Bab 59 - Kucing Jadian

Start from the beginning
                                    

"Nampaknya mama Hadiff dah takde nak cakap ni. Papa pergi dulu eh. Jaga mama untuk papa eh Hadiff" sambung Haris sambil bangun.

"Okey papa" balas Hadiff sambil tersenyum.

"Papa nak pergi sembang dengan MAMA Melina kejap" saja Haris menekan perkataan mama dan tersenyum nakal pada Saffiya.

Saffiya yang perasan senyuman Haris hanya menjeling suaminya itu. Saja nak sakitkan hati. Desis hati Saffiya.




















Sudah seminggu kejadian di rumah keluarga Haris. Saffiya juga masih tidak mahu berbicara dengan Haris. Masih terasa dengan layanan Haris kepadanya. Takde langsung niat nak pujuk ke apa ?

"Saffiya awak okey tak ni ?"

Haris terus mendekatkan dirinya pada isterinya yang sibuk mencuci pinggan mangkuk yang baru mereka gunakan untuk makan tengah hari tadi.

"Okey je. Awak pergi jela kerja" balas Saffiya.

Seperti permintaan Saffiya, hampir setiap hari Haris akan pulang tengah hari untuk menjamu selera bersama sama. Tidak terkecuali juga hari ini.

"Lambat lagi lunch hour saya habis. Awak ni kenapa ? Lain je saya tengok sekarang. Tak macam minggu lepas"

"Sama je saya rasa. Haris pergilah jela kerja"

Saffiya yang baru saja habis mencuci pinggan mangkuk itu terus berlalu ke arah peti ais dan di keluarkan air masak sejuk. Di basahkan tekaknya yang kering itu.

Baru saja di letak gelas yang di gunanya itu, tangan Haris terus melingkar pada pinggangnya dari arah belakang. Kepala Haris di singgahkan pula pada bahu Saffiya.

Haris perasan sejak seminggu ini Saffiya sudah tidak memakai pakaian yang buat hatinya geram melihatnya. Selalu tertutup di pandangan matanya. Seminggu ini juga tiada acara menggoda yang sering di lakukan oleh Saffiya.

Dan itu membuatkan Haris rindu melayan godaan Saffiya!

"Saffiya dah tak panggil bie, bie. Kenapa ni ? Marah bie ?" Soal Haris lembut di cuping telinga isterinya itu.

Saffiya yang masih tersisa sakit hatinya hanya berdiri kaku seperti tiang. Saja mengeraskan diri sendiri agar Haris sedar yang dia tidak perlukan pelukkan dari Haris sekarang ini.

"Buat apa nak marah. Bukan awak kisah pun"balas Saffiya.

Haris tersenyum. Perempuan menggandung memang banyak ragam. "Eleh macam bie tak kenal dia. Sayang, janganlah marah. Nanti baby kita macam mama dia, garang" balas Haris.

"Awak memang kisahkan anak dalam perut ni je kan ? So tak payahlah ambil tahu pasal saya. Jangan risau saya jaga anak awak ni elok elok" kata Saffiya dan terus merungkaikan pelukan hangat Haris.

Haris terus tergamam dengan balasan Saffiya. Pelukannya terus terurai. Tapi cepat cepat dia bertindak menghalang Saffiya keluar dari dapur.

"Saffiya kenapa ni ? Sebelum ini okey je ?" Soal Haris sambil memelukkan pinggang isterinya. Di rapatkan tubuhnya pada tubuh Saffiya tapi dek halangan perut Saffiya yang tengah memboyot itu pelukkan mereka tidaklah begitu rapat.

"Alaa baby halang papa nak peluk mama la sayang." kata Haris lembut sambil menggosok perut Saffiya yang semakin hari semakin membesar ini.

Saffiya yang mula ingin tersenyum cuba di tahannya. Tak nak kalah kali ini. Dia mahu Haris memujuknya dulu.

"Baby please ah, papa nak peluk mama ni. Baby janganlah sibuk" kata Haris geram sambil mengetuk perut isterinya yang di tutupi kain baju.

Saffiya tidak dapat tahan dengan ucapan Haris kali ini terus ketawa. "Ish apa salahkan baby pula ni" Kata Saffiya sambil ketawakan Haris.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now