Bab 60 - Maaf

100K 1.5K 117
                                    

"Hai Mak buyung"

Tegur Haris pada Saffiya yang membawa minuman untuk suami dan anaknya. Saffiya terus mencuri pandang pada pintu masuk dan tersenyum sinis pada Haris.

"Siapa tu papa ?" Tanya Hadiff sambil matanya di hala pada tv dan tangannya mencapai gelas yang di beri Mamanya, Saffiya.

Haris tersenyum. "Boyfriend Mama" kata Haris sambil mengeyit matanya pada Saffiya.

Hadiff yang kurang memahami maksud boyfriend menghiraukannya dan terus hanyut dengan siaran kartun di tv. Saffiya hanya membuat muka menyampah dengan Haris.

"Betul ke boyfriend awak sayang ?" Soal Haris sengaja sambil duduk di samping Saffiya. Tangannya terus melingkar pada pinggang Saffiya. Kepalanya sengaja di lentokkan pada bahu Saffiya.

"Apa yang Danial bagi tahu tadi?" Soalan di balas soalan.

Haris hanya tersenyum mendengar soalan Saffiya. Fikirannya terus melayang pada penemuan dengan Danial sebentar tadi. Di suruh saffiya dan Hadiff masuk ke rumah dulu manakala biar dia sahaja menghadap Danial.

***

"Kau nak cakap apa ni Danial?"

Haris terus menyoal. Malas mahu berbasah basi lagi dengan lelaki yang hampir membuatnya kehilangan Saffiya dulu.

"Macam aku cakap tadi. Aku nak mintak maaf dengan kau dan Saffiya. Tapi memandangkan kau tak bagi aku bercakap dengan Saffiya. Aku faham. Nanti kau sampaikan maaf aku dekat dia, ya" balas Danial.

"Okey kalau itu je kau nak cakap. Aku pergi dulu, anak bini aku tunggu aku"

Tapi belum sempat Haris melangkah, Danial terlebih dahulu menghalangnya.

"Kau bertuah Haris"

Haris terus menghentikan langkahnya. "Apa yang kau nak sampaikan ni ? Terus terang jela"

"Kau bertuah dapat cinta Saffiya. Jagalah dia baik baik Haris. Jangan pernah sesekali kau sakitkan hati dia macam aku pernah buat dulu. Saffiya tu jenis pendam jadi kau jangan cepat melatah dengan peragai dia yang susah nak luahkan apa dia rasa"

"Maksud kau ?"

Haris semakin berminat dengan cerita yang di sampaikan Danial, jadi dia membuat keputusan untuk terus mendengar.

"Kau tahu dia susah betul nak luah apa dia rasa. Dia suka luah melalui perbuatan dia je. Nak katakan dia ego, tak. Sebab dia still luah dengan gerak geri dia tapi dengan kaedah lain tau. Jadi kau kena faham apa yang cuba dia sampaikan tau"

"Kau nak cakap kau kenal dia lebih dalam dari aku ke sekarang ?" Sedikit tinggi suara Haris. Tetapi hatinya cuba dikawal untuk bertahan.

"Bukan. Kalau kenal lebih dari kau pun, hati dia memang dah tertanam untuk kau."Kata Danial. "Kau tahu kenapa aku cakap macam tu ?"

Haris geleng.

Danial tersenyum sedikit. "Sebab dia senang je maafkan kau. Siap dapat lahirkan anak kau sorang lagi tuh. Kau tahu dia tu jenis berdendam. Tapi dengan kau sekelip mata je dia boleh maafkan. Sebab apa ? sebab dia cintakan kau. Aku boleh nampak dalam mata dia tu."

Danial tarik nafas dan hembus. Dia memejamkan mata sebentar sementara ingin menyambung ceritanya. "Kau tahu kenapa aku tuduh Saffiya macam macam dulu dekat kau ?" Tanya Danial.

Dan sekali lagi Haris hanya menggelengkan kepalanya.

"Sebab aku tahu Saffiya takkan pandang aku dah. Dia memang tak akan dapat terima aku. Masa tu ego aku tinggi sangat. Bagi aku kalau aku tak dapat dia. Siapa kau Haris nak dapat dia" kata Danial. "Tapi bila aku kenal kau. Memang betul kau paling layak untuk Saffiya." Sambung Danial.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now