ℓιмα ρυℓυн ∂υα

8K 254 7
                                    

Amelia keluar dari pintu rumahnya dan menuju ke arah kereta kesayangannya. Sudah agak lama dia tidak menggunakan keretanya ini. Tiba-tiba notification telefon Amelia berbunyi. Amelia memasuki keretanya dan terus mengambil telefonnya. Oh, mesej dari Rayyan. Senyuman tersimpul di bibir Amelia setelah habis membaca mesej itu.

Assalamualaikum, gd morning. : )

Amelia mula menaip mesej dengan rasa gembira.

W'salam! Gd morning juga ; )

Amelia menekan butang hantar dan meletakkan telefonnya di hadapan tempat handbreak. Dia terus menghidupkan enjin kereta.

" Weh sekejap! " suara Ratna menghentikan Amelia dari mula bergerak.

Amelia membuka tingkap keretanya.

" Kenapa? " soal Amelia pelik dengan Ratna yang masih belum bersiap.

Selalunya dia sudah mula memakai kemeja putih, skirt labuh berwarna hitam dan tudung hitam kerana itu adalah dress code bagi peguam. Wajah gadis itu sedikit merah.

" Kenapa ni? Kau demam ke? " soal Amelia lagi.

Ratna menganggukkan kepalanya.

" Aku nak minta tolong kau pulangkan buku ni dekat perpustakaan yang aku selalu pergi tu. Harini last day kena pulangkan. Boleh? " soal Ratna.

Amelia menganggukkan kepalanya dan mencapai buku yang dihulurkan dan juga kad library Ratna.

Amelia memerhatikan buku yang dipinjam Ratna. Buku tentang Islamic Law.

" Terima kasih weh " kata Ratna dengan suara serak.

Amelia memandang ke arah Ratna dengan kasihan.

" Kalau syarikat tu tak busy dah lama aku ambil cuti jaga kau. " kata Amelia sedikit kesal.

Ratna mengelengkan kepalanya.

" It's okay. Aku masuk dulu eh. " kata Ratna sebelum dia masuk ke dalam rumahnya.

Sekali lagi telefon Amelia bergegar membuatkan Amelia terus mencapai telefonnya.

Dah makan belum?

Amelia membalas 'dah' dan terus menuju ke arah destinasinya.

********
Setelah memulangkan buku Ratna, Amelia terus menuju ke arah tempat kerjanya. Dia seperti biasa awal ke tenpat kerja. Iyalah dia kena kemaskini jadual Mikhail dan memastikan tiada yang bercanggah dengan waktu Mikhail.

Amelia berjalan keluar dari pintu lift dan melangkah laju. Dia terhenti di suatu susuk yang terduduk lemah di hadapan bilik Mikhail. Matanya terbeliak.

" Mikhail! "

Amelia meluru ke arah Mikhail. Mikhail menggelengkan kepalanya.

" Tak saya okay... Cuma bagi saya reh.. " kata lelaki itu sebelum lelaki itu pitam.

Amelia mulai gelabah. Apa yang patut dia buat? Ya Allah terkejut melihat Mikhail begitu. Amelia mengeluarkan telefonnya dan mula menelefon ambulance.

Bila Cinta Bersatu Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora