dυa pυℓυн тυʝυн

7.6K 315 13
                                    

Sejujurnya pulang sahaja rumah dia memberi tahu pada Ratna apa yang terjadi setelah dia memberitahu perasaannya pada Rayyan.

Ratna membebel tak puas hati, katanya andai hancurkan perasaan perempuan itu jenayah pasti ramai lelaki berada di jail. Ratna juga kata jangan fikirkan sangat pasal Rayyan.

Amelia terbaring di atas katilnya. Dia memeluk teddy bear nya yang tidak diberi nama itu. Dia masih lagi  memikirkan tentang Rayyan. Okay jujurlah siapa yang boleh lupakan orang yang dicintanya?

Lagipun masih segar diingatnya apa yang terjadi ketika di office.

Amelia menjadi malu bila dia fikirkan betapa tak tahu malunya dia. Bak kata pepatah perigi cari timba. Tapi nak buat macam mana timba tu bengap semacam.

Hehe tak salah kutuk crush sendiri kan kejap.. Ex crush. Eh sabar tengah feeling sedih boleh pula kena kacau dengan diri sendiri.

Tengah Amelia sibuk berangan.. Tidak bersedih di dalam hati boleh telefonnya berbunyi. Pengacau betul! Tapi akhirnya Amelia mencapai telefonnya.

Amelia ~ hai apa khabar. Amelia tahu tak Adam jahat dia tak bagi Aliah tengok rancangan masakan dah minggu ni. Oh ya btw macam mana dengan Rayyan? Saya dpt rasa dia macam cuba sorok sesuatu. Bila saya call dia tak nak bgtahu

Amelia terkebil-kebil membaca mesej Aliah. Panjangnya.. Akhirnya Amelia menaip dan membalas mesej Aliah.

Khabar baik... Kot? Tak apa lah nanti kalau Aliah tengok rancangan masakan Aliah mengidam. Pasal Rayyan... Dia, dia reject saya. Maybe dia tak nak awak tahu dia rasa serba salah ke apa.

Amelia memerhatikan mesej yang dan terus menutup telefon bimbit. Dia baru mahu pejam tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi. Amelia mencapai telefonnya.

Hello princess! Goodnight. Mimpi pasal saya kayy

Amelia tersengih tak berapa ikhlas membaca mesej dari Mikhail. Tangannya perlahan-perlahan membalas.

Kalau saya mimpi awak nanti saya tak boleh bangun dah! Mimpi ngeri! Goodnight.

Amelia tersenyum. Dia meletakkan telefonnya dan kembali memeluk teddy bear berwarna coklat gelap itu dengan erat. Ting! Lagi satu mesej masuk. Mulanya ingatkan mesej dari Mikhail tapi tidak... Dari Rayyan.

Amelia, I'm so sorry psl pagi tadi if saya sakitkan hati awak. Tapi saya harap kita still boleh jadi kawan...?

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now