"Dan yaya pun. Tak boleh ke fikirkan perasaan sendiri. Tak boleh ke fikir kebahagian sendiri. Jangan nak bahagia kan perasaan orang lain je sampai biarkan hati sendiri sakit" Melissa kembali memandang adik iparnya.

"Hadiff tu tanggungjawab aku Angah. Mestilah dia kena bagi tahu aku." Terus Haris melangkah ke tingkap. Matanya hanya menyaksikan anak lelakinya yang asyik bermain dengan adiknya Mia.

"Tanggungjawab ? Haa tahu tu tanggungjawab. Kalau dah tahu tanggungjawab kau, kenapa perlu berpisah pisah. Kau nak tengok anak kau membesar tanpa ayah hah" Manissa yang tidak dapat tahan lagi amarahnya terus membalas kata-kata Haris.

"Kau tak faham Angah. Semua jadi ada sebab Angah" Haris membalas lemah. Matanya terus memandangku. Mataku yang dari tadi hanya melihat Haris hanya tertunduk.

"Angah tak faham ? So fahamkan lah Angah. Perlu ke sampai cerai ? Bukan kau sayangkan Kak chik separuh mati ke Achik ?" Soal Manissa sambil berjalan mendekati Haris.

Sedikit tersenyum aku mendengar soalan dari Angah Manissa. Separuh mati ? Lepas ini perasaan Haris masih begitu ke dengan aku ? Walaupun kami bakal bercerai nanti ?

"Biarlah kami berdua je faham Angah. Achik tak nak susahkan Angah dengan masalah kami" jawab Haris.

"Okey kalau tak nak susahkan Angah juga, macam mana nak menjawab dengan Mama dan Papa nanti ? Nak bagi alasan apa ? Takdir juga ?"

"Pasal mama dan papa biar Achik handle"

"Achik kenapa degil sangat ni ? Kamu berdua tahu kan kenapa kamu berdua di satukan dulu ? Penyebab utama kamu di satukan dulu ?" Soalan Angah Manissa kali ini sungguh menyentapkan jiwaku.

"Kamu berdua pun tahu kan kenapa kamu berdua di satukan. Habis tu sebab masalah korang yang korang tak nak selesaikan tu korang nak hancurkan hubungan keluarga kita. Nak cakap tak sayang, tipulah. Dengan pandangan halus aku ni pun nampak kasih sayang korang tu, lagi nak tengok guna mata kasar ?" Tambah Manissa lagi.

Aku dan Haris sama sama diam. Ah aku memang diam dari tadi tapi Haris, kali pertama dia diam tak menjawab kata kata kakak dia ni.

"Achik tak menjawab ke kali ni ?" Perli Angah Manissa bersama senyuman sinis di wajahnya.

"Arwan ayah akan faham kut Ngah" kali pertama aku menjawab dan terus Haris tersenyum sinis.

Ceh aku tolong jawab kira bersyukurlah.

"Kalau dia ada, mesti dia macam Angah juga. Cuba selesaikan masalah kamu berdua ni tanpa cerai. Boleh tak ?" Manissa tidak mengalah memberi nasihat untuk adiknya.

"Achik, Achik tahukan mama sayangkan Yaya macam mana. Mama dah anggap Yaya ni anak kelima dalam keluarga kita dah. Kau tahukan macam mana dia bersyukur bila yaya balik lepas 5 tahun. Kau nak kecewa kan mama lagi ke Achik?" Sayu suara Manissa kali ini.

"Betul kata Haris, Angah. Kami berdua takde jodoh panjang. Bukan kami tak nak ubah takdir kami berdua Angah tapi kalau memang dah takde jodoh, takdir tu memang tak boleh nak ubah"

"Mudahkan kamu berdua ni fikir. Tak fikir orang sekeliling ke ?" Manissa tidak mudah mengalah dengan alasan alasan aku dan Haris.

"Sebab fikirkan orang sekelilinglah terpaksa jadi macam ni" Mata Haris tajam memandang wajahnya.

Ah Haris dari tadi lagi tak puas hati dengan aku kalau aku balas kata kata kakaknya.

"Kau Achik dah sedia nak alami kemurungan kali kedua ? Tak ingat macam mana Mama jaga kamu dulu masa kemurungan kena tinggal dengan Kakchik" kata kata Angah Manissa mengejutkan aku.

Haris pernah alami penyakit kemurungan ? Kenapa aku tak tahu. Kenapa aku tak tahu dia alami semua tu sebab aku ? Bisik hatiku.

Kaki aku ringan sahaja berjalan kearah Haris. Hati aku risaukan Haris. Kenapa dia tak bagi tahu aku pasal semua ini.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now