тιga ρυℓυн

7.9K 325 7
                                    

Amelia memegang mug milo sambil bersandar di dinding pantry. Dia hanya termenung sambil menikmati milonya. Sejujurnya dia lupa tarikh hari ini. Tapi dia terlalu malas untuk memeriksa. Lagipun jika hari ini harijadinya pasti Ratna, Mikhail dan lain-lain sudah ucapkan selamat hari jadi.

Bercakap pasal hari jadinya, dia terasa bagai sudah lupa rasa excited menunggu birthday seperti kanak-kanak kecil. Tapi nak cakap dia sudah berfikiran matang pun tak juga. Kejap dia nampak matang ke?

Wah mungkin selama ni semua orang fikir dia matang. Amelia tersengih bangga. Ma.. Kejap orang matang mana yang boleh lupa kedai mamak tutup lepas kawan dah bagitahu? Okay... Mungkin dia tak sematang yang disangka.

Mata Amelia terbeliak. Jadi selama ni semua orang fikir dia ni tak matang lah? OMG maknanya reputasinya sebagai heroin sudah terjejas. Ehem, apa dia merepek ni?

" Amelia? " suara garau memanggilnya dari jauh.

Sekali gus mematikan berangannya. Amelia meletakkan mug ke singki dan memeluk dinding keluar pantry untuk memerhatikan siapa yang memanggilnya.

" Ceh, Mikhail je ke? " kata Amelia perlahan.

Mikhail memandangnya dengan mata tak puas hati.

" Kalau saya je pun kenapa? Tak excited? "

Amelia tergelak bagaikan kata-kata Mikhail itu adalah perkara paling lawak dia dengar bulan ini.

" hahahaha of course lah! Lain lah kalau awak ni GD ke Taeyang ke baru lah saya excited. " kata Amelia.

Mikhail mengerutkan dahinya seribu. Nampak gayanya kalau dia sentiasa mengerutkan dahinya hilang lah rupa kacaknya. Kejap kacak ke?

" Hensem sangat ke kpop tu? Saya lagi hensem " ujar Mikhail dengan senyuman bangga.

Amelia membuat muka gelinya yang cukup famous itu. Membuatkan Mikhail menggelengkan kepalanya.

" Anyway, datang sini takkan awak nak peluk dinding tu selamanya kan? Baik peluk saya... ehem maksud saya datang sini cepat. " arah Mikhail sesuka hati.

Amelia hanya menurut perintah memandangkan Mikhail boss tapi kalau kat luar dia 'no,no,no,no!'.

" Ha nak apa? " kasar je suara Amelia.

Mikhail mengeluh kecil melihat reaksi Amelia.

" Cuba senyum sikit, macam mana gaji nak naik ni? "

Amelia mula memasang senyuman yang tersangat lah ikhlas... atau sebaliknya.

" Ya Tuan Mikhail, ada apa-apa saya boleh bantu? " lembut je suara Amelia walaupun hakikat dia mahu cekik-cekik je lelaki dihadapannya ini.

" Ha bagus! Tapi sayangnya gaji awak tak naik. Anyway berbalik pada topik asal. Saya nak awak dengan rela hatinya hantar bungkusan ni dekat rumah saya, 5.00 petang ni. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Faham? " Mikhail menghulurkan bungkusan itu.

Amelia mengambil bungkusan tu dengan curiga.

" Ha... Dadah eh! Awak nak jadikan saya keldai dadah kan? "

Mikhail tergelak kecil dengan kata-kata Amelia.

" Keldai? Mungkin. Dadah? Tak. Oh ya jangan memandai buka eh? Kalau tak saya potong gaji awak jadi zero " ugut Mikhail separuh serious.

Amelia menelan air liurnya. Zero? Kalau jadi zero nanti Ratna halau dia dari rumah lepastu.. lepastu dia pakai kertas surat khabar jadikan baju. Lepastu badan dia berbau... Tidak!! Walau apa pun jadi dia takkan buka bungkusan mencurigakan ni, yup..

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now