тιga

14.5K 499 1
                                    

Amelia mula gelisah. Wajah Rayyan tidak dapat dilihat dengan jelas. Apa yang patut dilakukannya? Apa akan jadi jika lif ini jatuh dengan laju ke tingkat G? Mungkin hanya badan tak bernyawa sahaja yang ditemui.. Amelia mengeleng kepala. Tidak, dia tidak patut panik namun dia tidak dapat menghentikan gementar dihatinya.

Rayyan menarik nafas. Dia cuba menenangkan dirinya.

' Kau akan keluar dari lif ni tanpa ada sesiapa cedera' bisik hati Rayyan memberikan dirinya semangat.

Rayyan mengeluarkan telefon bimbitnya. Cahaya telefon itu menerangi lif walaupun pudar. Rayyan mengalihkan pandangannya ke pada Amelia. Dalam kesamaran terpancar rasa gementar di wajah gadis itu.

" Ra.. rayyan boleh ke kita keluar, rasanya ramai yang dah balik.. Siapa je yang tinggal ni. Kalau apa-apa jadi.. " kata-kata Amelia dipotong Rayyan.

" Sabar Amelia sabar, kita cuba cari jalan keluar okay?" suara Rayyan sedikit menenangkan hati Amelia.

Dia tidak mahu dirinya juga menjadi panik. Rayyan mengalihkan pandangannya ke arah butang lif dihadapan mereka. Dia menekan loceng kecemasan. Tidak pasti berjaya atau tidak. Memandangkan lampu mati.

"Pegang sekejap Amelia, suluhkan kat pintu lif ni " arah Rayyan.

Amelia menganggukkan kepalanya. Dia memegang telefon bimbit Rayyan.

Rayyan cuba untuk membuka pintu lif dia ingin melihat setakat mana mereka tersekat. Jika lif tidak bergerak sebelum lif mati maka mereka masih ada peluang untuk keluar dengan selamat.

Pap! Pintu lif terbuka, Rayyan menahan dengan tangannya. Mereka tersekat diantara pembukaan pintu tingkat 15 dan 14. Rayyan mengeluh. Mereka tidak dapat keluar kalau macam ni. Rayyan melepaskan pintu lif dengan perlahan. Dia memandang Amelia dengan wajah hampa.

" Sorry.. " kata Rayyan pada Amelia setelah gagal mencari jalan keluar. Amelia mengeleng kepala. Ini bukan salah Rayyan walau cemas macam mana pun. Amelia menghulur semula telefon bimbit Rayyan.

Amelia mengetap bibirnya. Dahinya dah berkerut. Apa yang patut dia buat? Kalau mereka tak dapat keluar langsung macam mana?

Air liurnya ditelan. Tekaknya sudah mula haus. Tiba-tiba Amelia teringatkan sesuatu. Botol air mineral yang terdapat didalam begnya dicapai. Rayyan hanya duduk bersandar berhampiran Amelia. Amelia duduk, dia mula meneguk air mineral.

" Awak nak? " Amelia menghulur air mineralnya kepada Rayyan.

"Tak apa, terima kasih "balasnya sambil mengelengkan kepala.

Dia masih tidak terasa haus. Dia lebih sibuk memikirkan cara-cara untuk keluar dari lif itu. Dia membiarkan telefonnya menerangi lif.

Amelia mengeluarkan pula telefon bimbitnya. Ternyata terdapat signal tapi hanyalah dua bar. Amelia cuba menghubungi pengawal keselamatan syarikat.

Tet. Tet.

" Hello? " suara lelaki separuh abad berbangsa india menjawab.

Mata Amelia terbuka luas. Rayyan memandang Amelia sambil mengangkat kening.

" Hello.. umm kami tersekat dalam lif " terang Amelia tiba-tiba.

" Bagi sekejap? " minta Rayyan lembut.

Amelia mengangguk kepala. Baginya elok jika lelaki yang menguruskan hal-hal seperti ini lagipun dia terlalu cemas untuk bercakap. Rayyan mula berbincang dengan pengawal keselamatan itu walaupun sedikit tersekat. Amelia hanya mendiamkan diri. Dia sebenarnya sedikit lega ada yang menjawab panggilannya.

Setelah beberapa lama menunggu Rayyan berbincang dengan pengawal keselamatan akhirnya lif kembali berfungsi.

" Fuhh! " ujar Amelia sedikit lega. Rayyan hanya tersenyum.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now