dυa pυℓυн ℓιмα

7.8K 342 9
                                    


Amelia tekad. Ya dia tekad! Dia mahu beritahu Rayyan apa yang dia rasa pada Rayyan. Apa yang Rayyan lakukan semalam sungguh-sungguh membuatnya rasa dilindungi.

" Amelia tolong lah jangan buat saya risau sampai macam ni "

Kata-kata Rayyan masih tergiang di fikirannya. Dia tersenyum. Dia memaling ke arah jaket yang diberi Rayyan. Walaupun bunyinya gila tapi Amelia balik terus basuh jaket itu dan mengantungnya. Sampaikan Ratna terkejut melihat Amelia mengantung baju yang dibasuh.

Pertama dalam seumur hidup Ratna melihat Amelia mengantung baju tanpa disuruh.

Amelia membetul dress nya. Ingat lagi dua baju dress yang dibeli hari itu? Ya dia sudah pakai lagi satu untuk pergi ke pejabat dan memberitahu Rayyan isi hatinya.

Amelia pusing di hadapan cermin itu melihat samaada okay atau tidak baju itu. Dia mengenakan sedikit alat solek dan mencapai kunci kereta untuk ke pejabat. Hatinya berdebar-debar. Walaupun orang pertama yang akan dijumpanya ialah Mikhail.

*******

Amelia meletakkan beg nya di meja. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas kepada Rayyan.

Rayyan, jumpa saya kt Pantry CEO?

Send! Dengan itu Amelia tersenyum dan duduk di atas kerusi. Camera yang diletak untuk memerhatikannya bergerak-gerak namun Amelia tidak peduli. Dia terlalu excited dan happy untuk marah Mikhail. Pasti Mikhail pun nampak keceriaannya.

Amelia membuka laptop pejabat dan menyambung kerjanya ditinggalkan sebelum ini.

Tap! Tap! Tap!

Bunyi jari Amelia menaip pantas. Oh ya Amelia sering mendapat idea dan cepat membuat kerja bila dia happy jadi bonus baginya. Satu demi satu idea di masukkan ke dalam proposalnya. Bukan apa bukan selalu mindanya dipenuhi idea.

Eh kejap hari ni, hari apa ya? Mata Amelia jatuh pada hujung laptop dan membaca tarikh.

10/10/2015.

Wah tarikh yang cantik untuk mengingati hari yang penting. Boleh jadi ni. Amelia tersenyum. Oh ya hari lahirnya lagi lima hari. Dia hampir terlupa tentang hari lahirnya.

Mikhail keluar dari biliknya. Dia terhenti di meja Amelia.

" Hey.. So apa yang happy sangat dari tadi tak berhenti senyum? " soal Mikhail.

Amelia tersengih kepada Mikhail. Dia menunjukkan sebaris giginya pada Mikhail membuatkan tergaris senyuman di pipi.

" Memandang Encik boss saya dan saya sayang boss saya. Saya bagi tahu eh? Saya nak confess dekat Rayyan ~ " riang sahaja suara Amelia.

Mikhail terdiam. Dia terkejut sebenarnya namun dia memaksa dirinya untuk senyum.

" Baru nak confess awak suka dia? Boo lama sangat. Macam mana lah Rayyan boleh tunggu. Goodluck. " kata Mikhail.

Amelia tersenyum lebih mesra.

" Terima kasih. Oh ya boss nak milo? Saya tengah mood baik ni. Encik Mikhail tak nak apa-apa? " soal Amelia.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now