"Saffiya, awak dengar tak. Saffiya" panggilan Syafik terus menyedarkan aku kembali. Aku terus sapu air mataku yang ingin berguguran dari kelopak mata.

"Ap-apa?" Soalku tanpa memandang mereka berdua. Hati aku sakit sekarang ni. Entah kenapa hati yang mula gembira tadi mula sakit dengan kata kata Haris.

"Saffiya kena setuju. Aku masih suami dia. Dia kena ikut aku" Aku mengangkat wajah memandang Haris.

Apa maksud Haris, aku kena ikut dia ?

"Haris akan jaga awak selama awak mengandung dekat rumah dia. So kiranya awak akan hidup dengan dia selama awak mengandung ni. Awak setuju ?" Syafik berkata seakan akan memahami keadaanku sekarang.

Mungkin ini keputusan terbaik. Biarlah kalau Haris ingin menjagaku sebab anak dalam kandunganku ini sahaja.

Aku di beri peluang lagi hidup dengan Haris pun aku bersyukur. Peluang yang aku sia sia kan selama 5 tahun ni. Biarlah kalau Haris hanya ingin hidup dengan aku disebabkan anak dalam kandungan ni. Ini peluang aku. Aku perlu ambil peluang terbuka ini.

"Saffiya setuju" jawabku sambil menggosok perutku lagi.

Terima kasih sayang bagi mama peluang hidup dengan papa lagi. Biarlah kalau papa hanya nak jaga anak mama ni je. Asal mama boleh hidup dengan papa lagi. Bisik hatiku sambil memandang perut kempisku.

"Kalau saffiya dah cakap macam tu, syafik okey je." Syafik palingkan wajahnya pula ke arah Haris. "Ini kali terakhir Haris. Aku tak nak kau buat saffiya sedih lagi" sambung Syafik lagi.

Habis sahaja ayat Syafik itu, terus dia keluar dari bilik yang aku duduki ini. Aku terus baringkan kepalaku ke katil. Cukuplah hari ni hati aku sakit.

"Saffiya awak nak makan apa apa ? Dari tengah hari awak tak makan ni" kata kata Haris terus membuat aku tersenyum.

"Kalau saya tak nak makan takpe ?" Soalku menduga.

"Habis tu anak dalam per..-" belum sempat Haris menghabiskan ayatnya terus aku bangun dari pembaringan.

"Awak takut anak awak lapar la ni ?" Soalku pada Haris.

"Yes" dan jawapan sepatah Haris makin menyakitkan hati aku.

Ah sedarlah saffiya, Haris risaukan anak dalam kandungan sahaja bukan risaukan kau. Dia tak nak cerai pun sebab anak dalam perut ni bukan kau.

"Okey saya makan." Aku menjawab lemah. Aku kena terima kenyataan ini.

Haris nak jaga aku yang tengah mengandung ni pun kira untung. Biarlah aku kecapi kebahagian dulu sebelum aku di tinggalkan. Itu pun dah cukup.














"Mulai hari ni Hadiff akan tinggal dengan papa tau" kata Haris semasa kami bertiga berada di dalam kereta menuju ke rumah Haris.

Selepas aku keluar dari hospitas semalam, Haris telah membuat keputusan akan menjaga aku dan Hadiff di rumah lama kami berdua. Aku hanya mengikut sahaja. Lagi pun aku dah tak kerja lagi dengan syafik. Itu permintaan Haris.

"Betul ke mama ?" Soal Hadiff padaku.

Aku mengangguk. "Ya sayang, kita akan tidur rumah papa mulai hari ni" kataku.

"Bukan rumah papa. Rumah kita" Haris memandangku sambil berkata.

"Yeay sukanya. Kiranya nanti Hadiff pergi sekolah papa hantar juga la ?" Soal Hadiff lagi.

"Yela takkan mama kut" aku menjawab.

"Habis tu mama Hadiff tidur makan je ke dekat rumah ?" Sindir Haris. Matanya hanya di hala ke arah hadapan saja.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now