Bab 50 - Lelaki Simpanan

Start from the beginning
                                    

"Aku tak cakap salah tapi aku tak suka. Aku bakal suami dia. Aku tak suka"

"Bakal suami ? Kau bukan sepupu dia je ke ?"

"Yes memang sepupu tapi aku dah plan akan kahwin dengan dia. Aku akan jaga dia"

Hadiff tiba tiba datang berdiri di depan ku, berdiri betul betul di antara Haris dan Hadiff. Di pegang tangan Haris dan tangan Syafik.

"Papa Haris dengan Papa syafik gaduh ke?" Soal Hadiff sambil memandang Haris dan syafik silih ganti.

Aku mengeluh. Kesian anak aku. "Hadiff jom mama hantar pergi sekolah ya" aku memegang bahu Hadiff dan menariknya keluar dari kawasan rumah ibu. Tapi belum sempat aku dan Hadiff beredar, Haris memanggil.

"Saffiya saya hantar Hadiff. Awak pergilah kerja dengan SEPUPU awak ni. Saya tak kerja hari ni" Haris berkata sambil saja di tekankan perkataan sepupu sambil menjeling Syafik.

Hadiff yang di tarik Haris hanya mengikut. Aku hanya sempat mencium pipi Hadiff dan berlalu ke kereta Syafik.

"Kenapa biarkan Haris tidur sini ?" Soal Syafik ketika kami dalam perjalanan ke pejabat. Aku bekerja bersamanya. Aku hanya membantu apa yang patut sahaja. Ini pun aku belajar dengannya ketika di German.

"Dia nak jumpa Hadiff. Tak salah apa pun."

"Perlu ke sampai tidur sana. Saya pun tak tidur sana."

"Syafik awak sedar ke tak ni ? Kita mana boleh duduk satu bumbung. Haris suami saya tak salah"

"Sebab tu saya cakap saya nak kahwin dengan awak Saffiya. Saya cintakan awak Saffiya. Saya pun sayang Hadiff"

Aku mengeluh. Entah berapa kali aku mengeluh hari ini. Masalah dengan Haris pun tak selesai lagi. Ni tambah dengan Syafik yang nak ikut kepala dia pula.

"Haris datang nak bincang pasal cerai tu." Aku berbohong. Aku malas nak panjangkan pergaduhan yang entah bila nak selesai.

"Okey. Tapi saya still tak suka kalau dia tidur sana." Kata Syafik lagi. Aku hanya diam tanpa membalas. Aku tak larat nak gaduh.












Malam itu aku hanya menonton tv selepas tidurkan Hadiff tadi. Aku cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Jadi aku terus bangun dan keluar dari bilik dan menuju ke depan untuk menonton tv. Aku pandang phone aku yang dari tadi tidak berbunyi apa apa.

Sebenarnya aku tunggul panggilan dari Haris. Selepas dia pergi hantar Hadiff tadi dia langsung tak memandang aku. Aku rindukan Haris sebenarnya. Satu mesej pun takde dari Haris.

Aku pandang jam di dinding dan 10 minit lagi akan menunjukkan ke angka 12. Aku mengeluh, adakah aku yang kena buat panggilan pada Haris tapi kalau aku ganggu dia ?

Haris tak kisah pun saffiya nak call.

Ayat Haris semalam bermain dalam ingatanku. Aku senyum. Apa salahnya kalau aku turunkan ego aku. Call je pun. Bisik hatiku pula.

Aku terus membuat panggilan. Satu saat. Dua saat. Tiga saat...

"Hmmm"

Suara Haris. Aku senyum.

"Tidur ke?" Soalku. Ceh kalau tidur takkan dia angkat call aku kut.

"Siapa ni?"

Hah dia tak kenal aku ke ? Takkan dia marah aku kut sampai buat buat tak kenal pula ?

"Haris ni fiya" aku menjawab. Aku cuba tahan suara kecewa aku ni.

"Jap" aku mengeluh. "Laa sayang ke ? Sorry sorry. Haris ingat siapa tadi. Haris mamai sayang. Sayang kenapa ni ? Asal tak tidur lagi?" Banyak pula soalan Haris ni.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now