Ish suka-suka hati je kenakan aku balik.

----


"Sayang lepas ni sayang buat apa?" Tanya Haris apabila kami sedang makan tengah hari.

Hari ni Haris rindu nak makan tengah hari dengan aku katanya. Itu yang di suruh aku masak dan dia sanggup balik tengah hari dari kolej.

"Lepas ni tidurlah. Bie kerja kan" balasku acu tak acu. Macamlah dia tak tahu aktiviti aku lepas habis sem ni.

"Tak bosan ke. Jom dating" ajak Haris.

"Lepas ni Bie takde class ke ?" Soalku kepada Haris.

"Aish ajak dating ni takde class la sayang. Jom ah."

"Asal tetiba ajak dating. Saffiya bukan bosan sangat pun dekat rumah ni"

"Aktiviti couple kan dating. Sekarang kita couple kan ? So dating paling penting kita kena buat"

"Dalam rumah ni kita boleh je dating. Apa masalah"

"Tak real la sayang. Jomlah tengok wayang lepas tu makan-makan. Lepas tu lepak sampai malam. Jom teringinlah"

"Ish mengarutlah bie ni. Budak couple, dating macam tu ke?"

"Yes macam tu la dating. Tengok wayang, lepas tu makan dan lepak sampai lebam"

"Budak couple takde life eh dating macam tu?"

"Jom jela. Mempertikaikan orang lain dating kenapa ? Jomlah tengok wayang. Lama tak tengok wayang" pujuk Haris lagi.

"Okey-okey jom"

Dan seperti yang Haris mahu. Petang itu terus kami keluar dating. Mula-mula tengok wayang lepas tu makan. Haris cakap orang dating masa makan dia akan manfaatkan tempat makan tu dengan lepak lama sangat.

Sampai ais dalam minuman pun turut cairlah.

Overkan cerita Haris. Tapi aku mengiyakan sahajalah permintaan ni. Nak dating macam pasangan-pasangan lain sana kan. Aku turut je. Sampai ke malam jugalah aku dating dengan Haris. Walaupun penat tapi best.

Yela habiskan masa dengan boyfriend apa yang tak bestnya.

"Haris boleh tak esok Saffiya nak pergi rumah ibu. Nak tinggal dengan ibu satu hari. Lama tak spent time dengan ibu" kataku apabila kami selesai makan malam di salah satu buah restoran.

"Kalau macam tu kita terus pergi rumah ibu. Esok bie kerja so petang esok baru bie jemput sayang"

"Haris tak penat ke? Takpela esok Saffiya pergi sendiri"

"No, tak boleh. Malam ni terus kita pergi rumah ibu. Lagi pun sekarang baru pukul 8. Ibu tak tidur lagi kan ? Kita dua tidur sana. Esok petang bie jemput sayang. Cukuplah kan satu hari rumah ibu ?" Tanya Haris lagi.

"Kalau macam tu okey je. Ibu tak tidur lagi. Saffiya call ibu eh. Nak bagi tahu kita nak bermalam sana" kataku dan mendapat anggukkan dari Haris.

---


Dan seperti janji Haris. Haris membawaku bermalam di rumah ibu. Satu hari luahkan masa dengan ibu palinglah bahagia dalam hidup.

Dari pagi sampai petanglah aku dengan ibu.

Masak, bercerita, bergosip. Terasa macam dulu-dulu semasa aku masih anak tunggal ibu. Masa aku tak kahwin lagi.

Macam biasalah ibu asyik nasihat je memanjang. Membebel hobi ibu. Biasalah tu cuma masa nasihat tu asyik duk cakap masa dia dalam dunia dah tak lama. Aku fikir mungkin ibu terlampau rindukan arwah ayah. Mungkin ibu tak sabar mahu berjumpa arwah ayah.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now