тιgα вєℓαѕ

9K 341 8
                                    

Dah lambat! Dah lambat! Amelia panik. Dia cepat-cepat tempek bedak pada mukanya sebelum rata kan dengan tangannya. Sudah pukul 8.45 a.m! Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam begnya dan tergesa-gesa ke cermin.

Matanya jatuh pada kalendar di meja solek. Sabtu. Amelia menepuk dahinya.

Bagaimana dia boleh lupa? Semalam jumaat! Baru dia ingat ketika keluar lunch semalam mereka singgah di masjid kerana Mikhail ingin solat Jumaat. Ya Allah, Amelia terduduk di atas kerusi.

Akhirnya Amelia keluar dari rumahnya dan terus menghidupkan keretanya. Kemana? Shopping Mall! Sakit hati pun ada rasanya bila fikir balik yang hari ini cuti. Nasib di bank yang masih ada baki gajinya yang belum digunakan. Dalam beberapa ratus lagi. Duit rumah bahagiannya sudah bayar, bil electric sudah, dan bagi mak pun sudah. Boleh lah dia beli buku, baju dan lain-lain!

Eh bila fikir balik gajinya bulan ini pun naik lah kan? Dari 2500 pada.. Berapa ya gaji barunya? Hm kena tanya Mikhail ni. Sebab kerjanya dengan kerja barunya lain. Mungkin naik dalam seribu tapi mak ajar harapan tak boleh tinggi nanti kecewa.

Amelia membuka tingkap keretanya dan meletakkan kad touch n go nya pada censor. Sekarang ni sudah senang kebanyakkan tempat kini menggunakan perkhidmatan touch n go.

Setakat ini Amelia baru window-shopping. Bukan apa dia rasa macam tak ada apa untuk dibeli. Argh, Kedai buku! Amelia terus melangkah kakinya kedai buku MPH di hadapannya. Matanya terus jatuh pada susanan buku tertulis MPH weekly bestsellers di atasnya . Buku yang pertama ialah Reinkarnasi karya Faiz Ibrahim. Amelia terus mencapai satu buku dan pergi ke rak yang tersusun buku novel. Benda pertama yang mencuri perhatiannya ialah Mencari Si Pelengkap Hati. Amelia mengambil buku tersebut dan membaca sinopsis cerita itu.

' CINTA. Mampukah cinta itu dipaksa... '

Wah macam best je! Gila tak beli? Dah dapat feel dah ni. Akhirnya dia mengambil buku tersebut. Matanya kini teralih pula pada buku Sayangku, Mia. Amelia mengeleng kepalanya. Lagi lama dia duduk di kawasan novel cinta boleh habis semua diborong.

' Berjimat-cermat Amelia! ' pesannya pada diri sendiri.

Lamunan Amelia berhenti tatkala mendengar gelak-tawa seseorang yang kedengaran familiar. Mata Amelia berkeliaran mencari tuan badan suara itu. Akhirnya matanya terhenti pada suatu susuk tubuh.
' Rayyan... '

Tapi bukan itu sahaja ada seorang gadis bertudung oren disebelahnya sedang menepuk bahu Rayyan sambil tergelak. Amelia mengigit bibirnya. Girlfriend Rayyan? Ataupun.. Isteri?! Amelia cepat-cepat mengeleng kepalanya. Tak kan lah sampai pangkat isteri kot. Hm tak mungkin. Sedar-sedar je tangan Rayyan sudah mengusap pipi gadis itu.

Jantung Amelia berdegup laju. Kali ini bukannya kerana malu atau suka. Ini ialah perasan takut dan kali ini Amelia sangat yakin.
Amelia berlari ke arah kaunter MPH untuk membayar dan terus pergi dengan tergesa-gesa.

Tawa Rayyan terhenti saat mata Rayyan memerhatikan wajah Aliah. Dia terus menyapu pergi bulu mata yang betul-betul berada di bawah kelopak mata kiri Aliah.

" Asal? " soal Aliah pelik.

Rayyan hanya mengeleng kepala. Bukannya apa sangat pun.

" Bulu mata je. "

Aliah membuat muka risaunya membuatkan Rayyan pelik. Kakak dia ni sudah kenapa?

" Bulu mata jatuh belah kiri! Entah-entah ada orang tak suka aku ke " tanya Aliah dengan risau.

Rayyan hanya mengeleng kepalanya. Umur sudah 27 tahun pun percaya tentang hal itu lagi? Pelik-pelik sahaja Aliah ni.

" Karut je semua tu Aliah kita Orang islam tak elok percaya benda macam tu. " tegur Rayyan.

Sarah monyok. Sejak dapat tahu bahawa dirinya mengandung entah kenapa dia selalu moody. Tapi mungkin juga dia hanya ikut perasaan.

" Eh kau ni aku tua satu jam dari kau tahu sampai hati. Dah lah Adam tak boleh teman aku beli buku pasal bayi, kau pula kata aku percaya kan karut. Hmm. " rajuk Aliah.

Rayyan mengaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana nak aku nak pujuk ni? Erm selalunya Adam akan pujuk Aliah dengan..
Argh!

" Aliah, kita bayar buku ni pastu kita pergi makan baskin robbin ya? "

Aliah menjeling matanya.

" Fikir aku boleh tertipu dengan aiskrim lah? " soal Aliah.

Rayyan sudah buntu tak kan tak berkesan kot?

Aliah tersengih melihat muka adiknya termenung bagai tak betul itu.

" Dah lah jom! " Aliah menarik tangan Rayyan ke arah kaunter.

*******

Ratna melangkah keluar dari mahkamah. Dia menapak ke tempat letak keretanya. Entah mengapa dia terasa bagai diperhatikan. Hatinya berdebar dan segera dia masuk ke dalam keretanya dan keluar dari tempat itu. Beberapa minitnya kemudian dia perhati terdapat suatu kereta hitam mengekori keretanya.

Ratna menelan air liurnya. Sejak dari dia uruskan kes anak Tan Sri Hamid. Dia sering diekori. Tapi masalahnya dia dipihak Tan Sri tersebut malah kes anak Tan Sri itu menang kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan anak Tan Sri terlibat dengan kes tersebut. Dia tidak faham apa yang orang mahu darinya? Siapa yang ingin memburunya?

Krek! Tanpa Ratna sedar dia terlanggar bonggol jalanan di hadapannya dan membuatkan kepalanya terhantuk pada steering. Kereta hitam yang mengekorinya berhenti di belakangnya dan seorang lelaki keluar dari kereta itu dengan tergesa-gesa menghampiri kereta Ratna. Wajah lelaki itu kelihatan cemas. Lelaki itu jika tidak silap ialah anak Tan Sri Hamid, Azhar Syazmi.

Ratna membuka lock keretanya. Hanya ada dua kemungkinan sahaja, andai Azhar itu menpunyai niat baik maka dia akan dibawa ke hospital namun andai dia menpunyai niat jahat maka dia akan diculik. Ratna merisikokan dirinya dengan dua kemungkinan yang belum pasti.
Kepalanya yang berdenyut makin hilang. Matanya menjadi kabur dan pemikirannya tengelam dalam kegelapan. Badannya terasa sedikit ringan selepas itu.

Ratna terasa bagai kepalanya sudah ringan. Sedikit. Tiba-tiba dia disapa dengan membau sesuatu yang dia sedikit tidak menjangka. Bau ini ialah bau hospital kan? Dia juga dapat rasakan dirinya di atas katil empuk. Ratna menghela nafas lega. Dia tidak risikokan dirinya dengan sia-sia. Dia mesti berterima kasih pada Azhar kerana membawanya ke hospital...namun sebelum itu Ratna mahu berehat. Dia terasa lemah dan tersangatlah mengantuk. Biar dia tidur sebentar dan baru membuka matanya. Baru dia mahu melelapkan matanya dia terasa bagai ada tangan mengusap rambutnya dengan lembut. Rambut? Matanya dibuka secara mengejut. Dia terus bangun dari posisi terbaring dan memerhatikan kawasan sekelilingnya. Dia dapat merasakan sepasang mata memerhatikannya. Tunggu sekejap, Ini bukan hospital, Ini ialah..

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿
Bab tiga belas sudah siap. Apa yang akan jadi lepas ni? Tak ada siapa yang tahu. Seperti biasa νσтє ∂αn кσмєn.

Bila Cinta Bersatu Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu