ℓιмα ρυℓυн

8.4K 274 14
                                    

Setelah Rhys dan Adresia beredar, mereka duduk di bangku terdekat. Rayyan meletakkan begnya di hujung bangku. Amelia diam atau lebih tepat malu kerana teringat tindakannya meluahkan perasaannya kepada Rayyan.

' Kalau dia tak rasa benda yang sama maksudnya aku syok sendiri lah. Uwahhh tak nak ' tangis Amelia di dalam hati.

Rayyan mengalihkan pandangannya ke arah Amelia yang sedari tadi diam. Dia menarik nafas panjang sebelum berkata,

" Rayyan cintakan Amelia, Rayyan tahu selama ni Rayyan tak jujur tapi mungkin memang jelas perasaan Rayyan sekarang. Rayyan memang cintakan Amelia. Rayyan minta maaf sebab pernah sakitkan hati Amelia. "

Amelia membalas pandangan Rayyan. Dia terasa terharu dengan kata-kata Rayyan. Bagi lelaki yang tidak pernah memberitahu tentang perasaannya kepada orang lain seperti Rayyan. Itu sesuatu yang tak dapat dilupakan.

Wajah Rayyan sedikit merah mungkin dari rasa malu. Namun terus menyanbung,

" Saya tak ada cincin berharga tapi Amelia Katrina, sudikah awak menjadi kekasih halal saya? " lamar Rayyan dengan suara yang hanya mampu didengari Amelia.

Amelia terkejut. Tidak menyangka dia akan dilamar secepat ini. Pipinya membahang. Jantungnya berdegup laju.

" Saya...saya sudi " kata Amelia.

Rayyan tersenyum lega. Tiba-tiba sesuatu terlintas di benak fikiran Amelia.

" Ta...tapi saya tak rasa kita patut bagitahu parent saya dalam masa terdekat ni " kata Amelia lagi.

Rayyan diam menanti Amelia untuk menyambung penjelasan Amelia.

" Saya bukan tak suka saya gembira awak lamar... Saya gembira cuma tak tahu nak jelaskan apa dekat mak saya. Saya baru putus tunang kan? "

Rayyan mengangguk faham.

" Saya...saya akan jumpa keluarga awak dan jelaskan semuanya " kata Rayyan

Amelia tidak tahu apa yang patut mereka buat ketika ini.

" Tapi takkan awak nak jujur pasal semuanya? " soal Amelia.

Amelia bukan apa tapi patut ke mereka jujur?

" Saya nak ambil awak sebagai isteri saya Amelia, takkan kita nak mulakan suatu perhubungan suci dengan suatu penipuan? "

Wajah Amelia memerah. Akhirnya Amelia hanya mengambil keputusan untuk menganggukkan kepalanya.

********

Amelia dalam dilemma. Tadi mak nya menyoal beribu soalan kenapa dia memutuskan pertunangan dengan Mikhail. Bila dia kata tak ada jodoh. Puan Aisah mengugutnya untuk menceritakan dari A sampai Z.

Tapi sudah pasti Amelia tidak menceritakan apa-apa lagi. Dia cuma kata nanti dia akan jumpa mak nya dan menjelaskan segalanya.

Andai mak nya tidak suka Rayyan macam-mana? Walaupun mereka pernah berjumpa tetapi fikiran manusia berubah-ubah.

Amelia memusingkan tombol pintu rumahnya. Ratna yang sedang mengunyah potato chip sambil melayan Running Man memalingkan pandangan ke arah Amelia.

" Oi dah balik? " soal Ratna.

Amelia mengelengkan kepalanya.

" Assalamualaikum. Tak lah baru nak keluar " balas Amelia.

" Waalaikumusalam. Uish moody bak hang. Dengan aku je ke memang moody? " soal Ratna lagi.

Amelia mengeluh sambil menanggalkan kasutnya.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now