ємραт вєℓαѕ

8.8K 345 4
                                    

Bilik tidur? Ratna memalingkan matanya kepada matanya memerhatikannya . Hatinya sudah berdebar. Azhar Syazmi sedang memandangnya dengan tenang. Ratna mengerutkan dahinya. Dia tidak patut buka kunci keretanya. Kenapa, kenapa dia percayakan lelaki ni. Matanya jatuh pada pakaian. Masih baju yang sama dipakainya ketika dia pengsan.

" KENAP.. Argh! " baru Ratna mahu meninggikan suara terhadap Azhar namun kepalanya kembali berdenyut.

Tangannya terus memegang kepalanya yang berbalut. Sakit! Azhar merapatinya perlahan. Lelaki itu menolak Ratna baring.

" Rehat dulu, awak tak okay lagi. Jangan menjerit " pesan Azhar lembut.

Ratna menepis tangan Azhar dengan kasar. Kepalanya dipaling kekiri. Dia tak cukup kuat untuk lari dari sini dan kunci keretanya juga mungkin di Azhar. Ergh! Sakitnya hati.

" Kenapa saya kat sini? " soal Ratna perlahan namun dingin.

Wajah Azhar tidak sikit pun diperhati. Dia dapat rasakan Azhar bergerak sedikit jauh.

" Saya bawa awak kat sini, Saya nak bawa awak pergi hospital tapi saya tak ada maklumat tentang awak, Ratna. " balas Azhar dengan alasannya.

Ratna tersenyum sinis. Terasa mahu tergelak pun ada. Dia memalingkan pandangannya ke arah Azhar. Jika lelaki itu fikir dia boleh tipu seorang peguam maka dia salah. Matanya merenung tajam ke arah Azhar.

" Tak tahu maklumat? Ouh klasiknya cara penipuan awak, Azhar Syazmi. Kalau tak ada maklumat hospital akan tunggu pesakit sedar dan tanya pesakit tersebut tentang latar belakang dia atau dia orang akan periksa beg pesakit. Saya rasa awak pegang beg tangan saya kan! " bentak Ratna.

Azhar Syazmi hanya tersenyum lemah bagai tiada alasan lagi untuk dikatakan. Mungkin dia memang tidak patut menipu seorang peguam? Azhar hanya menggeleng kecil sebelum melangkah ke pintu.

" Nanti saya terangkan. Buat masa sekarang ni awak duduk je disini dulu. Kat dalam almari ada baju saya sediakan untuk awak. Saya rasa sia-sia je kot kalau awak cuba lari. Saya tahu awak terlalu bijak untuk buat tindakan terburu-buru. Saya tak ambil masa awak lama. Sampai awak okay je. Selamat malam. " ujar Azhar sebelum keluar dan mengunci pintu.

Ratna mengetap bibirnya. Jadi sah lah dia diculik. Matanya berlilau dan terhenti pada tingkap. Walaupun dia cuba lari mengikut tingkap itu, Dia tak dapat pergi jauh. Lagipun dia tidak tahu dimana dia berada. Ratna mendengus kasar. Kepala masih lagi berdenyut dan tiada tanda mahu berhenti. Ratna melelapkan matanya. Kata lah dia cuai untuk tidur saat diculik namun lagi cepat dia sihat, lagi cepat dia boleh keluar dari sini. Lagipun pada saat ini mungkin Amelia sudah sedar kehilangannya.

***************

Amelia sudah cemas. Mana..mana Ratna? Dia balik-balik sahaja Ratna tiada di rumah. Namun setelah berjam-jam gadis itu tiada juga Amelia sudah panik. Dia ingatkan Ratna pergi rumah mama Ratna tapi bila hubungi, tiada! Mujur mama Ratna tidak syak apa-apa. Mana harus dia cari ni? Tak akan lah kes Ratna di mahkamah belum habis lagi? Dia sudah menelefon office Ratna mengatakan dia sudah pulang. Amelia memicit kepalanya yang tidak pening. Patut kah dia buat laporan polis? Tapi apa perlu dia kata? Dia perlu ada seseorang untuk meluahkan semuanya dan temannya membuat laporan polis.

Rayyan! Namun cepat-cepat Amelia mengeleng. Dia ada girlfriend... Lalu Amelia terus mencapai telefonnya dan mendail nombor Mikhail. Bukan apa namun dia betul-betul sudah buntu dan tidak tahu lagi siapa yang patut dihubunginya.

" Hello? " suara Mikhail menyapa telinga Amelia.

" He..llo.. ni saya Amelia, saya nak minta tolong Encik boleh? " pintanya perlahan.

" Oh Amelia? Minta tolong apa ni? " soal Mikhail kedengaran selamba.

Amelia menelan air liurnya. Dia tidak tahu mahu mulakan bagaimana.

" Erm, saya nak minta tolong Encik teman saya pergi balai polis. "

MIkhail mulanya hanya diam namun kemudian terus menjawab,

" HA? Saya buat apa kat awak? Awak kena ragut ke? Apa jadi sebenarnya ni? " soal Mikhail bertalu-talu.

Amelia hanya menarik nafasnya dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan.

" Cerita dia macam ni Encik ingat tak kawan saya Ratna..... " terang Amelia dengan bersungguh-sungguh.

Mikhail hanya diam dan khusyuk mendengar cerita Amelia.

" Jadi sekarang awak memang tak tahu dia kat mana? Kawan-kawan dia ke? "

Amelia mengeluh perlahan.

" Telefon dia pun mati. Selalunya apa pun jadi dia tak akan off telefon dia. Saya risau apa-apa jadi kat dia. Selalu dia pergi mana dia bagitahu. Saya sampai call mak dia, mak dia tak tahu apa-apa. " risau sahaja suara Amelia.

Gila dia tidak risau? Kawan baiknya hilang kot. Lagi-lagi Amelia sudah anggap Ratna bagai kakak sendiri.

' Ya Allah tolong lah jangan apa apa jadi pada Ratna " doa Amelia dalam hati.

" Okay, Amelia tenang dulu. Awak relaks dulu nanti saya ambil awak depan rumah awak okay? Jangan lupa kunci pintu pagar semua. Bye, Assalamualaikum. "

Belum sempat Amelia membalas salam Mikhail sudah meletakkan telefonnya. Mata Amelia sudah berair. Macam mana kalau Ratna kena culik? Sudahlah peguam selalu di aim. Amelia mengelap air mata yang jatuh. Tangan kirinya mengengam telefon pintarnya bagai menanti mesej dari Ratna.

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta menunjukkan Mikhail sudah berada di luar rumahnya. Amelia terus mencapai begnya dan bergegas keluar dari rumahnya.

Amelia dan Mikhail duduk di restoran mamak. Muka Amelia sudah monyok. Kata Mikhail mereka tidak boleh membuat laporan polis lagi kerana belum masuk 24 jam dan tiada bukti yang kukuh jika Ratna benar-benar hilang atau diculik. Mikhail cuba menyedapkan hati Amelia dengan mengatakan mungkin Ratna terlupa untuk memberitahunya bahawa dia pergi tinggal di mana-mana buat beberapa hari dan telefonnya mati akibat tiada bateri.

" Okay macam ni lah. Ratna ada musuh ke? " tanya Mikhail.

Amelia mula terfikir. Musuh? Kalau perempuan-perempuan yang tidak minat padanya adalah tapi tak ada sampai tahap musuh.. kan? Amelia terus mengeleng kepala.

" Kalau macam tu.. Ratna ada handle kes jenayah ke apa tak? " soal Mikhail bagaikan polis.

Amelia terdiam. Rasanya sejak akhir ini Ratna tidak mengambil kes-kes berat kecuali..

" Ada satu je, Kalau tak salah dia peguam anak Tan Sri.. Hisyam? Eh tak Hamid. " ujar Amelia.

Baru Mikhail mahu membuka mulut tiba-tiba telefon Amelia bergetar. Amelia terus membuka telefonnya. Whatsapp dari Ratna!

Aku ok sorry lupa bagitahu kau, aku maybe tk blik dua hari ni. Isnin aku balik. Sorry.

Amelia menghela nafas lega. Dia punyalah risau andai apa-apa jadi pada Ratna. Mikhail hanya sambil memerhatikannya membalas mesej Ratna.

Ya Allah. Lain kali bagi tahu kau nak pergi mana. Rsau aku ingt kau kna culik ke apa.

" Ratna okay, dia kata maybe dua hari lagi dia balik. So means isnin baru dia balik. " beritahu Amelia sambil tersenyum pada Mikhail.

Mikhail tersenyum. Hatinya terus lega melihat senyuman Amelia. Dia menyedut air milo dihadapannya tanpa sebarang soalan lagi. Apa yang Amelia tahu balik sahaja Ratna dimahu tanya beribu soalan. Dan ya! Beribu. Namun apa yang mereka tidak tahu ialah yang menghantar pesanan whatsapp itu bukanlah Ratna namun Azhar Syazmi?

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Bab empat belas dah siap! Ratna kena culik dan Amelia dan Mikhail makin rapat? Bab lima belas akan coming soon okay? :D Vote dan komen.





Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now