тιga ρυℓυн ѕαтυ

7.4K 329 4
                                    

Amelia memindah semua hadiah yang diterimanya ke dalam kereta. Sejujurnya dia tidak pernah lagi menerima hadiah sebanyak itu.

Mikhail keluar dari rumahnya dan merapati Amelia yang sibuk memasukkan hadiah ke dalam kereta kancilnya. Amelia menutup pintu keretanya lalu memaling ke arah Mikhail yang tersenyum.

" Ya Mikhail.. Kenapa tengok saya macam tu? "

Mikhail menggelengkan kepalanya dan memandangkan ke langit membuatkan Amelia membuat perkara yang sama.

" Cantik kan bintang masa malam- malam? " soal Mikhail lebih kepada penyataan.

" Cantik.. Tapi saya tak suka pandang lama-lama " kata Amelia lalu memandang tepat ke arah Mikhail.

Mikhail mengerut dahinya.

" Kenapa? " Mikhail memerhatikan Amelia yang tersenyum nipis.p

" Sebab kalau saya pandang lama-lama nanti saya akan harap langit esok akan cantik macam hari ni. Kita tak boleh sentiasa berharap perkara akan kekal sama kan? " jawab Ameia.

Mikhail diam. Entah kenapa kata-kata Amelia bagai terkesan padanya.

" True "

Amelia hanya diam. Membuatkan Mikhail bersuara,

" Saya ada benda nak bagi awak... "

Mikhail memberi kotak berbalut hadiah yang Mikhail pegang sedari tadi.

" Apa ni? " tanya Amelia sambil memerhatikan kotak hadiah berbentuk kuboid itu.

" Awak balik nanti, awak buka okay? "
Amelia menganggukkan kepalanya.

" Gaji saya dah naik belum? " soal Amelia.

Dia memandang Mikhail sambil mengangkatkan kedua-dua keningnya.

Mikhail hanya tergelak kecil dengan gurauan Amelia.

" Kalau awak nak gaji naik, awak kena naik pangkat lah " gurau Mikhail pula.

Amelia menyengetkan ke kanan.

" Jadi apa pula? " tanya Amelia dengan blur.

" Isteri saya " selamba sahaja nada suara Mikhail .

Serentak itu lengan Mikhail ditampar Amelia. Mikhail mengaduh sakit. Dia mengosok lengannya perlahan

" Garangnya secretary saya ni gurau sikit pun tak boleh. "

Amelia menggelengkan kepalanya.

" Dah saya dapat boss gedik! Mesti lah garang. Dah lah tangan keras, sakit tangan saya tampar tau! Banyak lemak lah tu " gurau Amelia lagi.

Mata Mikhail membuntang mendengar perkataan 'lemak'

" Ini muscles lah perempuan! " geram Mikhail dibuatnya.

Amelia memuncung bibir sebaik sahaja dipanggil perempuan. Mikhail pula hanya menjelirkan lidahnya.

" Macam budak-budak! " kata Rienna yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka.

" Abang orang lagi tua dari adik okay? "
" Amelia lagi tua dari Rienna okay? "

Serentak mereka bersuara. Membuatkan Rienna terdiam. Mikhail dan Amelia menjeling sama sendiri.

" Okay.. " kata Rienna.

Rienna menggelengkan kepalanya dan beredar dari situ. Baik dia tolong kemas rumah yang bersepah sebab party dari layan dua orang yang tak berapa nak matang tu.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now