah yang semakin meluak luak dalam dirinya. Cemburunya terlampau kuat.

"Jealous ya bang ? Hahaha ini baru permulaan. Kau nak tahu lagi tak pasal Saffiya aku?" Danial mula menuang minyak ke atas api yang marak.

"Buat apa aku nak jealous kalau Saffiya tu milik aku. Kau tu yang patut jealous. Lelaki yang boleh jadi suami Saffiya hanya aku. Aku Danial" Haris yang tidak mahu kalah terus membalas dengan amarah yang di tahan.

"Heh kau cuma bertuah sebab jadi anak kawan baik arwah ayah Saffiya. Tapi aku jadi cinta pertama Saffiya"

"Cinta pertama je Danial. Kekasih pertama je. Tapi aku suami pertama dan terakhir dia Danial. Kau kena tahu tu"

"Hahahahaha kau buat lawak ke Haris hahaha" tidak berhenti Danial tergelak.

'Game start Haris' Danial tersenyum.

"Aku tak buat lawak Danial. Kenyataan" Haris membalas dengan senyuman. Perang psiko perlu di lawan Haris.

"Kau mesti tak pernah sentuh Saffiya kan Haris"

Terus mati senyuman Haris. Apa maksud Danial ?

"Seliar liar Saffiya dia paling pantang orang sentuh dia. Dia ingat semua kata Arwah ayah dia. Tapi..." Saja Danial menggantung ayatnya kerana mahu melihat lelaki yang sedang dia mainkan di depannya ini.

"Kecuali akulah kan ? Lelaki kesayangan dia selepas ayah dia. Heh aku dah rasalah Saffiya a..-"

Belum sempat Danial menyambung ayatnya itu, satu tumbukan dihadiahkan di pipinya. Deras.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now