Bab 27 - Heartless

84.4K 1.3K 30
                                    

"Weh korang dua jadi ke tak join karnival minggu depan ni?" Tanya Fatin semasa mereka masih melepak di cafe sementara menunggu kelas seterusnya.

"Jadilah beb. Penat tau aku practice main gitar hari-hari" jawab Mira.

"Weh Fiya kau kenapa pula ni ? Kau tak jadi ke?" Tanya Fatin.

"Jadilah. Takkan Mira nak naik sorang-sorang kut" balasku. Aku sumpah tak ada mood hari ni. Nak kata period baru minggu lepas datang. Mungkin aku masih terfikir masalah aku dengan Haris. Yela sejak malam kita orang bincang pasal status Haris tu kami kurang bermesra dah. Bukan aku tak tegur, cuma Haris kurang bagi tindak balas. Peragai Haris buat aku jadi malas ingin bermesra dengan dia.

"Wahh tak sabarlah aku nak tengok kau nyanyi atas pentas tu. Dengar cita karnival ni antara aktiviti terbesar tahun ni. Mesti gempak kan" kata Fatin teruja.

"Em dahlah weh jom ah masuk dewan kuliah. Hal tu kita settle nanti. Nanti lambat. Haris dahlah punctual" kataku sambil mengangkat segala buku yang aku bawa untuk kelas Haris lepas ini.

"Amboi kau panggil Haris je. Kau ingat kau kawan dia ke ?" Tanya Fatin.

Laa aku panggil Haris je ke ? Em terbiasalah.

"Bukan kawanlah suami aku" balasku.

"What? Kau biar betul?" Tanya Fatin terkejut.

"Hahaha main main jela. Kau ni. Tu pun ambil serius" sebenarnya itu betulah Fatin. Hanya mampu cakap dalam hati jela kan.

"Serius ah beb. Sir Haris kut. Pasal girlfriend dia pun tak tahu apa cerita lagi"

Em betulah kata Haris. Aku cakap main-main pun Fatin terkejut bukan main. Ni kalau aku tunjuk kad kahwin boleh gila kawan aku ni.

"Weh korang tau semalam girlfriend Sir Haris datang lagi. Lama lagi tau diorang sembang semalam" kata-kata itu terus menyapa telinga Saffiya bila dia baru sahaja ingin duduk di tempatnya dalam dewan kuliah.

Haris jumpa perempuan tu lagi? Bisik hatinya.

"Korang rasa betul ke girlfriend sir ? Tapi hari tu memang sir cakap dia not available kan ? Jadi betul lah kut?" Suara lain pula menjawab.

"Diorang ni tak habis-habis gosip. Biarlah sir ada girlfriend pun" kata Mira dan mendapat jelingan maut pelajar-pelajar yang bergosip tadi.

Gosip pun kuat-kuat sampai satu dewan dengar.

"Weh sir sampai" jerit Badrul. Em anak kesayangan Sir Haris betulah Badrul ni, sampai dewan pun sama-sama.

"Morning semua" kata Haris sambil tidak leka senyuman manis di bibirnya.

Ah rindunya senyum Haris. Bisik Saffiya.

"Okey sebelum start ada soalan apa-apa?" Tanya Haris lagi.

"Ye kenapa" Haris terus menanyakan kepada pelajar yang mengangkat tangan. Em budak perempuan yang bergosip tadi.

"Apa ciri-ciri perempuan yang sir suka?" Tanya perempuan itu. Haris hanya tersenyum mendengar soalan tersebut. Semua seperti bersetuju dengan soalan yang diutarakan oleh pelajar perempuan itu.

Bagus juga soalan minah ni. Tapi taste Haris aku pun tahu sedikit sebanyak. Hari tu dia ada cakap yang dia suka perempuan rambut panjang. Umur lagi muda dari dia. Em tu jela aku tahu. Tapi mungkin dengan soalan perempuan tadi aku dapat maklumat free pula. Boleh buat misi tackle suami sendiri.

Satu dewan sanyap menanti jawapan dari Haris termasukkanlah aku ni. Nak jawapan free kan.

"Okey semua macam nak tahu. Baiklah saya cakap ya" kata Haris sambil berdiri tegap memandang kami semua "cantik dan muda" jawab Haris.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now