ℓιмα вєℓαѕ

9.3K 342 5
                                    

Amelia memulakan harinya dengan mengeliat. Come on lah siapa tak mengeliat masa pagi? Amelia bangun dan mengambil tuala sebelum pergi masuk ke bilik air. Itupun setelah dia termenung buat beberapa minit di atas katil.

Amelia terduduk di kerusi tandas dengan baju tidurnya. Matanya perlahan-lahan ditutup.

Mengantuk + Malas + Rasa nak mandi = Tidur dalam bilik air.

Tiba-tiba Amelia teringat cerita hantu klasik yang sering ditonton di televisyen dimana darah mula menitik dari shower dan badan yang merangkak..

Matanya ditutup segera dibuka. Dia cepat-cepat mandi sebelum berlari keluar dari bilik air. Rasanya sudah pecah rekod mandi sekejapnya. Tak sangka sempat lagi dia shampoo, sabun badannya dalam masa 10 minit mungkin? Itu pun dalam keadaan yang ingin cepat.

Amelia sedikit mengigil kerana hanya ada tuala yang membalut badannya dan penyaman udara sedang dipasang. Baru Amelia sedar dia berada di ruang tamu. Amelia menepuk kepalanya. Pertama dia tidak menutup air- cond seharian. Kedua dia berlari meninggalkan baju kotor di dalam tandas. Ketiga jika ada klip yang menunjukkannya dia berlari pasti dia kelihatan seperti orang gila sekarang ini. Keempat mujur Ratna tiada untuk mengelakkannya.

Amelia kembali ke biliknya dan sekali lagi dengan sepantas kilat mengambil baju kotornya dan mencampak ke dalam bakul baju kotor. Sungguh dia tidak berani lagi untuk masuk bilik air buat masa seketika... Tiba-tiba Amelia sakit perut. Amelia mengeluh nampak gayanya dia harus juga pergi ke bilik air dan mandi lagi sekali dengan lebih bersih. Sekali lagi Amelia lupa untuk menutup penyaman udara di ruang tamu.

Ratna terjaga dengan haruman lavendar. Bau itu sedikit menenangkan walaupun dia sedang diculik. Pasti orang gaji Azhar meletakkannya atas arahan. Agak menakutkan bagaimana orang keluar masuk bilik ketika dia sedang tidur. Bila difikirkan balik Azhar rupanya tidak menculiknnya jauh cuma di banglo milik keluarga Azhar.

' Cuma? Apa yang kau merepek ni Ratna? '

Namun tidak sekali dia nampak Tan Sri atau Puan Sri. Dan ya peliknya Ratna dibiarkan berkeliaran setelah dia merasakan sakit sudah makin hilang namun dia tidak cuba untuk lari. Mungkin..

Okay tiada alasan kali ini. Dia nampak kunci keretanya dan keretanya diparkirkan dihadapan banglo bagai membenarkannya lari namun Ratna tidak.. Kenapa dengan dia ni?

Ratna mengeleng kepalanya dan segera meletakkan tangannya ke kepala. Serentak dengan itu pintu biliknya dibuka dan Azhar memandangnya dengan sedikit risau.

" Awak okay tak ni? " soal Azhar prihatin, dia duduk di hujung katil yang bersaiz Queen itu.

Dia lebih dari prihatin kalau difikirkan balik bagi seorang penculik. Okay. Mr penculik? Wah sudah boleh buat buku novel. Mr Penculik si Penculik Hati. Ratna mengeleng dengan apa yang fikirkannya sekaligus membuatkan Azhar fikir dia tidak okay.

Ratna dapat membaca mimik Azhar yang semakin risau.

" Tak, saya okay. Cuma saya nak keluar dari sini... " kata Ratna sedikit merintih.

Azhar kembali kelihatan tenang dan berdiri.

" Okay, awak pergi mandi dulu. Pergi pakai baju dalam almari tu dan jumpa saya kat meja dekat taman. Busuk! " gurau Azhar sebelum bergerak ke pintu.

Ratna sempat lagi membaling bantal tepat pada belakang lelaki itu sebelum Azhar pergi. Adakah dia sudah selesa dengan Azhar? Tapi baru dua hari.. Dua hari dia diculik. Dan dia sudah selesa dengan penculik? Merepek. Ratna bangun dan bergerak ke almari memilih baju yang dia rasa sesuai dan pergi ke bilik air.

**********

Ratna berjalan perlahan-lahan ke taman kecil atau boleh dikatakan lebih besar bilik tidurnya di rumah. Dia mengeluh kecil di dalam hati.
Inilah dia tidak minat dengan orang kaya. Semuanya cantik dan besar.

Dia memerhatikan Azhar dari belakang. Bagai mengikut nalurinya Azhar memaling. Di meja itu terdapat sejenis bunga, Amaryllis jika tidak silap. Bunga tersebut berada di Malaysia? Matanya beralih pula pada Azhar.

" Duduk. " jemput Azhar.

Ratna duduk bertentangan dengan Azhar. Dia menarik dan melepaskan nafasnya dengan perlahan.

" Okay baiklah jadi, macam yang Encik Azhar janji. Saya tak akan saman Encik cuma cerita dari awal kenapa Encik ikut saya? "

Azhar melepaskan nafasnya sedikit kasar.

" Baik, tapi dengar apa yang saya nak cakap sampai habis tanpa potong. Okay? "

Ratna mengangguk kepalanya setuju.

" Okay sebenarnya saya.. Saya sukakan awak sejak awak handle kes saya tentang saman hari tu. " luah Azhar.

Ratna membuat muka terkejutnya. Baru dia mahu membuka mulut namun sedar dia tidak boleh memotong kata-kata Azhar.

Azhar terdiam seketika. Pipinya kelihatan sedikit merah. Wajah tenang yang selalu dipakai bagai hilang digantikan dengan reaksi malu.

" Saya tak tahu apa yang nak buat. Jadi saya ikut awak pada hari tu. Tapi awak cemas dan terlanggar bonggol. Saya pun risau saya tak tahu buat apa jadi saya bawa awak balik rumah dan panggil doktor keluarga saya. " tambah Azhar lagi.

Ratna dapat melihat sinar kejujuran di muka lelaki itu. Tiada tanda yang dia menipu. Tapi apa yang pasti apa yang dikata Azhar sedikit membuatkannya malu.

" Awak pun satu. Lain kali jangan buka pintu dekat orang yang tak kenal. Kalau saya jahat saya dah culik awak, buat benda tak elok dan minta duit tebusan. "

Ratna membuat muka 'seriously'. Pertama dia memang sudah culik pun Ratna. Kedua minta duit tebusan? Ayah Azhar Tan Sri kot.
Tentang perkara tak elok hanya dibiarkan.

Azhar tersenyum kecil menampakkan giginya. Dia memandang Ratna.

" Awak dah boleh cakap.. "

Ratna membalas senyuman Azhar dengan senyuman agak sarkastik.

" Saya fikirkan ya Encik Azhar. Saya dah boleh balik kan? Terima kasih sebab budi baik Encik. " Ratna.

Azhar hanya menganggukkan kepalanya. Ratna bergerak dari situ. Satu langkah, dua langkah.. Tiga langkah dan...

" Ratna! "

Ratna memaling ke belakang. Azhar sedang berdiri menghadapnya. Dia kelihatan seperti ingat bertanya sesuatu.

" Kalau lepas ni.. Um kita jumpa lagi boleh? " soal Azhar.

Ratna hanya memandangnya tenang.

" Boleh so awak nak nombor saya? " soal Ratna.

Azhar mengeleng kepala dan tersenyum bangga.

" Saya dah ada. "

Ratna mengeleng kepala. Lelaki ini memang pelik ataupun mungkin semua anak orang kaya macam ni? Hmm tidak mungkin mustahil. Azhar pasti satu dalam seribu. Ratna sedikit mengeluh. Pasti lelaki itu sudah memeriksa telefonnya. Dia betul-betul harus meletakkan password. Ratna terus berjalan laju. Dia tersenyum. Dia pasti akan menceritakan semuanya pada Amelia.

*******

Amelia menyuap beberapa sudu bijiran ke dalam mulutnya. Dia mengunyah dengan perlahan-lahan. Baru dia sedar betapa bosannya dia tanpa Ratna. Bagaikan Mr Lonely. Amelia memegang telefon pintarnya. Sejak akhir-akhir ini dia sudah download sebuah aplikasi bernama Wattpad.

Best? Hm banyak juga buku yang menarik minatnya namun apa yang sangat menarik minatnya ialah suatu buku tentang seorang perempuan bernama Arina dipaksa kahwin dengan lelaki yang bagai tiada perasaan setelah isterinya meninggal. Cerita itu sangatlah..

Tuk! Tuk!

Mata Amelia terbeliak. Siapa lagi yang mungkin akan mengetuk pintu dalam selain..

Amelia berlari dan membuka pintu. Matanya jatuh pada gadis dihadapannya.

" Ratna!!! " gembira sahaja Amelia menyapa.

Ratna tersenyum kecil sambil tangannya memegang beg.

" Aku dah balik. "

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now