Bab 42 - Selamat Tinggal

Start from the beginning
                                    

Terus di lipat kembali surat tersebut. Air matanya kembali mengalir membaca surat di tinggalkan Saffiya. Cincin milik Saffiya di genggamnya. Mindanya kembali terbayangkan wajah Saffiya. Sungguh hatinya terlampau rindu.

'Mana awak pergi sayang..bie rindu' Hati terus merungkap ayat rindu kepada Saffiya.

Mama ? Terus kepala mengingati Mamanya. Tapi takkan Saffiya balik rumah sana ? Tapi mana tahu. Terus Haris memusingkan kunci keretanya dan memecut laju ke rumah keluarganya.

"Mama..mama" Haris terus menjerit memanggil mamanya. Di rumah hanya ada kereta mamanya. Papa dan Angah mungkin sudah ke pejabat.

"Achik apa menjerit jerit ni. Mama tak pekak lagilah" terus Puan Mariam membalas sapaan anak lelaki bongsunya itu.

"Alaa maaflah mama, haris nak cepatlah" Haris terus memeluk Mamanya meminta maaf. Salahnya juga menjerit jerit panggil mamanya itu.

"Ish kamu ni maaf maaf. Macam Yaya juga. Apa yang nak di maafkan tak tahulah" membebel Puan Mariam kepada Haris.

Yaya ? Saffiya.

"Mama, Saffiya ada dekat sini ke ?" Terus Haris menyoal Mamanya apabila Mamanya menyebut nama perempuan yang di carinya merata.

Kalau aku tahu Saffiya ke sini takdenya aku merata cari. Bisik hati Haris.

"Buat apa pula bini kamu tu nak duduk sini?"

Okey aku tertipu dengan mak sendiri ke macam mana ni ? Ke aku benggap sangat hari ni ?

"Laa ingat kan ada. Em takpela. Haris ada hal ni. Nanti Haris datang lagi." Haris mengeluh dan terus menunduk mencium tangan mamanya. Dia kena juga cari Saffiya.

"Tapi dia ada datang pagi tadi."

Haris terkejut. Saffiya datang sini buat apa pula ?

"Dia cakap apa Ma?" Haris terus menyoal.

"Mama pun pelik. Kamu tahu dia datang masa papa dengan Angah baru nak pergi kerja. Awal kan?" Terkejut juga Puan Mariam apabila menerima kehadiran menantu kesayangannya itu awal pagi.

"Kenapa Saffiya datang pagi pagi ? Dia cakap apa dekat Mama ? Tolong Haris Ma. Haris kena jumpa dia juga Ma ?" Haris terus merayu.

Egonya di buang jauh. Entah apa merasuk jiwanya apabila pertama kali dalam hidupnya dia merayu. Dia takut kalau betul Saffiya meninggalnya.

"Achik kamu kenapa ni sampai merayu bagai ? Kenapa Saffiya nak tinggalkan kamu pula ? Tapi..tapi pagi tadi pun Mama pelik dengan dia. Asyik mintak maaf je. Katanya nak pergi jauhlah. Kenapa ni Achik cerita dekat Mama." Terus Puan Mariam berkata. Jiwa keibuannya terkejut. Tidak pernah dia melihat anaknya begini.

"Achik bodoh Ma. Achik tak percaya Saffiya ma, achik..achik.." Haris tersedu - sedu membalas kata Mamanya.

Air mata Haris kembali mengalir. Puan Mariam terus memeluk anak lelakinya itu. Apa lagi dia mampu buat selain cuba menenangkan anaknya.

"Kenapa tiba-tiba ni Achik. Kamu bukan sayangkan Yaya ke Achik ? Apa kamu buat ni ?"

"Achik memang sayang Saffiya, Ma. Saffiya nyawa Achik, Ma. Tapi Achik bodoh percaya orang lain dari Saffiya. Sekarang Saffiya tinggalkan Achik. Achik sedih Ma"

"Sudah tu Achik. Mungkin dia akan balik kepada kamu. Tadi pun dia ada cakap dia sayang dekat kamu. Kamu tabah ya nak" pujuk Puan Mariam lagi dan lagi. Dia dapat rasa cinta kasih anaknya kepada menantunya itu.

"Tapi ma, Saffiya dah tinggalkan Achik. Macam mana Saffiya nak hidup Ma?" Makin deras air mata Haris mengalir. Tidak dapat dibayangnya bagaimana kehidupannya akan datang.






Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now