Bab 35 - Salah Orang

Start from the beginning
                                    

"Ayah ada sebab suruh kamu belajar masak.." terus kata-kata ibu aku potong.

"Iyaa tahu nak suruh yaya perfect serba serbi kan ? Ish yaya bukan nak kahwin awal pun. Yaya nak belajar habis sampai dapat degree dulu dan kerja. Baru kahwin" balasku sambil melompak keriangan. Ah tak sedar diri umur dah 22 tahun.

"Yaya..ibu nak tanya, yaya masih ingat pesan ayah kan ?"

"Ish ibu ni yaya ingatlah. Alah yaya memang betul dah lupakan danial tu. Yaya tak ingat dah dekat dia. Yaya takkan meroyan ingat dekat lelaki tu. Iya yaya janji jadi perempuan melayu terakhir hahaha macam-macam ayah nak yaya jadi kan ?" Balasku sambil menarik ibu mengikutku ke bilik ayah.

"Pesan semalam?" Tanya ibu lagi.

"Suruh yaya ikut semua wasiat ayah ? Alaa bukanya ayah dah..-" aku terus terfikir adakah ibu nak sampaikan perkara yang paling aku takutkan selama ayah menghidap penyakit lemah jantung ini ?

Tapi belum sempat aku menyambung kata-kataku ibu telah memelukku dengan air mata yang mencurah-curah keluar.

"Ayah dah tinggalkan kita sayang.. ibu sedih sangat sangat sayang.. ibu rindukan ayah"

"Saffiya Aliya.."

Aku terus memeluk gerangan yang memanggil namaku itu. Hatiku sakit apabila kedua orang tua ku telah meninggalku sendiri. Air mataku jatuh seperti ibu yang menangis semasa ayah meninggalkan kami semua dulu.

"Haris...ibu tinggalka saffiya. Ibu ikut ayah. Ibu tinggalkan saffiya sorang-sorang dalam dunia ni. Macam mana saffiya nak hidup lepas ni ? Haris tolong Saffiya ya." Kataku tersedu-sedu. Aku hanya memeluk gerangan yang memanggilku itu tanpa memandang.

Gerak hatiku hanya fikirkan Haris. Aku sapu air mataku. Cuba untuk berbicara lagi dengan Haris.

"Saya sayangkan awak. Tolong jangan tinggalkan saya macam ibu dan ayah. Saya sayangkan awak Haris" kataku sedikit kuat. Aku sangat berharap Haris tidak meninggalkanku juga.

"Saffiya.. Ha-haris kat sini" satu suara dari arah belakang gerangan yang memelukku kini.

Haris di belakang manusia yang peluk aku sekarang ? Jadi siapa pula aku tengah peluk ni ?

"Yaa" suara gerangan yang memelukku kini kembali bersuara.

Yaa ? Bukan ke Danial je ke yang panggil aku dengan panggilan pendek tu ? Jangan cakap...

What Danial ?

Terus aku menolak tubuh Danial jauh dari ku. Aku mencari wajah Haris. Aku ingin mengatakan yang aku tidak sedar siapa yang aku terpeluk tadi.

Haris hanya memandangku dengan wajah kecewa ? Riak wajah Haris menunjukkan yang dia sungguh kecewa. Adakah Haris kecewa dengan aku ?

Mataku hanya bertentang dengan Haris. Tiada niat mataku untuk beralih arah. Tapi apabila matanya tidak menunjukkan riak yang selalu di tunjukkan kepadaku, aku mula beralih pandangan mataku. Aku tak kuat kiranya Haris mula tidak mempercayai dengan diri aku.

Mataku terus ku alihkan ke sisinya di mana Mama, Papa dan Angah turut memandangku. Apabila mataku mula beralih kepada Mama Haris, aku mula teringat kepada ibu!

"Mama...ibu yaya mama..ibuu.." meleret-leret aku aku berkata dan memandang Mama Haris.

"Kenapa dengan ibu sayang ? Cakap dekat mama" Balas Mama Haris sambil menarikku dalam pelukannya.

"Ibu tinggalkan Yaya. Ibu ikut ayah pergi" tersedu-sedu aku membalas pelukan Mama Haris.

"innalillah iwainna ilaihirojiun"

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now