Kami mula menyanyi bersama. Semasa nyanyian terakhir mata kami hanya memandang sesama sendiri.

Oh god im in love with you again and again Haris Hakimi.

Tiba-tiba Haris datang dekat denganku dan berbisik sesuatu. Perlahan dan amat tak di jangkakan.

"Haris dah jatuh cinta dengan Saffiya"




"WEH gempak sial persembahan kau dengan Sir tadi Fiya. Ramai do puji kau" kata Fatin apabila kami bertiga berkumpul di salah satu bangku yang terdapat dalam kawasan kolej.

"Cakap jela sir Hot tu je yang gempak" balasku. Ah memang suara Haris tadi best gila.

Em ingat balik pasal tadi malu tak habis aku ni. Ada ke kena nyanyi dengan pensyarah sendiri. Kalau lah semua tahu Sir Haris tu suami sah dia lagi gila. Pasal Haris bisik tu taknak fikir lagi emm.

"Taklah Fiya. Kau pun best do. Masa lagu mula-mula kau tu perhh ramai kut puji suara kau. Makin bertambahlah peminat kau dalam kolej ni"

"Makin serabutlah hidup aku Fat"

"Kau ni ramai peminat pun serabut. Untung kau tau. Ramai yang minat kau" tambah Fatin.

"Tak untung pun Fat. Aku serabutlah. Semua tak ikhlas kawan dengan aku buat apa" balasku.

"Hahahaha kena hadap benda-benda tu. Tu la ujian dunia Fiya"

"Ceh sembang. Weh asal boleh nama Haris ada dalam bal.." kata-kataku terus dipotong Mira.

"Sir..Sir Haris bukan Haris, Fiya. Hormat sikit" tegas Mira. Emm Mira memang nerd sikit tau kahkahkah hina member sendiri.

"Okey fine. Asal nama SIR Haris ada dalam senarai tu" tanyaku dah saja perkataan Sir ditekankan sedikit.

"Kau ni nama je budak dekan tiap sem tapi maklumat kolej pun tak tahu" kurang ajar punya kawan. "Semua warga kolej boleh join aktiviti yang budak musik ni buat kecuali budak musik jela tak boleh. So Sir kan warga kolej juga. Apa salahnya join" sambung Fatin lagi.

"Perlu ke pensyarah join aktiviti budak kolej?"

"Alaaa kau kenapa ? Biarlaa dia nak join juga. Oh kau dah menyanyi satu round dengan dia best-best tadi sekarang baru nak mempertikai kenapa dia join?" Kata Fatin lagi.

"Aku tanya je. Yang kau emo asal ? Eleh Sir Haris je pun" balasku.

"Sir Haris je pun. Eleh tadi nyanyi bukan main emosi. Layan perasaan. Masa kau nyanyi tadi kau bayangkan orang yang kau suka kan?" Pertanyaan Fatin terus mendapat tarikan Mira yang dari tadi bermain dengan gitarnya.

"Haa Fiya suka siapa do ? Amboi tak cerita pun dekat aku" kata Mira.

"Ish aku dah ceritalah dekat kau. Hari tu tapi aku pun tak tahu Fiya suka siapa. Siapa Fiya ? Budak kolej ni juga ke ?" Tanya Fatin lagi.

"Taklah. Adalah. Tapi aku takutlah nak confess." luahku sendiri. Tidak apa yang perlu di sorokkan lagi. Aku memang dah jatuh cinta dengan Haris. Tapi..tadi Haris dah confess dengan aku. Nak kata aku salah dengan agak-agak ah aku korek tahi telinga tiap hari kut.

"Whuuuuuu gila ah. Akhirnya kawan kita dah ada perasaan. Dah pandai main-main cinta beb" kata Fatin.

Ah ni aku malas nak cerita ni.

"Kau ingat aku apa ? Takde perasaan. Aku ada perasaan juga okey"

"Mana nak tahu kau ada perasaan ke tak. Si Kamal mat romeo kolej kau tolak mentah-mentah je. Memang kena label heartless kolej ah" balas Fatin.

"Nama lagi mat romeo. Buat apa aku balas" macam aku tak kenal peragai romeo Kamal tu. Pantang jumpa perempuan dahi licin habis dia sapu.

"Tapi handsome do" kata Fatin.

"Handsome tapi buaya buat apa gila"

"Dari monyet ? Hahahaha" gelak besar Fatin ketawakan aku. Mira buat muka blur macam biasa. Lambat tangkap.

"Monyet tu tak panyah nak sebutlah sengal. Eh kau tahu dia ada adik yang belajar dekat kolej ni tau" ceritaku kepada Fatin. Takde niat menerangkan lebih lanjut kepada Mira. Cerita pun bukan boleh cepat hilangkan blur dia tu.

"Oh serius ? Lelaki ke perempuan ?" Tanya Fatin.

"Mana aku tahulah. Masa dengan dia dulu mana dia nak cerita pasal family. Dia pun bukan nak cerita dekat aku" balasku. Itulah kenyataan percintaan aku dengan Danial selama 2 tahun lebih itu. Kuat berahsia.

"Salah satu cinta tak kekal lama macam tu ah. Kau kena cerita tau. Kau kena ambil tahu pasal pasangan kau. Berahsia dalam hubungan tak kemana weh. Salah faham nanti. Tengok sampai dia ada adik pun kau tak tahu. Nanti kalau dia duk peluk adik perempuan dia tapi kau ingat dia curang dengan kau. Takde pasal-pasal kau breakup dengan dia sebab curang. Hakikatnya dia peluk adik perempuan dia je" terang Fatin panjang lebar. Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba dia bercerita pasal benda curang bagai ni.

"Kau cerita macam pernah alami je ni ?" Tanyaku saspen.

"Kau ingat aku cerita saja-saja. Aku pernah alamai la ni gila. Kau ingat aku rajin nak baca cerita orang lain ?" Bebel Fatin membalas pertanyaanku.

Tanya sikit balas banyak pula minah ni.

"Kau memang malas. Cerita ah dekat aku"

"Cerita ni pasal first love aku tau.." terus kata-katanya aku pintas.

"Maksud kau masa darjah 6 tu ? Pasal first love tu ke ?" Tanyaku. Yela dia start bercinta masa darjah 6.

"Cacat. Tu cinta monyetlah. Jangan samakan first love aku dengan cinta monyet. First love ni macam kekasih yang kau tak boleh lupalah. Lelaki ni aku kenal masa aku kerja part time tunggu result spm. Kita orang bercinta. Nak jadikan cerita kita orang putus sebab abang aku"

"Okey aku tak faham. Maksud kau apa ni Fat ?" Potongku. Sumpah tak faham. Kenapa abang dia pula ? Oh cinta dihalang keluarga ke maksud Fatin ni

"Kau dengarlah dulu cerita aku Fiya. Ni bukan sebab halangan keluarga tau. Kau tak payah fikir macam tu sangat. Ni bukan drama melayu. Kau tau kan aku rapat dengan abang aku macam mana ? So masa tu abang aku ambil aku dari kerja. Aku terpeluklah abang aku. Pakwe aku ingat aku ni perempuan jalang tau. Dia tuduh aku macam-macam. Tapi fikir balik salah aku juga tak cerita dekat dia aku ada abang" terang Fatin panjang lebar.

"Perh perempuan jalang dia panggil kau. Kau tak mengamuk ke ?" Tahan maki juga kawan aku ni.

"Siapa tak marah kena panggil jalang kan. Aku marah juga sampai berenti kerjalah masa tu. Tapi bila fikir balik macam aku cakap tadi. Aku yang tak cerita dekat pakwe aku tu yang aku ada abang" sambil mengeluh Fatin menyabung penceritaannya.

"Laa kau tak terangkan baik-baik ke dekat dia. Habis tu kau blah macam tu jela" tanyaku lagi.

"Kebetulan aku dapat sambung belajar. So aku blah macam tu jela. Abang aku pun cakap buat apa teruskan hubungan kalau pasangan tak percaya satu sama lain kan" balas Fatin lagi.

"So kau tak cari lelaki tu ? Kau kata first love ?"

"First love tak semestinya boleh jadi last love kita Fiya. Aku terima kenyataan aku dengan dia dah tak ada jodoh. Dalam percintaan kena ada kepercayaan Fiya baru boleh kekal bahagia selama-lamanya. Sebab tu dalam hubungan tak boleh ada rahsia" Fatin akhiri cerita dia dengan senyuman lebar.

Ceh first love tak boleh jadi last love konon. Memanglah tak boleh jadi last love kau sebab sekarang kau bercinta tak ingat dunia dengan budak laki kolej ni. Macam aku tak tahu peragai Fatin.

Tapi fikirkan balik betul juga cakap Fatin. Berahsia ni tak kemana. Terbit salah faham adalah kalau amalkan rahsia. Em perlu ke aku bercerita semua kepada Haris ? Aku nak perkahwinan aku dengan dia kekal. Aku dah mula sayangkan perkahwinan kami.

××××××××××××××××

Okey lepas ni kita buat diorg bercinta la ye. Lambat sngt nak bercinta budak dua orang ni. Lambat-lambat basi pula.

Keep reading gais.

Masih Aku CintaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα