dυa

16.6K 643 1
                                    

Dua minggu berlalu begitu pantas, Jari jemari Amelia sibuk menaip kerja yang harus dihantar sebelum balik. Jam menunjukkan sudah pukul 4.30 petang. Kerja yang diberi Mr Lee sudah hampir siap jadi Amelia tidak terlalu mengelabah.

"Amelia.. " panggil Kak Aida, rakan sekerja Amelia yang duduk bersebelahan Amelia. Amelia menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

" Ya saya? " balas Amelia pendek.

Kak Aida memerhatikan Amelia dengan rasa ingin tahu. Laila dan Haikal yang duduk di hadapan Amelia dan Kak Aida juga turut memerhatikan Amelia.

"Amelia nampak rapat dengan Rayyan sejak kebelakangan ni, tu yang nak tanya ni. Kau orang ada hubungan apa-apa ke? " soal Kak Aida.

Amelia tergelak. Haikal, Laila dan Kak Aida memandang sesama sendiri.

" Mana ada kita orang kawan je lah. " kata Amelia.

' Kalau lebih dari kawan pun apa salahnya ' bisik Amelia di dalam hati.

Amelia mengelengkan kepalanya. Asyik berangan je dia ni.

" Cehhh! Ingatkan kawan kita ni adalah hubungan dengan boss. Baru ingat boleh makan nasi minyak. " kata Haikal.

Amelia dan Kak Aida tersengih.

" Ehh dah lupa ke boss kita bukannya Encik Rayyan tapi Mr Lee kesayangan hang tu? " soal Laila.

Haikal membuat muka tak relanya. Laila tersengih dengan gelagat Haikal itu. Kak Aida hanya menggeleng kepala malas mahu melayan. Dia terus menyambung kerjanya.

"Menyesal rasanya dapat bo.." Haikal tiba-tiba berhenti.

Kak Aida dan Amelia pelik apabila menoleh baru sedar rupanya Mr Lee berada di belakang Kak Aida dan Amelia.

" Menyesal apa ya Haikal? " soal Mr Lee tegas dengan pelat cinanya.

Haikal sudah cuak manakala yang lain menahan diri dari gelak.

" Me.. menyesal tak hargai Mr Lee sebagai boss yang sangat berdedikasi " kata Haikal menutup hakikat sebenar yang ingin dikatakan.

Mr Lee mengangkat keningnya.

" You better be. Anyway , Amelia send me the work I gave you before you go home. " kata Mr Lee sebelum meninggalkan mereka.

Tawa mereka pecah. Haikal melepas nafas lega namun cepat-cepat memuncungkan mulutnya, merajuk kerana digelakkan. Laila dan Kak Aida terus mengejek Haikal. Amelia hanya tersenyum kalau dilayan mereka lama-lama tak siap kerjanya. Dia lekas menyambung kerjanya.

**************

Amelia keluar daripada bilik Mr Lee. Dia berasa lega kerana tugas yang diberi telah sempurna disiapkan. Amelia mendapati Kak Aida dan yang lain sudah balik rumah. Dia mengeluh kecil seraya berbisik,
' Dia orang ni bukannya nak tunggu '

Amelia bergerak ke mejanya dan mencapai beg tangannya. Matanya jatuh pada sticky note yang terlekat pada skrin laptop.

Akak kena balik cepat anak akak sakit maaf tak dapat tunggu Amelia. Laila dan Haikal pula teman akak balik. Maaf sangat ya tak dapat hantar Amelia balik.

- Aida .

Amelia mengangkat bahunya. Nak buat macam mana anak Kak Aida sakit. Tiba-tiba Rayyan keluar dari biliknya. Matanya terhenti ke arah Amelia.

" Eh Amelia, tak balik lagi ke? " soal Rayyan. Mata Amelia berkeliaran mencari Rayyan.

" Nak balik lah ni, Nak telefon teksi jap. " balas Amelia.

Rayyan mengerutkan dahinya.

" Eh? Bukan Amelia naik kereta ke? " soal Rayyan.

"Kereta masuk bengkel, ada rosak sikit. " ujar Amelia. Rayyan menganggukkan kepala. Dia memerhatikan gadis itu.

" Nak saya hantar? " pelawa Rayyan.

Memandangkan banyak kes-kes yang tidak sedap didengar sejak kebelakangan ini berkenaan teksi.

" Boleh ke? " soal Amelia pula.

" Kenapa tak boleh pula? " kata Rayyan.

" Takut menyusahkan pula lagipun Encik Rayyan nak ke tolong saya? Saya kerja pun bawah-bawah je. " kata Amelia merendah diri.

" Tak adalah, pangkat tak ada kaitan dalam hal ni. Tolong-menolong amalan mulia. Lagipun Amelia perempuan tak elok balik seorang-seorang. Oh ya saya pernah cakap tak perlu ber encik" balas Rayyan.

Amelia mengangguk kepala.

"Okay Enc.. err Rayyan.." kata Amelia sedikit kekok.

Amelia tersengih. Tak biasa rasanya mahu menyebut nama. Tambahan pula dia selalu memandang tinggi pada Rayyan.

Rayyan dan Amelia keluar dari pejabat. Mereka senyap, Rayyan sibuk menaip di telefon pintarnya. Mungkin dia menghantar pesanan ringkas. Manakala Amelia hanya mendiamkan diri. Amelia mengalihkan pandangannya kepada lelaki di sebelahnya. Sambil menunggu lift Amelia menyoal Rayyan.

" Umur Rayyan berapa ya? " soal Amelia sekadar memecahkan sunyi.

" Hm? Umur saya 27, Amelia? " tanya pula Rayyan sambil menutup telefonnya dan meletakkan ke dalam kocek seluar.

" Ohh.. saya 24 tahun." jawab Amelia.

Rayyan mengangguk kepalanya.

Ting! Pintu lift terbuka. Sebaik sahaja memasuki lift, Rayyan menekan tingkat G. Sebaik sahaja lift bergerak, lampu lift terpadam. Mereka memandang satu sama lain dengan rasa terkejut. Mereka sendiri tidak tahu apa yang terjadi namun apa yang pasti lift sudah berhenti bergerak.

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Masih mengharap novel ni mendapat sambutan! We can do this guys! Chaiyokk! Hehe. BTW terdapat perubahan di Sinopsis dan itu adalah perubahan terakhir. Maaf andai terdapat kekeliruan.

- Asyiqinzaed

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now