Bab 52 - Perbuatan

Start from the beginning
                                    

"Jemputlah papa masuk. Mama tak siap masak lagi ni" jawabku.

Terus aku mendengar pintu hadapanku di buka. Aku biarkan saja, mungkin Hadiff ingin bersendirian melepaskan rindu pada Haris.

"Mama, papa dah sampailah. Mama kan rindukan papa juga" kata kata Hadiff terus memberhentikan tanganku yang sedang memotong tomato menggunakan pisau. Aku pandang Hadiff yang berdiri di samping Haris. Aku mula mengalihkan mataku mencari wajah yang aku rindui itu.

Haris.

Masih sama. Berdiri tegap memandangku tapi satu sahaja yang tidak cukup pada pandanganku. Senyuman Haris.

Hari ni Haris memandangku tanpa senyumannya dan itu membuatkan hatiku sakit. Inikah balasan untuk aku hancurkan hati Haris ?

"Mama sedapnya bau. Hadiff tak sabar nak makan" teguran Hadiff terus menyedarkan aku dari terus memandang wajah Haris.

Aku terus mengalihkan pandangan kepada Hadiff. Aku senyum kepada Hadiff. Kalau aku boleh buat simpulan, Hadiff lah penyebab aku boleh menantap lagi wajah Haris. Tak dapat aku bayangkan kalau aku takde Hadiff mesti aku dah tak boleb pandang Haris. Mungkin Haris takkan menalifonku tadi kalau aku tak merayu memberi alasan yang Hadiff begitu ingin berjumpanya.

"Kejap dah nak masak ni. Hadiff mandi dulu eh." Kata ku sambil mengemas apa yang patut. Aku ingin mandikan Hadiff pula. Tapi bicara Hadiff terus memberhentikan pergerakan tanganku

"Papa mandikan Hadiff boleh?" Hadiff memegang tangan Haris.

"Eh biar mama jela. Kesian papa penat. Papa baru sampai..-" Haris terus memotong percakapanku.

"Takpe. Okey jom papa mandikan Hadiff" terus Haris menarik Hadiff mengikutinya.

Benci kah Haris padaku sampaikan nak bercakap pun setakat sepatah je ?

Aku senyum. Nasib baik dia nak cakap juga. Kalau satu patah pun tak nak ? Ha lagi merana mungkin aku.











"Kita tunggu Syafik dulu. Saya ada bagi tahu dia yang saya ada datang sini. Ada benda sikit nak bincang" aku yang baru ingin menyendok nasi ke pinggan Haris terus terhenti.

Kenapa panggil syafik ? Bukan dia tak suka dekat syafik ke ? Nak bincang apa pula malam malam macam ni ?

"Papa syafik nak datang ke mama ?" Soal Hadiff. Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

"Okey dia dah sampai. Boleh awak sambut dia masuk" kata Haris sambil menjuih bibir ke pintu.

Aku memandang tingkap dan memandang pakaianku pula. Aku hanya memakai seluar pendek paras paha dan tshirt kecil. Depan Haris memang aku tak kisah tapi depan syafik tak pernah pula aku pakai macam ni.

Aku memandang Haris kembali. Dia tak perasan pakaian aku ke ? Benci sangat ke sampai aku pun dia memang tak perasan ?

"Awak boleh tak jemput. Saya nak tukar pakaian dulu. Takkan nak pakai macam ni depan dia" kataku mendatar dan terus berjalan menuju ke bilik.

Benci aku pun agak agaklah. Pakaian aku pun dia tak tegur. Kalau bagi tahu awal awal Syafik nak datang kan senang. Membebel sendiri aku sebelum masuk ke bilik.

Setelah aku rasa pakaianku cukup tertutup, aku terus keluar dari bilik dan menuju ke meja makan kembali. Hanya mulut Hadiff yang bising bercakap di meja makan.

"Makanlah" kataku memberhentikan percakapan Hadiff. Hadiff hanya tersenyum.

"So bila kau nak siapakan semua tu Haris. Kita dah bincangkan dua hari lepas" Syafik mulakan bicaranya semasa aku melayan Hadiff makan. Dah berapa malam dia mahu aku menyuapnya makan. Malas mahu makan sendiri katanya.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now