Aku hanya mendengar. Tiada keinginan untuk memotong.

"Kak chik tahu pasal pertunangan diorang pun buat tertutup je tau. Sebabnya Melina tak mahu orang luar tahu pasal relationship dia. Kononnya takut nanti tak laku dah kalau dah berpunya. Achik tu Angah tengok makan hati je dengan peragai Melina"

Hebat sungguh cinta Haris buat melina ? Untungnya Melina.

"Tapi Angah tahu, Achik dah sedar. Angah tahu Achik takkan sekali kali balik kepada Melina."

"Yakinnya Angah"

"Eh mestilah. Adik angah kan. Alah Achik kan dah ada Yaya"

"Tapi Melina model. Ciri-ciri Haris nak semua ada pada Melina"

"Apa kurangnya Yaya. Semua pun ada pada yaya. Lagilah yaya pandai masak. Tahukan Achik suka sangat makan malam. Siapa je boleh layan dia kalau tiba-tiba perut dia lapar. Nasib isteri pandai masak"

Ah aku pun tahu satu peragai Haris tu.

"Angah rasa Achik takkan balik pada Melina ?"

"Angah yakin la Kak chik. Angah dapat rasa dia cintakan kak chik macam mana. Tengok dia layan Kak chik macam tuan puteri."

Aku tersenyum. Betul ke apa yang di katakan Manissa ni ?

"Tengok senyum. Eleh menyampahlah Angah dengan kamu ni. Achik pun macam ni juga, bila cerita pasal kamu dia tersengih macam dapat gelaran jutawan."

"Alaa biarlah. Kamikan couple hangat"

Ceh puji diri sendiri.

"Aah hangat sangat. Sampai nak buat anak pun depan papa. Ish tak malu"

Terus merona merah wajahku. Perlu ke Manissa ungkit cerita memalukan tu. Ni semua sebab nafsu Haris. Okey mungkin sebab nafsu aku juga.

"Tapi Angah bahagia sangat. Kak chik nak tahu lepas diorang tak jadi kahwin Achik bawa diri. Angah takut tengok Achik berubah jadi dingin je. Tapi lepas kahwin dengan yaya, Angah bersyukur sangat semua kembali sedia kala. Achik dan papa pun boleh berbual macam biasa."

Aku tahu hubungan Haris dah papa bertambah baik sekarang. Baguslah kalau macam tu.

"Angah nak pesan. Walau apa jadi dekat rumah tangga kamu. Sabar. Cuba selesaikan baik-baik. Ego tolak tepi. Ego bukan dapat bahagiakan apa-apa pun. Cuba selesaikan masalah betul-betul. Jangan lari dari masalah okey"

"Tapi kalau pasal Melina, Angah?"

"Laa kenapa dengan Melina. Dia dah takde la sini. Dia dah pergi jauh.."

Belum sempat Manissa menyambung kata-katanya aku memotong.

"Melina ada dekat sini. Dia dah balik"

Manissa beriak terkejut dengan berita yang aku sampaikan ini.

"Apa ? Dah balik ? Mana Kak chik tahu?"

"Kak chik pernah nampak. Dia pernah datang kolej dulu masa Kak chik belum habis belajar. Sekarang tak tahu lah"

"Kira dah lama la ? Berani dia datang balik. Alaa yaya tak panyah kisahlah pasal perempuan tu. Achik takkan terima dia balik la. Tapi kalau dia balik pun Kak chik lawanlah dia. Sekarang Achik kan milik Kak chik so fight baby"

Tersenyum-senyum Manissa berkata. Aku la dengan kakak Haris ni. Tak tahu mana nasihat mana bergurau. Aishh

"Kalau ini kena lawan juga ke Angah?"

Tanyaku kepada Manissa sambil menunjukkan gambar yang manusia kurang bahagia tu bagi dekat aku. Aku tekat nak selesaikan juga masalah ni. Macam kata Manissa masalah kena selesaikan bukan lari dari masalah.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now