Bab 44 - Lepas Rindu

Beginne am Anfang
                                    

"Eh tak perlu. Yaya okey je. Yaya nak rehat. Syafik join lah. Nanti apa pula dia cakap. Syafik ambil masa syafik okey. Yaya nak masuk tandas dulu dan yaya rehat dalam kereta eh. Bak kunci" aku terus meminta kunci kereta. Malas mahu berdiri di sudut bilik ini lama-lama.

"Yela. Syafik kejap lagi pergi" apabila Syafik menyerahkan kuncinya kepadaku, aku terus keluar dari bilik ini dan terus menujur ke tempat Syafik meletakkan keretanya. Tandas tadi alasan je. Takut syafik terburu buru pula.

Sampai di kereta aku terus masuk di tempat bahagian penunpang hadapan dan terus masukkan kunci. Pendingin hawa terus aku pasang.

Baru sahaja mataku ingin tertutup, tiba-tiba pintu pemandung terbuka. Cepat pula syafik ni. Selalunya lambat kalau dah start sembang hal bisnes.

Tapi aku malas nak buka mata. Mesti Syafik faham aku penat. Tapi bila ada tangan yang menjalar di pipi ku, aku terus buka mata.

Buang terbiat ke apa syafik ni ? Tak pernah pernah nak belai aku. Aku pun mana nak bagi.

"Haris"

Aku terus betulkan kedudukan aku. Aku pandang Haris dan cuba jauhkan diri darinya tapi di dalam kereta. Apa yang boleh aku buat.

"Ingat lagi saya?" Terus Haris menyoal tapi tangannya tidak lepas dari membelai pipiku.

Walaupun wajahku cuba untuk mengelak dari di belai tangan Haris tapi hati aku ingin sekali Haris meneruskan belaian lembut dia.

Aku rindu.

"Apa awak nak?" Tergesa gesa aku bertanya. Mataku tidak lepas dari memandang wajahnya yang aku rindu. Nak lepas rindu sikit.

Masih handsome. Aku tersenyum.

"Kenapa senyum. Btw awak tanya saya nak apa kan ? Of couse saya nak awak Saffiya Aliya" kata Haris sambil tangannya di lilitkan di pinggangku pula. Aku membiarkan sahaja.

"Kalau nak cakap, tak payah sentuh boleh ?"

"Tak boleh. Ni kan Haris. Masih sama. Kalau awak tak tahu..-" belum sempat Haris menghabiskan ayatnya aku terus merapatkan wajahku dengan wajah Haris.

Entahlah apa yang merasuk aku sekarang. Mungkin ego tercalar sikit sebab Haris nak tuduh aku dah tak sama macam dulu.

Aku dekatkan bibirku dengan bibir Haris. Tanganku di letakkan di kedua belah pipi Haris. Aku mencium Haris tapi Haris hanya kaku menerima ciuman ku. Aku tak mahu kalah, aku terus sengetkan sedikit kepala ke kiri dan tangan kananku di letakkan pada rambut Haris. Aku ramas lembut rambut Haris dan menghalang terus kepalanya jauh dari wajahku. Aku makin mendalamkan ciuman kami.

Haris masih tidak membalas ciumanku. Aku tahu Haris sedar yang aku menciumnya apabila terasa pinggangku di ramas oleh tangan Haris.

Haris mahu menguji aku!

Aku pun menggigit lembut bibir bawa Haris. Aku bermain seketika dengan bibir bawa Haris dan apabila Haris mula mendesah aku terus memasukan lidahku ke dalam mulut Haris. Di teroka mulut Haris yang lama aku rindu.

Dan entah bila aku rasa Haris turut membalas ciumanku. Di cium ghairah bibirku. Aku yang asyik bermain dengan bibirnya terkejut dengan balasan Haris. Begitu ghairah Haris membalas.

Lidahku terus di gulung Haris. Dalam kereta hanya kendengaran desahan mulut dari aku dan Haris. Lama keadaan kami begini.

Akhirnya aku terus menggigit bibir bawa Haris. Bibirku seperti tidak mahu melepaskan bibir Haris. Lama aku menggigit sehinggalah Haris menjerit.

"Auchh sayang sakitlah" aku tersedar dan terus menundukkan wajahku. Malu. Aish kenapa dengan aku ni sampai tak nak lepas bibir Haris.

"Sayang..pandang Haris. Tengok apa awak buat. Sampai berdarah bibir saya awak gigit tau" sambung Haris lagi.

Masih Aku CintaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt