Bab 27 - Heartless

Start from the beginning
                                    

"Hah muda ? Maksud sir umur dia lagi muda dari sir ke muka dia lagi muda dari sir?" Tanya Alissa. Em Alissa ni memang berminat dengan Haris tau.

Aku tengok wajah perempuan yang tanya Haris tadi senyap dah. Mungkin tengah memikirkan sesuatu lagi.

"Umur dia muda dari saya kut. Entah" jawab Haris lagi.

"Sir, perempuan yang selalu jumpa sir tu kongsi umur sama dengan sir ke ? Ke dia lagi muda?" Tanya perempuan tadi. Haa betulah dia tengah fikirkan soalan lagi.

"Kamu semua memang nak korek pasal perempuan yang selalu datang tu ke ? Sebenarnya dia hanya kawan sekolah saya dulu dan umurnya sama dengan saya. Okey fullstop dah okey" jawab Haris dan cuba untuk menamatkan sesi 'describe your taste' ni

"Alaa sir tapi sir perempuan tu cantik. Ada ciri-cir yang sir minat. Model pula tu" Badrul pula bersuara. Mungkin kalau pelajar kesayangan cakap boleh diterima kut.

"Dahlah habis situ je. Next quention next class okey" nampak gayanya pelajar kesayangan pun tak dilayan.

Em

Cantik dan muda ? Emm kenapa taste dia macam tu ? Selalunya taste orang lelaki mesti cakap tak cantik takpe asal baik. Clice kan ?

Tapi kenyataan lelaki mesti nak kan perempuan cantik.

Tapi taste muda ? Kira dia tak suka yang tua dari dia la ? Semua taste Haris ada dekat perempuan yang panggil dia baby tu. Ada peluang tak aku nak tackle Haris ?

"Yes Saffiya? Mengelamun fikikrkan apa ? Tak nak kongsi ke?" Tiba-tiba suara Haris memecah persoalan dalam kepala aku.

Hah perlu ke Haris mention nama aku. Kantoilah aku hanyut kejap tadi.

"Ke awak fikirkan taste saya tadi. Oh jangan risau semua ada pada awak taste tu Saffiya" kata Haris lagi dan mendapat gelakan satu dewan kuliah. "dan semua ada taste tu. Jangan risau yang lain pun" sambung Haris lagi.

Haris ni memang saja cari gaduh dengan aku tau.

"Tak terfikir pun saya nak penuhi ciri-ciri sir nak kan tu" kataku lantang. Ah kesah pula aku dia nak cakap apa.

Sedikit berubah wajah Haris. Mungkin tak terduga aku akan menjawab.

"Alaa sir, Fiya memang macam tu. Bertuahlah Fiya nak mengorat. Lelaki lain yang mengorat diapun dia buat tak tahu je" kata Alissa pula.

Alissa ni memang faham perasaan aku tapi kadang-kadang menyakitkan hati juga.

"Oh memang dia takde perasaan? Em okey" kata haris dan mendapat anggukkan Alissa.

Amboi suka-suka hati kau je cakap aku takde perasaan. Kalau aku takde perasaan takdenya lah aku jatuh cinta dengan kau Haris Hakimi!










"Fiya jadi tau kau nyanyi hari last karnival nanti. Aku dah letak nama kau tu dalam senarai" kata Ashraf apabila kami berjumpa di cafe kolej.

"Ye ash. Berapa kali kau nak ingatkan aku pasal tu. Jangan riasaulah aku takkan malukan kau okey. Aku nyayi" balasku. Susah betul nak yakinkan budak ni sekarang.

"Aku bukan apalah takut kau ubah fikiran. Kau tu bukan boleh caya sangat. Weh meriah kan aktiviti kali ni. Tapi lagi akan meriah hari last tu tau. Acara kemuncak karnival"

"Acara apa weh?" Tanyaku lagi. Macam-macamlah kolej ni.

"Laa acara pentaslah. Lagi-lagi kau nyanyi. Mesti meriah. Kau kan hot dekat kolej ni. Pujaan ramai. Mesti ramai nak tengok kau menyanyi kan"

Ceh ingat acara apa. Em kalau aku hot tapi Haris tak suka aku buat apa juga kan.

"Geli aku hot. Kau ingat aku macam Sir Hot ke?"

"Whuu kau pun berminat dengan Sir Hot tu ke ? Aku dengar cita sir tu makin popular dekat kolej kita ni sampai pelajar lain tak ada kena mengena dengan IT pun kenal mendalam sir tu. Hot sangat ke dia Fiya?" Bersungguh sungguh Ashraf bertanya.

Tidak dinafikan lah Haris tu ramai yang minat. Aku pun masih tak faham apa yang hot sangat penyarah dekat kolej. Datang sini nak belajar ke nak jadi peminat ? Aduhh ingat Haris tu artis ke apa nak minat bagai.

"Weh aku tanya ni. Hot sangat ke dia ?" Tanya Ashraf lagi.

"Biasa-biasa je" balasku

Tak. Haris Hakimi tu sangatlah hot. Kalau tak hot ingat senang ke aku nak jatuh cinta dengan dia.

"Tanya kau memanglah. Kau mana ada perasaan. Hot Danial lagi eh?" Tanya Ashraf dan mendapat jelingan maut dengan Saffiya. Bukan dia tak tahu sensetif macam mana kalau nama Danial muncul.

"Kau tak panyah sebut nama dia boleh tak ?"

"Okey rilek ah. Memain jela. Haa cita pasal danial ni hebat tau dia sekarang. Dah jadi bos dalam syarikat bapak dia tau. Untung muda-muda dah jadi bos. Kita ni belajar pun tak habis lagi" bicara Ashraf lagi.

Em tak hebat kenapa sebab nak kejar benda tulah dia tinggalkan aku kontang kanting! Nasib baik aku cepat sedar pasal benda ni kalau tak mungkin aku akan meroyan.

"Oh tapi asal dah berapa kali aku nampak dia dalam kolej ni ? Takkan dia belajar sini?" Tanyaku. Saja ingin berbasah basi melayan isu Ashraf keluarkan ni.

"Oh sebab adik dia belajar sini. Dia lah yang jaga adik dia sekarang dekat sini" balas Ashraf.

Adik belajar sini asal sibuk nak masuk sini juga. Jagalah pangkat tinggi yang kau angung - angungkan tu.

"Okey" entah aku pun tak nak ambil tahu sangat pun pasal lelaki tu. Asal dia bahagia dan tak kacau bahagia aku sudah. Itu pun dah okey.

"Eh nanti ada acara bonus tau hari last tu" Ashraf seperti memahami yang aku tidak lagi mahu berbicara mengenai kawan baiknya itu.

"Ada apa?"tanyaku.

"Mana boleh bagi tahu. Rahsia" balas Ashraf.

Aku benci orang macam ni. Dah bagi tahu pendahuluan tak nak bagi tahu isi dia pula. Saja buat tertanya-tanya tau.

"Cakap jela. Kau dah mulakan tadi"

"Rahsialah. Semua orang tak tahu lagi. Mana boleh senang-senang bagi tahu kau"

"Suka hati kau lah. Ish geram pula aku"

"Hahahahaha relak ah. Benda biasa-biasa je. Asal kau okey hari kejadian je aku mintak sekarang ni. Ramai juga yang join buat persembahan hari tu tau"

"Tak kisah pun. Aku dengan Mira saja-saja je join. Tahun akhirkan. Saja buat gempak untuk diri sendiri" balasku. Aku dah bincang dah dengan Mira yang kami saja je join karnival ni. Mira pun tak ambil serius sangat pun.

×××××××××××××××××××××

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now