dυa ρυℓυн ємραт

7.8K 350 7
                                    

Rayyan yang sedang meneguk air nescafe tersedak. Seraya dengan itu dia menepuk-nepuk dadanya. Ada orang cakap pasal dia ke. Rayyan terus duduk dikerusi berdekatan. Dia meneguk lagi air nescafe menghilang sakit di tekaknya.

Dia menyelak surat khabar dihadapannya. Tajuk yang menarik minatnya ialah ' Remaja Perempuan Dijumpai Mati Ketika Hujan ' Bahaya betul zaman sekarang ni orang boleh buat macam-macam dekat kita. Kes rogol dan mencabul makin berleluasa. Lelaki zaman kini senang sahaja sudah puas dibunuh nyawa tidak bersalah.

Rayyan mengeleng kepala. Dia tidak mahu sama sekali ahli keluarga menjadi mangsa. Telefon pintarnya sudah mula berbunyi meminta perhatian.

Rayyan membaca nama pemanggil.

Amelia Katrina

Rayyan menekan lambang berwarna hijau dan merapatkan telefon ditelinganya.

" Assalamualaikum... " suara Amelia kedengaran perlahan.

Bunyi latar belakang hujan membuatkan Rayyan sedikit keliru.

" Waalaikumusalam, Amelia. Kenapa ni? Amelia kat luar ke? Jangan duduk luar, hujan ni. " pesan Rayya risau.

Tangisan Amelia makin menjadi. Tangisan? Rayyan mengerutkan dahinya.

" Hey.. Kenapa ni? "

Amelia yang diam menimbulkan rasa risau dalam diri Rayyan. Setelah beberapa minit Amelia mula bersuara..

" Sa.. Saya tahu tak nak terangkan macam mana... Rayyan tolong datang dekat sini... Saya takut. " kata Amelia.

Rayyan makin risau mendengar keadaan Amelia yang ketakutan? Rayyan terus bangun dan memakai baju jaket di ruang tamu dan bergegas mencapai kunci.

" Amelia tolong text saya awak kat mana. Nanti saya datang.

Apa pun jadi sekarang ni kalau Amelia kat luar duduk dalam kereta dulu. Telefon tu jangan sampai kena air.

Tolong extra hati-hati kalau awak dekat tempat sunyi. " Rayyan mematikan talian telefonnya.

Artikel yang dibaca membuatkan jantungnya berdegup laju. Andai ada apa-apa terjadi pada Amelia. Rayyan bergegas mengunci pintu. Air kopinya ditinggal terdedah.

Ting! Pesanan ringkas sampai di telefonnya pasti Amelia jadi Rayyan dengan pantas berlari ke Lift dan menuju ke tempat dia memakirkan keretanya.

Rayyan menolak rambutnya kebelakang. Andai apa-apa terjadi pada Amelia dia tidak tahu mahu buat apa. Di hati dia berdoa agar Amelia selamat dan tidak ada perkara serious berlaku.

**********

Rayyan berhentikan keretanya disebalik kereta kancil berwarna peach kepunyaan Amelia. Kelihatan susuk badan gadis itu dihadapan keretanya.

Rayyan mencapai payung dan berlari ke arah Amelia. Dia memastikan Amelia tidak lagi dibasahi hujan.

" Amelia! Kenapa ni? "

Amelia berpaling ke arahnya dan air mata bercucuran. Rayyan mengelap air mata yang jatuh. Pipi Amelia sejuk pasti dia lama berada di dalam hujan. Amelia yang mengigil membuatkan dia terasa bagai mahu memeluk gadis itu.

" Saya... Sa.. Dah bunuh.." suara Amelia tersekat-sekat.

Mata Rayyan terbeliak. Dia bunuh orang ke? Astaghfirullahaladzim.

" Bunuh?! "

Tangan Amelia tunjuk kepada sekujur tubuh yang mula membeku. Amelia melindungi mayat itu dengan payung.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now