eмpaт ρυℓυн тιgα

7.5K 277 4
                                    

Setelah segala urusan Rienna selesai kesibukkan Mikhail kembali seperti biasa. Tangan Mikhail laju menaip pada komputer ribanya. Sejak kebelakangan ini makin banyak projek yang diterima. Memang dia bersyukur tapi nampaknya dia akan jadi dua kali ganda lebih busy dari biasa. Buat masa seketika ini dia agak sukar untuk meluangkan masa dengan keluarganya dan juga Amelia. Bukannya Dato Hussein tidak menawarkan Adrian untuk berkerja dalam Indaman Sdn Berhad tetapi Adrian tidak mahu berhenti menjadi doktor. Apa yang merunsingkan Mikhail ialah lagi enam bulan majlis akad nikahnya dengan Amelia. Dia harus mengosongkan jadualnya untuk fitting baju dan sebagainya.

Tuk! Tuk!

Pintu bilik Mikhail diketuk.

" Masuk " arah Mikhail masih lagi tidak memerhatikan siapa yang ingin masuk biliknya.

Pintu biliknya diselak dan bunyi tapak kaki merapati mejanya. Mikhail mengangkat kepalanya dan kelihatan Amelia sedang memegang buku notanya.

" Ya Amelia? " lagak Mikhail professional.

Walaupun mereka sudah pun bertunang tapi mereka masih lagi mengekalkan status bos dan pekerja. Mikhail tidak mahu mencampurkan kerja dan hubungan mereka.

" Encik Mikhail, minggu hadapan encik ada meeting dengan orang dari pihak Saujana Sdn Berhad. Tarikh yang sama dengan tarikh kita... fitting baju nikah. Patut saya tangguhkan tarikh fitting atau.. " kata-kata Amelia dipotong Mikhail.

" Tak, tak perlu cuma tolong hubungi pihak mereka dan bagitahu kita nak awalkan masa meeting tu. Fitting sepatutnya pukul 1.00 petang kan? Kata dengan dia orang kalau boleh saya nak meeting itu habis pada pukul 12 tengah hari. " jelas Mikhail.

Amelia diam dan memandang Mikhail serious.

" Maksudnya meeting tu akan mula lebih awal? Encik Mikhail okay dengan tu? Saya risau kalau pihak mereka tidak bersetuju... " kata Amelia risau.

Mikhail diam. Sepatutnya mereka memeriksa andai tarikh tidak bercampur begini. Tapi dia tidak mahu membatalkan kedua-dua perkara itu.. Dia kembali memerhatikan Amelia.

" Kalau tak boleh saya akan cuba balik awal. Jadi tolong pesan juga pada butik tu yang saya mungkin akan datang lambat okay? "

Amelia menganggukkan kepalanya dan mula bergerak ke arah pintu.

" Amelia. " panggil Mikhail tiba-tiba.

Amelia memaling ke arah Mikhail yang kelihatan sedikit bersalah itu.

" Saya minta maaf okay? " pinta Mikhail.

Amelia tersenyum dan berkata,

" It's okay, Bos Sado "

Mikhail tersenyum nipis dengan panggilan Amelia. Amelia membuka pintu dan sudahpun keluar dari bilik Mikhail. Mata Mikhail kembali kepada laptopnya.

***********

Amelia bersandar di sebalik pintu Mikhail. Dia menghela nafasnya perlahan. Dia takut, segalanya berlaku terlalu cepat. Andai dia tak dapat cintakan Mikhail apa yang patut dia buat? Amelia mengeleng kepala. Dia berserah kepada takdir dan andai jodohnya dengan Mikhail kuat, mereka akan berkahwin juga.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now