"Haris awak sakit ? Kenapa kena sakit. Tak makan ubat ke? Awak tak cakap dengan saya pun" Entah kenapa ringan saja mulut aku bertanya kepada Haris sambil memengang tangannya risau.

"Masa mula mula awak tinggalkan saya. Saya rasa bersalah sangat masa tu. Merata rata saya cari awak Saffiya. Tapi awak tak pernah cerita yang awak ada family dekat sana" balas Haris sambil tepat memandang mataku. Keadaan kami berdua begitu dekat apabila kaki Haris melangkah lebih dekat denganku. Tangannya terus melingkar pada pinggangku. Aku hanya membiarkan sahaja malah tanganku membalas dengan memengan lengan Haris yang berada di pinggangku

Aku terkaku memandang Haris. Aku ingat aku saja yang terseksa kehilangan Haris tapi Haris pun sama denganku. Mungkin aku lebih baik dari Haris sebab aku ada tanda cinta kami berdua, Hadiff.

"Amboi scene romantik saja Achik dengan Kak chik ni. Ada peluang bagi adik dekat Hadiff ni" tiba tiba satu suara menyedarkan aku yang hanyut dengan pandangan Haris.

Terus aku palingkan wajah ke pintu masuk. Mia berdiri sambil tersenyum senyum. Terus Haris melarikan tangannya pada pinggangku.

"Kau nak apa dik ?" Soal Angah Manissa.

"Mama panggil turun makan. Lama dah kami tunggu korang tiga. Jom ah" kata Mia dan terus keluar bersama Angah Manissa.

Tapi belum sempat Manissa keluar sempat lagi dia memalingkan wajah memandang kami berdua.

"Macam ni korang cakap korang nak cerai ? Heh budak macam Mia pun nampak korang ni lovey dovey couple" habis sahaja bicaranya, Manissa terus keluar dari biliknya. Di ikuti Haris pula turut keluar. Aku yang terakhir keluar dan terus ke meja makan.

Sampai di meja makan entah kenapa kepala aku rasa berat sangat. Aku fikir aku terlampau banyak fikir jadi terus pandanganku kabur. Yang terakhir di kepalaku hanya kedengaran suara Hadiff memanggilku.

"Mama.." dan terus duniaku gelap.













Aku buka mata perlahan lahan. Sakit mataku apabila cahaya masuk sikit demi sedikit. Bila kelopak mataku terbuka luas, mataku terpandang figura yang duduk di sampingku. Bila aku amati(?) manusia yang duduk sambil kepalanya di sandarkan pada bahuku ialah Haris, aku terus menggerakkan tanganku dan memanggilnya perlahan.

"Ha-haris" panggilku dan terus Haris mengangkat kepalanya memadangku.

Aku hanya memandang sayu wajah Haris yang sedikit runsing pada pandanganku. Kata kata Angah Manissa kembali bermain dalam fikiranku.

Kesian Haris. Bicara hatiku.

"Angah ada. Kejap eh" Haris terus bangun tanpa menunggu balasanku.

Tidak sampai sesaat Manissa masuk ke bilik yang di huni aku bersama senyuman manisnya. "Kak Chik okey tak ni ? Ish macam macam kamu berdua ni" kata Manissa.

"Hadiff mana Angah?" Tanyaku. Baru teringat suara cemas Hadiff tadi memanggilku.

"Mama dah bawa balik Hadiff. Angah pun nak balik sebenarnya ni tapi Achik panggil tadi. Jangan risaukan Hadiff, kami jaga dia." balas Manissa.

Aku hanya tersenyum lega. "Angah nak balik dulu ni. Achik akan jaga kamu dekat sini eh Yaya" sambung Manissa lagi.

"Takpe Ngah kau balik lah. Nanti bagi tahu mama, saffiya okey je dengan aku" Kata Haris pula.

"Yela nak baliklah ni. Ingat pesan aku. Buat keputusan dengan betul. Kak Chik pula, bincang elok elok. Fikirkan masa depan dia nanti" Kata Manissa.

Keputusan apa ? Nak bincang apa lagi. Ish kakak Haris ni, aku yang kena tahan hospital pun masih nak bincang hal tadi lagi. Tadi tak cukup bincang ke ? Masa depan ?

"Okey Angah" balas Haris sambil menghantar Manissa ke pintu. Katanya tunang Angah ada dekat luar dan akan hantar Angah balik nanti.

"Bila saya boleh keluar Haris?" Soalku kepada Haris.

"Malam ni pun boleh keluar agaknya. Sebab saffiya bukan terus sangat pun" balas Haris.

Aku angguk. Terasa dahaga pula, aku terus pandang meja di sisi katil aku. Tangan aku yang masih lemah terus ku hala ke gelas untuk mengambilnya tapi belum sempat tanganku sampai ke gelas tersebut, ada tangan lain dulu menyambanya.

"Susah sangat ke nak mintak tolong saya Saffiya" kata Haris sambil mengangkat sedikit tubuhku agar memudahkan aku untuk minum.

Aku hanya memandang wajah Haris yang begitu dekat dengan wajahku. Tangannya melingkar di pinggangku. Hembusan nafas Haris juga menampar-nampar wajahku. Sungguh aku rindukan Haris.

Haris yang juga terasa nafasku di pipinya memandang tepat ke arah mataku. "Saya mintak maaf." Kataku kepada Haris.

"Saya tak nak susahkan.." belum sempat aku mengahabiskan ayatku bibirku terkaku. Mulutku di sekat oleh mulut Haris. Aku yang tergamam dengan situasi ini hanya membiarkan saja mulutku di cium Haris. Haris menggigit bibir bawahku lembut sahaja. Aku hanya menikmati sentuhan Haris di bibirku.

"Awak tak pernah susahkan saya saffiya" kata Haris setelah melepaskan pautan bibirnya pada bibirku.

Haris terus melepaskan tangannya pada pinggangku. Terus Haris menghalakan gelas yang mengandungi air kepadaku. Aku hanya minum tanpa bantahan.

"Saya dah call syafik. Kejap lagi dia sampai.." dan kata kata Haris terus tersekat bila pintu bilik ini dibuka dari luar.

Syafik.

"Kau buat apa dekat Saffiya, Haris" terus saja Syafik menarik Haris kedinding hospital ini. Di cekek kolar baju Haris dengan kedua dua belah tangannya.

Aku terkejut dengan tindakan Syafik. "Syafik lepaskan Haris. Haris tak salah. Saya memang tak sihat dari minggu lepas lagi. Tadi mungkin tak tahan sebab tu pitam" aku terus membela Haris sebelum syafik mengapa apakan Haris.

"Saffiya isteri aku. Tak salah apa yang aku buat dekat dia tu" balas Haris apabila syafik melepasakn tangannya pada badan Haris.

"Apa semua ni ? Kenapa dengan saya?" Soalku pelik. Aku ada penyakit ke ? Kalau ada pun bukan salah Haris kalau aku sakit.

"Awak tak tahu ke Saffiya ?" Soal Syafik.

"Tak. Kenapa dengan saya syafik, Haris" aku terus menyoal mereka berdua. Aku baru sahaja sedar. Apa yang aku tahu pun.

"Awak mengandung Saffiya" jawab Haris



××××××××××××××××××××××××××××××××××

Tak pernah habis dgn masalah dua manusia ni.
Komen membina please. Ceh.
Malam ni awal sbb nk balas komen awak awak semua sbnarnya. Takde makna nk tidur awal pun.

Tpi nak kasi jga goodnight. Sweetdream 😍

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now