ℓιмα ρυℓυн тιgα

8.1K 243 2
                                    

Mikhail terjaga dari tidurnya. Dia bangun dari berbaring. Kepalanya memaling ke arah gadis yang lena disebelahnya. Dengan lembut dia mengejutkan gadis itu.

" Amelia? Bangun Amelia.. "

Amelia sedikit berkerut. Matanya dibuka buat seketika sebelum dia kembali tidur.

" Amelia... Bangun " Mikhail menepuk bahu gadis itu perlahan.

Amelia bangun. Dia menguap dan mengosok matanya. Setelah beberapa minit baru dia sedar dia sedang menjaga Mikhail.

" Er! Saya minta maaf, saya tertidur " pinta Amelia.

Mikhail hanya tersenyum.

" Tak apa, tapi kenapa saya dekat... Hospital? " soal Mikhail.

Amelia diam cuba mengingati apa yang doktor kata kepadanya.

" Awak pengsan jadi saya call ambulance. Doktor kata awak kurang rehat dan awak ditahan selama dua hari. " jelas Amelia.

Mikhail berkerut dahi. Tidak suka dengan apa yang didengari.

" Dua hari? Tak boleh balik awal ke? Kerja banyak takkan saya nak tinggalkan kot? Meeting tadi macam mana? " soal Mikhail sedikit frust.

Amelia memandang Mikhail yang masih lagi menpunyai kerutan didahinya.

" Saya tangguhkan. Dua hari lrpas awak keluar baru meeting tu berlangsung. " jawab Amelia pendek.

Mikhail mengeluh. Kalau lah dia tidak pengsan pasti semua ini tak akan berlaku. Dia memandang Amelia kasihan.

" Mesti dia orang marahkan? Dia orang kata apa? " soal Mikhail lagi.

Amelia mengeleng kepala.

" Tak apa lah dia orang marah. Takkan dia orang nak meeting dengan orang yang pengsan pula kan? Haha " gurau Amelia.

Mikhail tersenyum melihat Amelia dengan sikap tidak pedulinya.

" Terima kasih jaga saya. Awak dah bagi tahu family saya belum? "

Amelia cepat-cepat mengelengkan kepalanya.

" Saya pergi call Dato eh? " Amelia terus membawa telefon pintarnya keluar dari bilik wad Mikhail.

*******

Amelia telah lama meninggalkan Mikhail sebaik sahaja Dato' Hussein tiba. Lagipun sudah pukul 8 pagi jadi Amelia terus pergi ke syarikat Indaman Sdn Berhad. Memastikan tiada perkara buruj terjadi selama dua hari Mikhail tiada. Mikhail dan Dato' Hussein senyap.

" Pa... Er papa tahu Mika dengan Amelia dah putus tunang? " soal Mikhail sekadar memecahkan sunyi.

Dia tahu yang Dato' Hussein mengetahui tentang perkara itu.
Dato' Hussein memandang Mikhail tenang lalu menganggukkan kepalanya. Mikhail tersenyum tawar.

" Oh.. Papa tak nak tanya apa jadi? " soal Mikhail lagi.

Dato' Hussein melepaskan nafas panjang.

" I won't ask what happens. You lost her and that is what happened. " kata Dato' Hussein.

Ouch. Itu sahaja apa yang dirasa Mikhail. Diberitahu ayah sendiri perkara itu hanya menyakitkan lagi hatinya.

" We're the same. Ego yang sama. Kita dua-dua hilang orang yang kita cinta sebab kita tak usaha dan mungkin itu apa yang terbaik. " sambung Dato' Hussein lagi.

Sejujurnya Mikhail sedikit terkejut. Dato' Hussein bukannya seseorang yang akan cakap benda yang seperti itu. Dia seorang yang serious. Tapi entahlah mungkin juga dia yang tidak mengenal ayahnya dengan lebih mendalam.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now