Bab 36 - Emosi Terganggu

Start from the beginning
                                    

"Awak tahu dia anak saudara kepada Makcik Yati ?"

Aku angguk.

Ya aku tahu itu. Danial memang ada pertalian dengan jiranku itu. Sebabkan itu arwah ayah mahu aku lupakan Danial. Walaupun aku dah lama tidak berhubung dengan Danial selepas tamat tingkatan 5 tapi apapun Danial masih dekat dengan keluarga ku. Itulah yang di takutkan ayah dulu.

Tapi aku sudah yakinkan yang aku memang tidak mahu ada apa-apa dengan Danial selepas dia tinggalkan aku. Tapi ibu ada cakap ayah tetap takut kalau aku berperagai seperti dulu. Mudah lemah selepas di tinggalkan lelaki.

Lagi-lagi bila ayah tahu tentang penyakitnya dan hidupnya sudah tidak lama di dunia ini untuk menjagaku. Sebab utama wasiat ayah ingin aku berkahwin dengan pilihan hatinya kerana tidak mahu aku kembali dengan Danial.

Semua hubungan aku ayah tahu. Aku berkawan dengan siapa semua di ambil tahu oleh ayah. Sampai aku bercinta dengan anak saudara jiranku juga di ambil tahu oleh ayah.

"Dia selalu datang masa tahlil. Saffiya tahu?"

Aku angguk juga. Aku nampak Danial selalu ada semasa tahlil 3 malam ini.

"Saffiya tahu dia masih berharap dengan Saffiya ?"

Pertanyaan seterusnya itu sungguh mengejutkan aku. Apa maksud Haris.

"Saya tak faham"

"Tak faham ke buat-buat tak faham. Your love want you back"

"Saya dengan dia dah lama la berlalu. Saya..-"

"What ? Dia tinggalkan Saffiya ? Kenapa Saffiya tak cakap dengan Arwah ayah dulu yang Saffiya dah ada lelaki idaman ? Kenapa tak cakap Saffiya taknak ikut wasiat ayah dekat ibu?"

Haris memotong percakapanku.

"Ayah tak suka Danial dan Saffiya pun tak..-"

Lagi sekali kata-kataku di potong.

"Oh kira betulah percintaan tak direstu keluarga. Sebab tu Saffiya terpaksa kahwin dengan Haris?"

"Haris apa Haris cakap ni ? Hubungan kami dah lama lah berlalu. Kenapa kena ungkit?"

"Saja. Sebab dia dah balik. Sekarang pun ayah dan ibu takde so bolehlah kembali kepada cinta tak direstui ni?"

"Saffiya dah ada Haris"

"Ada Haris je. Bukan ada cinta Haris kan?"

"Haris apa maksud Haris ni ? Kitakan suami isteri"

"Dalam kertas ya Saffiya"

Terus Haris bangun dan ingin bereda dari meja makan tetapi belum sempat keluar dari dapur Haris kembali berpusing memandangku.

"Hari ni kita balik rumah"

"Tapi..Saffiya nak du-duduk sini lagi"

Aku masih rindukan Ibu.

"Kenapa ? Sebab nanti senang nak bercinta balik dengan anak saudara jiran sebelah?"

"Tak"

"So kita balik. Kemas apa yang patut. Rumah tu lama dah kita tinggal"

Kata Haris dan terus keluar. Aku tak tahu apa yang mempengaruhi Haris sampai dia terlampau dinggin denganku.





Sampai di rumah kami, Haris terus menuju ke bilik utama. Aku hanya di tinggalkan di ruang tamu. Aku terus duduk menghadap tv tanpa membukanya. Fikiran aku buntu dengan kelakuan Haris. Aku tak ada idea mengambarkan keadaan kami sekarang.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now