Ratna Specιaℓ

7.4K 261 7
                                    

Tiga hari sebelum majlis Rienna, Ratna menerima panggilan bahawa dia dipinang... Azhar. Ergh. Last-last dia tak dapat pergi ke majlis perkahwinan Rienna. Kini dia di melaka. Esok... baru Azhar mahu jumpa dengannya. Dah lah dua hari lepas dia hantar mesej untuk balik kampung cepat-cepat. Dia punya lah rushing nak balik semalam. Akhirnya dia menghabiskan masanya makan buah mempelam di pondok kecil belakang rumah.

Sedang dia leka termenung, uminya sudah pun merapati di pondok. Tangan Uminya menyapanya lembut.

" Angah. "

Ratna memaling ke arah uminya.

" Ya mi? "

Uminya tersenyum. Dia memerhatikan anak daranya yang sudah besar panjang.

" Nanti bila jumpa Azhar, angah nak cakap apa? " lembut sahaja suara Uminya menyoal.

" Angah nak minta batal lah apa lagi? " kata Ratna jujur.

Uminya mengelengkan kepala. Dia tersenyum sikap anaknya yang sangat direct dan jujur itu membuatkan dia teringat pada Abahnya masa dulu-dulu.

" Angah, apa-apa pun angah dengar dulu apa yang dia nak kata ya? Dia ada cerita apa yang jadi antara Ratna dengan dia tapi itu baru permulaan. Umi tak nak angah menyesal sebab lepas ni tak akan ada peluang kedua dah. "

Ratna diam. Dia tahu apa yang uminya kata ada benarnya tapi.. Dia tidak boleh setiap kali dia mahu bayangkan apa yang terjadi dia rasa bagaikan dirinya ini dipermain. Dipermainkan orang kaya. Iyalah orang kaya, hidupnya sudah ditentukan. Entah macam mana lah keluarga Azhar membenarkan Azhar meminangnya entah.

" Tapi umi, dia tu orang kaya kita ni orang kampung je. Bukannya anak Dato lagi dah anak Tan Sri mi. Dia orang tak pandang orang macam kita ni. " kata Ratna.

Uminya memandang diam. Masih memikirkan apa yang boleh dikatakan. Anak perempuan keduanya ini, keras kepala sikit.

" Orang boleh ubah pendapat dia. Lagipun apa yang penting apa yang Azhar fikir. Jadi apa pun yang dia kata nanti, Ratna ambil masa untuk fikir dulu. Okay? " pesan Uminya.

Puan Marhaini mencapai buah mempelam. Ratna menyambung makan buah mempelam sambil memikirkan apa yang dikatakan uminya.

********

Ratna keluar dari bilik mandi dengan tuala membaluti tubuhnya. Dia bergerak ke cermin dan mencapai hair dryer. Kedengaran seperti bunyi enjin.

" Angah, Azhar dah sampai nak ambil angah ni! " panggil adiknya.

" Pandai-pandai datang awal pasal apa? Suruh dia tunggu! Sejam! " jerit Ratna.

Bunyi seperti kereta sudah dimatikan. Ratna mula mengeringkan rambutnya.

Bunyi tapak kaki merapati bilik Ratna. Azhar pasti Azhar kerana adiknya takkan berani masuk biliknya bila dia tengah angin.

" Berani masuk saya hempuk awak Azhar! " jerit Ratna.

Ratna menghentikan hair dryer. Rambutnya sudah pun separuh kering.

" Ini Umi, nak bagitahu yang beg baju Ratna kat luar ni. Ratna ada baju ke kat dalam? " soal Puan Marhaini.

Mata Ratna terbeliak. Beg baju dia dekat luar? Gulp. Macam mana ni?

" Umi tolong pass kan baju Umi... " kata Ratna merapati pintu.

Kedengaran seperti suara adiknya dan Azhar sedang ketawa. Ketawakan dia lah tu? Errgh!

Ratna membuka pintu biliknya hanya sedikit. Tangannya mencapai sesuatu.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now