ℓapan

10.3K 383 6
                                    


Seminggu, itulah betapa lamanya Amelia berjuang dengan Mikhail Qairul. Ya, berjuang. Mungkin bagi gadis lain ini adalah peluang terbesar untuknya menjadi menantu orang kaya. Tapi tidak, tidak sama sekali. Mikhail walaupun orang lain nampaknya sebagai seorang yang riang dan berkeyakinan namun Amelia hanya mampu membayangkan Mikhail sebagai seorang manusia yang memilih, kejam, tak berhati perut dan overall annoying as hell!

Boleh ke dia buat Amelia berulang alik ke Pantry sebanyak lima kali sekaligus semata-mata untuk air milo. Malah apa yang paling tidak logik dia mahu Amelia membuat air milo yang sama seperti kilang tapi panas. Siapa yang dalam dunia ni boleh buat air milo yang sempurna selain kilang milo itu sendiri? Tiada! Jika ada pun kemungkinan besar Mikhail akan menghantar Amelia bertapa dengannya.

" Mamat selfish!! " tanpa sedar Amelia sedikit menjerit.

Namun mujur kawasan bilik CEO tidak dikelilingi ramai orang maka hallway agak lengang.

Apa yang lebih menyakitkan hati ialah setiap gerak gerinya diperhatikan Mikhail. Lelaki itu cukup paranoid untuk meletakkan camera berhadapan mejanya. Entah berapa banyak gambar buruknya Mikhail ada pun dia tidak pasti.

Krik. Pintu Mikhail dibuka.

" Hey! Busy ke wak? " soal Mikhail tiba-tiba.

Amelia menjeling. Boleh dia tanya soal itu? Sedang kerja pun dia tak bagi lagi. Amelia terasa macam orang bodoh sahaja termenung.

Dia rindu dengan Rayyan. Agaknya Rayyan dah balik ke belum? Agaknya Rayyan peduli ke dia dah tukar tempat kerja? Agaknya Rayyan sedar atau tidak dia sudah tiada? Ergh. Akhirnya Amelia hanya membiarkan Mikhail sendiri.

Mikhail tersengih menampakkan giginya. Bukan selalu dia kena pinggir dengan perempuan ni. Bila kena pinggir dengan Amelia rasa best pula.

" Cat, awak tahu berebut perempuan kat luar sana nak bercakap dengan saya. Rugi tau kalau awak tak ambil peluang awak. "

Sekali lagi Amelia menjeling Mikhail tajam. Fikir dia kisah? Rayyan tetap di hati okay? Kejap Amelia ni fangirl Rayyan ke macam mana? Akhirnya Amelia tergelak kecil.

Mikhail merenung Amelia dengan excited. Bukan selalu dia dapat melihat Amelia tergelak. Tapi mengapa gadis itu tergelak? Dia ni kelakar ke? Hee dah tahu dah.

" Saya bukan gelak sebab Encik okay? Tolonglah jangan perasan. Saya bukan macam perempuan lain. Tak ada taste. Entah apa lah yang dia orang nampak dalam Encik pun saya tak tahu. Buta agaknya. " Dengan sinis Amelia mematikan bayangan Mikhail.

Senyuman Mikhail hilang. Moodnya sudah hilang. Dia terus masuk ke biliknya.

Amelia masam. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia begitu kejam dengan Mikhail. Kejap, ya dia tahu. Mikhail buat dia tinggalkan kerjanya dimana dia boleh melihat Rayyan setiap hari dan ya dia ada hak untuk lepas geram kepada Mikhail.

Tidak sampai 5 minit Mikhail kembali dengan kertas yang agak banyak. Dia meletakkan kertas-kertas itu di atas meja Amelia.

" Buat semua ni dan hantar sebelum balik. Selagi tak siap selagi tu awak tak boleh balik. "

Mata Amelia terbeliak. Semua ni?! Bagi dia seminggu pun belum tentu boleh siaplah.. Itulah orang kata, kerana mulut badan binasa. Dia memandang Mikhail dengan mata comel dan mengharap Mikhail akan menarik balik keputusannya.

Mikhail menjelingnya lalu pusing menghadap pintunya sebelum berkata--

" Kalau awak minta maaf dan betul-betul menyesal dengan apa yang awak kata tadi, saya akan fikir balik. "

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now