ємραт ρυℓυн єnαм

7.4K 274 9
                                    

Setelah beberapa minit mereka bersembang dan berjalan sekitar shopping mall itu mereka akhirnya berhenti suatu kedai menjual alat tulis. Mikhail dan Sofea masuk ke dalam.

Mikhail mencapai barang yang diperlukan.

" Macam yang saya cakap lah dulu rajin juga pergi melancong semua tu tapi sekarang dah tua tak larat " gurau Mikhail.

Sofea tergelak.

" Larat lagi apa. Badan sado tak larat apanya. "

Mikhail mengelengkan kepalanya.

" Ini pun dah jarang pergi gym. Oh ya dari tadi cakap pasal saya, Sofea pula macam mana? " kata Mikhail.

" Hmmm saya tak ada apa yang menarik kot? Kalau saya pergi melancong ke apa saya pergi ramai-ramai dengan member. Tapi iyalah kalau banyak kepala mestilah banyak masalah kan tu yang lepas ni kalau nak melancong maybe dua orang, tiga orang je. " kata Sofea.

Mikhail menganggukkan kepala. Jarang dia jumpa orang yang sama minat suka melancong dan buat aktiviti macam pergi hutan ni semua. Lagi-lagi perempuan.

" Well mungkin lepas ni kita boleh pergi travel sama-sama... "

Sofea sedikit berdebar. Ah hati ni suka betul dia main-main waktu macam ni.

" Sekali dengan Amelia " sambung Mikhail sambil tersenyum mesra.

Sofea terasa sedikit hampa. Namun cepat-cepat dia hilangkan perasaannya itu. Mikhail ni tunang orang! Jangan mengada-ngada pula sekarang ni Sofea.

********

Adresia bangun dari meja itu. Dia terus berjalan pergi dari mereka. Membuatkan semua terkedu. Rayyan ingin bangun dan mengejar Adresia namun Rhys hanya mengelengkan kepalanya.

" She needs time to think. Let me go after her. " kata Rhys.

Rayyan diam. Ah tak guna! Dia tahu Rhys sempat sahaja untuk menangkap Amelia dari jatuh tapi dia dengan automatik menolong Amelia.

" Saya minta maaf, sebab saya awak dengan Adresi.. "

" Amelia, tak apa saya okay. Nanti saya cakap dengan dia. " kata Rayyan.

Amelia diam. Keadaan menjadi makin rumit dan ini semuanya disebabkannya. Aariz terkebil-kebil, tidak memahami apa yang berlaku.

" Auntie! Ayiz nak bubur! " kata Aariz.

Amelia tersenyum paksa.

" Okay okay kita pergi makan okay? "

" Okay! " balas Aariz riang.

Amelia dan Aariz sudah pun bergerak dari situ. Rayyan mengeluh. Sejak balik ke Malaysia mereka asyik bergaduh sahaja.

********

Adresia bergerak laju dari situ. Ah bencinya. Salah ke kalau dia nak rasa cemburu? Dia yang bercinta dengan Rayyan tapi entah kenapa Amelia yang lebih dikisahkan Rayyan. Bagaikan dirinya ini langsung tiada nilai...

Walaupun Rayyan tidak berkata apa-apa. Dia sendiri tahu lah. Rayyan sering memikirkan Amelia. Dan bila Amelia kata dia sudah pun fitting baju pengantin, muka Rayyan berubah. Adresia bukannya kenal Rayyan sehari dua untuk tidak mengenali riak muka Rayyan yanh berbeza dan Adresia bukannya sebegitu lurus untuk mempercayakan Rayyan langsung tidak ada hati pada Amelia.

" Hey.. " suara Rhys menyapanya.

Adresia mengeluh. Katalah dia mengada tapi dia lebih mengharapkan Rayyan yang mengejar dia bukannya lelaki yang sentiasa memberi aura menyakitkan hati ni.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now